Metafizik
Manfaat Amalan 2 ayat terkahir surah at-taubah
Bismillah....
Assalamualaikum dan selamat pagi
Apa khabar hari ni, dah sarapan?
Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini untuk mencari rezeki di atas muka bumi Allah ini, mudah mudah dan sehabis mudah.
Berapa ramai dah mula jadikan amalan Bacaan Ayat 1000 dinar 3x, dan Surat At-Taubah 7x selepas Solat Fardhu 5 waktu yang sifu share ilmu di sini sebelum ni...???
Dua-dua ayat ini adalah ayat CopyWriting direct dari Allah yang sudah sifu jadikan makanan rohani setelah sekian lama.
HANYA YANG SUDAH MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU
SEJAUH MANA MASINNYA RASA AIR LAUT ITU
MANFAAT AMALAN 2 AYAT TERAKHIR SURAH AT-TAUBAH. RUGI KALAU TAK DIAMALKAN (ayat 128-129)
Bismillah...
Setiap manusia semuanya ada keinginan yang kuat, ingin rasa mulia, ingin businessnya maju, ingin berkelapangan rezeki, ingin berkemampuan untuk membayar segala hutang piutang, ingin sales jualannya meletop, ingin kuat dan sebagainya..Akan tetapi tidak semua orang dapat mencapai keinginannya kerana kurang ilmu dan pengamalannya.
Maka di sini, sifu sangat sangat menganjurkan kalian semua agar mengamalkan membaca Ayat-ayat Al-Quran ini. Barangsiapa yang membaca ayat-ayat ini dan mengamalkannya secara istiqamah, jadikan sebagai zikrullah dan makanan rohani maka In Sya Allah.
1. Jika lemah akan menjadi kuat
2. Jika hina akan menjadi mulia
3. Jika kalah akan menjadi menang
4. Jika sempit rezekinya akan menjadi lapang
5. Jika susah akan menjadi tenang.
6. Jika hutang akan terbayar
Bagaimana kaedah amalannya..??
Dibaca secara istiqamah tujuh kali (7x) setiap selesai sholat fardhu. Silalah amalkan dan semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap doa dan hajat kita, hajat dunia dan akhirat..Aamiin
Semoga bermanfaat untuk semua.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment