Metafizik
Al Quran sebagai pedoman
Bismillah....
Assalamualaikum dan selamat malam
Dah selesai dinner ka semua malam ni?
ALLAH berfirman:
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran mendapat pelajaran. [Surah Shâd/38:29]
Al-Quran adalah mukjizat Nabi SAW dan kekal sebagai petunjuk pedoman manusia di dunia hari ini.
Sama-sama kita renungkan hikmah nombor di dalam al-Quran yang mana ALLAH tak pernah silap.
Dalam Al-Quran, kata “daratan” disebutkan sebanyak 13 kali, dan kata “laut” sebanyak 32 kali.
Daratan : 13 kali
Laut : 32 kali
Total : 45 ayat
Bila dibuat perkiraan dan kajian menunjukkan bahawa
Daratan : (13/45) x 100 = 28.8888888889%
Lautan : (32.45)x100 = 71.11111111111%
ALLAH sedang membuktikan pada kita bahawa percentage keluasan daratan di bumi adalah 28.889% manakala percentage keluasan lautan di bumi adalah 71.111%
Kaedah ini tepat dari segi al Quran dan juga sains.
Kemukjizatan al-Quran sehingga hari ini memerlukan usaha kita sendiri untuk menggali ilmu-ilmu ALLAH berikan dalam kitabNya.
Lepas ni jangan la kata metafizik sains pernomboran tu sesat pula... Kita kena kaji al Quran sampai habis.. Barulah jumpa kebenaran.
Inilah ilmu yang sifu bongkarkan kepada kalian semua iaitu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-Quran #1 di dunia.
Insyaallah, dalam ilmu MSP, golden ratio atau fibonacci kod 1.618, betapa pembuktian setiap inci tubuh manusia dicipta dengan 1.618.
Dan begitulah juga Potret agung Monalisa karya Leonardo Da Vinci dibuat dengan 1.618 termasuklah juga logo Apple.
Soalan: Adakah seseorang itu boleh merasai tanda kewangan naik dan merundum?
Jawapan: Lagikan kereta ada signal minyak nak habis. Apatah lagi manusia. sebaik baik ciptaanNya, tetapi diberikan pada yang beriman dan bertaqwa.
Secara ilmu takweel tauhid metafizik Islam ianya dipanggil ilmu makrifat bilah daun mengembang atau ilmu fizik Golden Ratio 1.618. Kita boleh check sendiri kitaran kewangan bulanan dan tahunan. Korang bagaimana?
Cuba check analisis coding sendiri.
Pembuktian tentang Golden Ratio iaitu 1.618 boleh rujuk kepada Surah 16 ayat 17 &18
Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran. (16: 17)
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (16: 18)
Sejak awal surat an-Nahl hingga ayat ke 17 dan 18 menyebut sebahagian nikmat Allah di bumi, langit, tumbuhan dan haiwan. Ayat-ayat ini menyebutkan, nikmat-nikmat Allah tidak dapat dibatasi dengan apa yang telah disebutkan. Karena nikmat Ilahi tidak terbatas dan tak ada seorangpun yang mampu menghitungnya. Namun tetap saja ada sebagian orang yang tidak sedar dan masih menyembah arca dan menerima penguasa-penguasa zalim.
Apakah makhluk ciptaan Allah; baik yang bernyawa maupun tidak, yang tidak mampu menciptakan sesuatu pun harus disekutukan dengan Allah dan disembah
Mengingat salah satu kewajiban para nabi demi mengingatkan rakyat dan menyadarkan hati nurani dan fitrah mereka, ayat-ayat ini dengan gaya bertanya menjelaskan masalah ini agar orang-orang musyrik memikirkan masalah ini dan mencari jawaban atas sejumlah pertanyaan transparan ini.
Dari dua ayat tadi terdapat dua pelajaran yang dapat dipetik:
1. Ketika kita ingin mengajak orang lain untuk mengenal Allah dan menyembah-Nya, yang harus dilakukan adalah menarik hati nurani mereka untuk menilai, hingga akal dan fitrah mereka sadar untuk tidak mencari selain Allah.
2. Mengenal Allah merupakan masalah fitrah manusia yang membutuhkan perhatian dan pengingatan. Oleh karenanya, tidak harus kita menyakinkan orang lain untuk mengenal Allah lewat argumentasi rumit falsafah.
Golden Ratio Bumi 1.618 adalah Mekah
Golden Ratio Diri 1.618 adalah hati
In Sya Allah, satu persatu sifu akan kongsikan pembongkaran numbering berasaskan Al-Quran. Ilmu Islam yang telah disembunyikan oleh bangsa barat setelah sekian lama.
0 comments:
Post a Comment