Metafizik
Amalan zikir Ya Fattah, Ya Razzaq
Sekiranya kita mahu rezeki kita dipermudahkan oleh Allah, mudah-mudah dan sehabis mudah, maka amalkanlah Zikir Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11x dan diikuti dengan sebutan Ya Allah.
Mengamalkan zikir-zikir ini bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha ke arah impian dan matlamat. Zikir ini adalah sebahagian daripada penyempurnaan proses syariatullah (hukum syariat Allah).
Usaha fizikal masih diperlukan bagi menyempurnakan proses sunnatullah (hukum Alam).
Bagi seorang muslim, berzikir ini adalah ibadah yang memberi ketenangan jiwa. Jiwa hanya tenang bila ingat Allah setiap hela nafas kita itu. (Surah 13 ayat 28). Orang jiwa tak tenang sebab Allah tidak ada dalam jiwa mereka. Bila berada dalam Zon tenang, barulah sesuatu proses itu akan berjalan lancar.
Zikir mampu memberi suasana positif dalam diri. Ketika kita sedang berzikir, kita sebenarnya memperlahankan gelombang minda pada tahap paling kondusif. Pada saat ini, jiwa kita berasa sangat tentera, lapang dan tenang. Zikir juga "BOOSTER" untuk kekayaan dan kejayaan, serta dapat membantu kita menyelesaikan tugasan harian dengan lebih mudah dan berkesan.
Benar, di sini zikir yang paling praktikal dan berkesan adalah zikir Asmaul Husna. Ia ringkas dan boleh dikhususkan mengikut hajat yang diingini. Allah berfirman dalam Al-quran.
"Allah mempunyai Asmaul-Husna, bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu." (Surah 7 ayat 180)
SOP Al-quran dah bagitahu begitu, pohon padaNya.
Bukan mohon pada mahkluk. Apa pun, kena pergi kepada DIA dahulu, DIA akan susun aturlah yang terbaik untuk kita.
Allahu Somad (Surah Al-ikhlas ayat 2)
Dalam hidup kita seharian ini, dalam apa jua keadaan sekalipun, langgar sunnatullah. Semuanya akan jadi debu-debu berterbangan.
0 comments:
Post a Comment