Getaran Kesyukuran

Getaran Kesyukuran 03/40

10:57 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

At-Talaaq ayat 12
"Allah yang menciptakan 7 petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesugguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesugguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."

Ya Allah, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana masih dipinjamkan usia dan nyawa, bangun dari tidur dalam keadaan tubuh badan yang sempurna.

Ya Allah Ya Baari', Alhamdulillah aku bersyukur kerana berjaya melawan hawa nafsu tidurku untuk bangun qiam dan mengerjakan solat Sunat Tahajjud 8 rakaat serta witir 3 rakaat awal pagi ini.

Ya Allah Ya Rozzaq, Alhamdulillah aku bersyukur kerana ada rezeki sambal ikan bilis daripada mak mertua yang sedap untuk makan sarapan pagi ini.

Ya Allah Ya Muqtadir, Alhamdulillah aku bersyukur semalam berjaya menghabiskan bacaan surah Al-Waqiah dan Al-Mulk dalam tempoh perantara Maghrib dan Isyak.

Ya Allah Ya 'Aziz, Alhamdulillah aku bersyukur dapat menunaikan solat sunat qabliyyah sebelum Subu pagi ini.

Ya Allah Ya Malikul Mulk, Alhamdulillah aku bersyukur hari ini kerana demam suamiku sudah semakin kebah dan dia kembali sihat seperti sedia kala.

Ya Allah Ya Hasib, Alhamdulillah aku bersyukur kerana pagi ini menerima ilmu baru berkaitan akaun dan income-tax daripada adik iparku.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Rashidah Hamid
12/8/2017
Shah Alam, 10.57 pagi

0 comments: