Metafizik

Tips RM : Formula Pengurusan Kewangan

10:11 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Soalan :
Salam sifu, nak tanya tentang zakat. Jika saya yang bekerja swasta, gaji pada 7hb...cara pengiraan zakat & sedekah sama jugak ke?

Jawapan :
Pertama sekali, kena faham beda antara Zakat Pendapatan vs Zakat Perniagaan.

Zakat pendapatan : apa-apa income yang masuk akaun bank personal
Zakat perniagaan : apa2 income yang masuk akaun syarikat

Sama ada bekerja swasta atau kerajaan, pengiraan zakat dan sedekah kaedahnya sama.

Yang penting manage duit kita tu properly.

Tips RM : FORMULA PENGURUSAN KEWANGAN

Pendapatan, dibahagikan kepada bahagian;

30% Perbelanjaan isi rumah
30% Pembayaran hutang
30% Lebihan
5% Pemberian
5% Lain-lain

1) 30% PERBELANJAAN ISI RUMAH seperti sewa, petrol, makan, minum dan lain-lain.

2) 30% PEMBAYARAN HUTANG seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang personal, hutang pendidikan dan lain-lain.

Nota: Item 1 dan 2 boleh digabungkan dengan maksima 60%, atau 65% termasuk ekstra 5% item lain-lain.

3) 30% LEBIHAN

Lebihan pula dibahagikan kepada 3:
Simpanan 10%
Perlindungan 10%
Pelaburan 10%

3.1) SIMPANAN (10%). Instrumen simpanan mestilah:
a) Tiada caj dan risiko
b) Mudah cair

Kenapa perlu 2 ciri ini?
Untuk kegunaan kecemasan, kita boleh keluarkan bila-bila masa tanpa sebarang kos sampingan.

Atas dasar itu, Tabung Haji ialah tempat terbaik memandangkan ia tiada kos dan berikan pulangan 6% setahun dan ditolak zakat.

Sasaran minima simpanan, jumlah sama dengan 3 ke 6 bulan gaji.

3.2 PERLINDUNGAN (10%), melalui takaful.
Perkara yang perlu dilindungi ialah:
a) Perlindungan pendapatan
b) Penyelesaian hutang
c) Pengekalan aset

Ketiga-tiga di atas utk menghadapi saat-saat musibah kematian, lumpuh kekal dan sakit kritikal, atau 3D.

3D= Death, Disable, Disease.

3.3 PELABURAN (10%), ada pelbagai instrumen seperti saham, unit trust, hartanah, emas dan lain-lain.

Pelaburan, melalui kaedah:
a) Peningkatan nilai modal, dan
b) Pendapatan pasif

Tujuan pelaburan ada 3 perkara utama:
a) Persaraan

b) Pendidikan anak-anak (ramai yang tersilap langkah menggunakan takaful sebagai instrumen untuk pendidikan anak-anak)

c) Menunaikan haji (boleh kombinasi dengan SIMPANAN di Tabung Haji, tapi bukan menggunakan produk takaful haji yang banyak di pasaran)

4) 10% PEMBERIAN dan lain-lain zakat, sedekah, cukai, pemberian kepada ibu bapa dan lain-lain.

NOTA:

1. Perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang boleh digabungkan dengan peruntukan 60% atau maksima 65% termasuk peruntukan "lain-lain"

2. Apabila sudah capai SIMPANAN 3 bulan gaji, peruntukan bulanan 10% boleh diagihkan kepada PELABURAN.

3. PERLINDUNGAN takaful dengan peruntukan 10% adalah untuk diri sendiri. Untuk takaful anak-anak, ia di bawah item PERBELANJAAN ISI RUMAH.

4. Jika sekarang PERBELANJAAN ISI RUMAH dan PEMBAYARAN HUTANG melebihi 60%, boleh mulakan dengan lebihan yang ada untuk membuat pembahagian SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN.

Sifu, kekadang habis dilangar formula pengurusan bila ujian tekanan melanda, tapi sebulan ni jiwa agak tenang juga. Struktur semula dalaman.

Cari ketenangan dulu
kita nak susun macam mana bang
nak kelip mata sendiri pun tak boleh
tanpa izin dan kehendakNya
tanpa Kudrat, Iradat, Sama', Basar', Ilmu, Kalam, Hayat yang kita pinjam dari DIA sahaja

Return to the Basic : QUL KULLUM MIN INDILLAH
selepas tu DIA pandailah nak susun elok2

Belajar daripada kisah Telur Ayam yang sifu ada share sebelum ni.
Kehidupan baru HANYA akan lahir dari dalaman. 80% from there

Skill, Teknikal, Fundamental, analisis only contribute 20% sahaja untuk kejayaan kita.

0 comments: