Metafizik

Pentingnya Keluarkan Zakat Perniagaan

8:12 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Dalam SOP Buku 555 (Dirikan Solat, tunaikan Zakat), Fast Quadrant (Kewangan) dan ilmu pelaburan langit, sifu tekankan pentingnya keluarkan zakat perniagaan.

Jom mari kita lihat apa kata Guru Baba Ismail tentang zakat perniagaan yang mana hukumNya HARAM untuk kita makan.

Ramai daripada kita banyak buat sedekah, tapi zakat ambil endah tak endah. Zakat itu WAJIB, sedangkan sedekah itu sunat.

Bayangkan, 
Kita banyak buat dhuha, tahajud tapi tak buat solat 5 waktu, acaner tu..??

Sebab itulah punca utama kenapa rezeki kita sangkut, business  hancur, sales sendu mendu dan sebaganinya...

Sila hayati rakaman voice message di bawah ya, catit ilmu dapatan dari situ ya.

Semoga bermanfaat untuk kita bersama ya.

[ Audio file : BABA ISMAIL SPANJANG – 4126 ZAKAT PERNIAGAAN ]


Bismillah
Al-Baqarah:43 - Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

Bismillah....

Al Quran adalah kitab mukjizat untuk umat Islam... Semua persoalan dan permasalahan kecil atau besar sudah ada jawapan di dalamnya. Cuma kita perlu sedikit usaha untuk belajar mentadabbur ayat demi ayat yang membuka pintu segala Ilmu dunia maupun Akhirat..

Al-Mujādila:13 - Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.

0 comments: