Metafizik

Big Why

10:32 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah... 

Masalah datang xhabis habis? 
Allah sayang pada hambaNya untuk dengar semula mulut dan hatinya berzikir.

Sempena Jumaat kali ini boleh start semula RETUNE DIRI DENGAN ASMA UL HUSNA yang Sifu dah ajar awal tahun sebelum ni.

Siapa yang tertinggal? 
Siapa tak habis dan tewas menghabiskan Asma Ul Husna?
Boleh start semula.

Zon turun naik manusia sentiasa ada tapi apa salahnya beramal bila mengetahui.

Seteruk mana sekalipun zaman dan zon merah. 
Sifu dah test pada yang beramal cara Sunnah In Sha Allah dioptimumkan balik.
Benarlah perkara sunat mampu betulkan zon energy manusia yang Nabi Muhammad saw ajar. Ditambah pula, kita semua di zon Spritual Ramadhan.

In Sha Allah Jumaat ni Retune semula. Nampak jauh dah lari semua.

Ya Allah, ampunkan semua yang berada dalam group ini asbab mereka berjihad mencari ilmu dan redhaMu, murahkan rezeki mereka, jadikan mereka sentiasa aman makmur dan pembayar zakat yang banyak. Amin.

Berapa ramai di sini yang masih istiqamah dengan SOP Buku 555..??

Bismillah...

Selalu kita dengar, jika kita 'down' atau 'lost' atau 'takut' dalam buat bisnes atau sesuatu, cari balik BIG WHY kita masa kita mula-mula buat bisnes dulu...

Orang cakap, nak bangkit semula bila jatuh, kena check balik BIG WHY mengapa kita buat bisnes. Saya cakap, paling utama, back to ALLAH sebab DIA yang memegang hati kita. Dan DIA juga memegang hati pelanggan kita.

Ada lagi satu cadangan... cuba try cadangan macam dalam poster kat bawah ni ....

Semoga bermanfaat.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT


Belajar daripada TELUR AYAM, 

Bagaimana Dunia dan Kekuatan dalaman mempengaruhi kejayaan sebenar

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.

Tetapi, jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.

Jadi hal-hal besar selalu dimulai dari dalam bukan dari luar. Mulakan dengan pembanguna dunia dalaman, atau rohani.. Inilah wasilah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...
Bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar... 

Tapi ketahuilah bahwa Allah selalu memberi: 
Hikmah di setiap cubaan...
Jawapan disetiap doa..

Jangan pernah menyerah.. 
Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan, maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan, maka hadapilah.. 
Jika hidup adalah anugerah, maka terimalah.. 
Jika hidup adalah tugas, maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita, maka capailah..
Jika hidup adalah kesempatan, maka ambillah..
Jika hidup adalah qasidah, maka nasyidkanlah..
Jika hidup adalah teka-teki, maka pecahkanlah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah putus asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah usaha.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah doa. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini.

Andai mahu ubah hidup
Andai mahu bangkit
Mulakan dari dalaman
Bangunkan dunia dalaman diri kita
Kerana 80% success dari dalam iaitu Rohani kita
Hanya 20% jer teknikal, fundamental, ilmu duniawi, skills

Kita duk press yang luar 80%
Itu yang songsang perginya
Bayangkan telur ayam itu kita press dari luar
Mana mungkin lahirnya satu kehidupan baru

Tuhan sampaikan ilmu kepada hambaNya melalui dua kaedah iaitu :-

1. Ayat ayat Kauliyah iaitu ayat2 Al-quran
2. Ayat ayat Kauniyah iaitu ciptaan alam semesta dan makhluknya

Nak fahami erti hakikat, belajar melihat kain hingga ke kapas

Apa sifu sharing di sini adalah PENAMAT SEGALA ILMU
PENCARIAN DI PENGHUJUNG RASA

Di sini bukannya tempat untuk mereka yang keterujaan tinggi nak kaya dunia, nak kaya cepat.

Tapi di sini, tempat pada mereka yang teruja untuk KENAL TUAN PEMILIK KAYA itu sendiri. Buah ilmu adalah sabar dan istiqamah. DAN IBU SEGALA ILMU ADALAH SABAR

Jadi, mana paling penting sebenarnya
KAYA atau TUAN PEMILIK KAYA itu sendiri..??

0 comments: