Metafizik

Close Circuit dengan Allah

10:03 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


"CLOSE CIRCUIT DENGAN ALLAH"

Bagaimana seorang guru atau pendidik boleh menerapkan pengajaran hidup BerTuhan ketika proses pembelajaran berlangsung.

Contoh: Saudara lihat gambar di atas. Apakah yang saudara boleh kaitkan sebuah kehidupan dengan litar di di atas?

Di dalam litar ini ada bateri (pembekal tenaga), wayar dan juga mentol. Untuk menjadi mentol yang terbaik, mentol mestinya memiliki keboleharapan (reliability) yang maksimum

Keboleharapan alatan adalah keupayaan alatan itu berfungsi sepertimana seharusnya ia berfungsi. 
Baik mari kita mengambil pengajaran daripada sebuah litar ringkas itu.
Bateri adalah pembekal tenaga memiliki beza upaya tenaga yang lebih tinggi berbanding mentol. 
Mentol adalah sekadar beban yang hanya menyala jika memiliki tenaga elektrik.
Mentol tidak boleh memiliki beza upaya yang lebih tinggi daripada bateri.

Allah SWT adalah Tuhan Yang Menciptakan kita. Kita ini menerima segala tenaga dan didayakan oleh Allah SWT. Seharusnya untuk kita berfungsi dengan baik iaitu boleh harap, kita seharusnya menjadi hamba yang merendah diri.
Kita hanya mampu berfungsi dengan adanya Allah. 
Malah wujudnya kita ini kerana wujudnya Allah SWT. 
Untuk mentol bernyala, ia harus sambung dengan sumber tenaganya iaitu bateri.
Untuk kita sentiasa berfungsi dengan baik, kita seharusnya sentiasa sedar akan Allah SWT setiap saat. 
Barulah kita akan menjadi seorang yang sangat ‘reliable’.

Satu perkara yang sangat menarik adalah setiap litar elektrik mesti dikembalikan kepada sumbernya. 
Ia dikenali sebagai ‘close loop’ atau ‘close circuit’. 
Litar elektrik yang masuk ke peralatan mesti kembali semula kepada sumbernya dan barulah ia akan berfungsi. Litar yang terbuka ‘open circuit’ tidak mampu mengalirkan tenaga elektrik.
Nah! kita adalah hamba Allah SWT. Untuk kita berfungsi dengan baik, kita perlu kembali sentiasa kepada Allah SWT. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.

Kembali yang sifu maksudkan di sini bukanlah sebuah kematian. 
Tetapi kembali di dalam firman Allah SWT bermakna kita perlu sedar sentiasa akan Allah SWT setiap saat hidup ini.
Segala-galanya dari Allah. Rezeki, Ilham, masalah, tenaga dan semuanya lalu kita seharusnya kembali kepada Allah SWT sentiasa.

Inilah yang selalu sifu katakan sebagai HIDUP BERTUHAN. 
Rendah diri dan hati dengan Allah, pasti akan juga merendah diri dengan manusia dan alam. 
Bila kita bertawadduk, Allah dan alam akan merestui kita, dan semuanya akan menjadi mudah mudah sahaja.
Bila kita Ego, sombong dan tidak ada tawadduk, maka bila Allah dan alam tidak merestui kita, semuanya akan menjadi sukar, sangkut-sana sini.
Sentiasa sedar akan Allah, kita pasti akan berfungsi dengan baik sepertimana seharusnya kita berfungsi. 
Kata lainnya, kita akan menjadi hamba yang ‘reliable’. 
Kita bukan sekadar ‘menyala’ tetapi kita juga menerangi keliling kita.
Inilah pengajaran ringkas bagaimana hanya dengan sebuah litar yang ringkas, kita mampu mengambil pengajaran besar tentang kaedah untuk hidup berTuhan.

Andai kita nak memahami erti hakikat sebuah kehidupan, maka belajarlah melihat kain hingga ke kapas.

Wallahualam...

Semoga bermanfaat.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: