Metafizik
Zikir sebagai salah satu fasa dari kecerdasan spiritual
Dalam Kuadrat Kewangan FAST, 1 daripada 5 ilmu Tangan Ghaib adalah Zikir.
Sifu nak share satu cerita tentang ini.
Dahulu kala, ada sebuah negeri dekat tepi pantai, penduduknya hidup dalam kesesatan dan kegelapan. Oleh sebab itu Allah mengirimkan utusannya (The Mesengger) untuk mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Dan untuk mengajak mereka kembali hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnatullah.
Seperti nasib setiap utusan Allah, dia akan ditentangi habis-habisan dan dimusuhi, kejadian ini berlaku selama bertahun-tahun lamanya. Dipendekkan cerita, akhirnya Allah mengirimkan satu cuaca panas kepada mereka. Akhirnya mereka sedar dan ingin bertaubat, akan tetapi Si Utusan itu telah meninggalkan negeri tersebut.
Ternyata Si Utusan itu berjalan ke tepi pantai, kemudian dia menumpang sebuah kapal yang sesak dengan penumpang untuk belayar menyeberangi lautan. Kemudian mereka tiba di tengah lautan, kemudian datanglah ombak yang sangat tinggi dan ganas dan menenggelamkan kapal tersebut.
Tiada jalan lain yang dapat menghindarkan bahaya selain daripada terpaksa mengurangkan muatan kapal. Semua barang muatan pun segera dilemparkan ke laut, tetapi kapal masih berada dalam keadaan bahaya, sehingga terpaksa harus mengurangkan muatan yang lain iaitu manusia. Tetapi siapa yang mahu mengorbankan dirinya untuk menjaga keselamatan jiwa orang yang ramai..?? Akhirnya mereka memutuskan mengadakan undian untuk menentukan siapakah yang harus berkorban.
Setelah undian dilangsungkan, maka keluarlah nama Si Utusan. Si Utusan akhirnya mengorbankan dirinya, sesudah mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan kepada semua penumpang kapal, beliau melompat ke lautan dan digulung oleh gelombang besar itu.
Kemudian Si Utusan tadi ditelan oleh ikan yang sangat besar. Ternyata dengan kekuasaan Allah, Si Utusan masih hidup di dalam perut ikan. Dia menyedari kesalahannya kerana telah meninggalkan umatnya sebelum diperintahkan Allah disebabkan oleh putus asa. Dia berdoa semoga Allah mengampuni kesalahannya.
Akhirnya doanya telah dimakbulkan oleh Allah, ikan besar tersebut terdampar di pinggir pantai dan Si Utusan keluar dengan selamat dan bertemu kembali dengan umatnya yang telah bertaubat akhirnya mereka hidup makmur dan tenteram.
Itulah kisah Nabi Allah, Yunus. Satu persoalan di sini;
Apakah amalan yang dilaksanakan oleh Nabi Yunus itu sehingga di diselamatkan dari perut ikan besar..??
Allah memberitahu "Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah, maka nescaya dia akan tetap tinggal di perut (ikan itu) sampai hari kiamat. (rujuk Surah 37 ayat 143-144).
Dalam Kisah Nabi Yunus ada kisah kita
Dalam kisah kita ada kisah orang lain
Sama-sama kita ambil ibrah dari kisah2 dalam Al-quran sebagai petunjuk dan panduan.
Benar, itulah cerita tentang kekuatan dan keutamaan zikir. Bila kita dilanda putus asa kerana usaha kita belum mendatangkan sebarang hasil maka perbanyakkanlah berzikir, In Sya Allah usaha kita akan dijayakan.
Benar di sini juga komentar sahabat tribe kita di awal tadi tentang Husnuzon atau bersangka baik dengan Tuhan tentang kisah Sifu Nasi Lemak RM1 tadi. Dengan Husnuzon lah dan beriman dengan kalam Allah di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan, maka ikhitiarlah dengan zikir dan apa amalan yang sifu sebutkan awal tadi dan BERSERAH..bukannya hanya MENYERAH..
Selain daripada itu juga, fungsi zikir adalah merupakan "Pelengkap dan Pembersih." Zikir meliputi bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, istighfar, membaca Al-Quran dan berselawat ke atas nabi.
Kerana itulah Zikir, dalam Ilmu pelaburan Langit, Sifu analogikan seperti Jari Kelingking. Walaupun saiznya yang paling kecil tetapi memiliki fungsi sebagai pelengkap dan sering digunakan untuk membersihkan kotoran yang ada pada diri kita. Selain zikir juga akan mendatangkan rezeki kepada kita.
Allah berfirman :
1. "....berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, agar kamu beruntung" (Surah 62 ayat 10)
2. "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawat salamlah kepadaNya"(Surah 33 ayat 56)
Pesan Nabi :
1. Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir, adalah seumpama orang yang hidup dan mati. Seumpama Ikan memerlukan air.
2. Siapa yang membiasakan beristigfar (memohon ampun kepada Allah) maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan keluar dari segala kesempitan, kemudahan di dalam setiap kesukaran, dan rezeki dari Allah melalui jalan yang tidak pernah diduga.
3. Bacalah Al-quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat, sebagai pembela pada orang yang mempelajari dan mentaatinya.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
0 comments:
Post a Comment