Come Back

3:21 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum.


Lamanya tidak menulis di sini. Mujur juga masih ingat username dan password, kalau tak hilang entah ke mana je lah blog ni.
Entri terakhir bertarikh 26 Mei 2011, hari ini 4 Ogos 2017. Tambah tolak darab bahagi lebih kurang 6 tahun 2bulan blog ni tak berusik. Minggu ni entah mimpi apa (hihi), mood menulis rasa membuak-buak dalam jiwa. Walaupun sekadar membebel di blog sendiri. Ok la juga tu, sekurang-kurangnya terubat juga "Princess Diary" ni.
Mungkin ada juga beberapa entri selepas ni yang sifatnya "flashback". Iyelah, kadang-kadang menulis di tempat lain tapi apa salahnya simpan coretan tu semula di sini kan.

Nama rasmi blog juga dan bertukar. Asalnya sebelum ni blog ni namanya https://damaiyanghilang.blogspot.com/ . Nama baru dah ditukar guna nama sendiri https://rashidahabdhamid.blogspot.com/ sebagai pembaharuan kemaskini. Untuk layout dan isi kandungan blog pun (dalam cadangan) akan ditambahbaik dari masa ke semasa. Iyela, dulu saja-saja menulis. Mungkin sekarang, dah tahu serba sedikit boleh la kiranya menulis untuk sesuatu.

Cukuplah dulu setakat ni sebagai permulaan, baru nak panaskan enjin blog semula. Mana boleh lama-lama sangat. ;)

Bai bai.

0 comments: