Metafizik

Apakah Kaitan Keimanan vs Hukum Tarikan?

3:11 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Topik hari ni, best, pastikan follow sampai habis.
Bagaimana Konsep Law Of Attraction di sebalik Surah Al-Fatihah...

APAKAH KAITAN KEIMANAN vs HUKUM TARIKAN?

Memang ada hubungan di antara keimanan orang dengan Hukum Tarikan yang sudah terbukti dapat membahagiakan manusia. Hubung di antara keduanya berkait rapat. Sebenarnya orang beriman tanpa disedari sudah lama mengamalkan Hukum Tarikan.

Hadis Nabi yang sahih ada mengatakan keimanan itu diyakini dengan kuat dalam hati, diucapkan dengan kata-kata secara sedar dan dizahirkan dengan perbuatan. Jika kita perhatikan di sini ketiga-tiga komponen itu adalah satu perkara yang luar biasa. 

Kata-kata Nabi Muhamad itu menunjukkan satu proses Hukum tarikan sedang berjalan dan di sinilah terletaknya keluarbiasaan itu. 

Kenapa...? 

Mari kita sama-sama bincangkan...??

1. Yakin dengan kuat dalam hati.

Ini menunjukkan sebelum kita melakukan sesuatu ataupun sebelum berbicara, kita mesti yakin terlebih dahulu kebenaran ataupun manfaat yang bakal kita katakan ataupun lakukan itu. Jangan sesekali mengatakan perkara yang kita tidak yakini kebenarannya. Jangan juga katakan perkara yang tidak mempunyai sebarang manfaat.

Tanamkan kuat-kuat kebenaran dalam hati kerana hati ataupun perasaan adalah salah satu hujung tembok getaran positif ataupun negatif.

Sekiranya kita mempunyai hati yang bersih (taz-kiyyatun-nafs), maka semakin banyak getaran positif akan kita pancarkan ke alam sekitar dan juga kepada orang lain. Getaran itu kemudiannya dikembalikan ke dalam diri kita sendiri bertepatan dengan Hukum Tarikan. Jadi, kita kena jagalah hati kita itu. Lembutkanlah dan cerdaskanlah ia.

Diucapkan dengan kata-kata secara sedar dan diwujudkan dengan perbuatan dan ACTION. Ucapan kita menunjukkan riak hati kita. Corak penulisan di laman muka buku pun dah tahu riak hati masing2 macam mana dalam situasi apa.

Berhati2lah ketika berkata sesuatu kerana kata-kata akan mempengaruhi diri dan juga perbuatan kita. Kata-kata itulah addalah doa. 

Orang yang selalu mengatakan dirinya tidak mampu buat, tentu tidak mahu mencuba. Dia takut berhadapan dengan kegagalan. Sebelum mencapai keinginannya, awal-awal lagi sudah hantar wave negative ke alam sekitar. Pancaran wave negative itu kemudiannya dikembalikan ke dalam dirinya sendiri.

Ini berlaku sebaliknya, orang yang memotivasikan diri dengan selalu mengatakan "SAYA BOLEH', tentu dapat meraih segala impian dan keinginannya. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapainya. Dia akan menyusun rancangan demi rancangan bagi mencapai tujuannya itu, kerana dalam fikirannya sudah tertanam kata-kata yang dia mampu melakukannya.

Tutur bicara kita mempengaruhi fikiran dan perasaan kita. Begitu juga sebaliknya, fikiran dan perasaan kita mempengaruhi apa yang kita katakan. Seterusnya perkara itu akan mempengaruhi apa yang kita lakukan.

Orang beriman perlu selaraskan fikiran, perasaan, lisan dan tindakan mereka. Perlu ada keseimbangan antara "KATA" dengan "KUASA TINDAKAN".

Orang yang beriman selalu mempunyai perasaan, fikiran, tutur kata dan tindakan yang positif. Jadi mereka sering memancarkan getaran positif ke alam sekitar iaitu pada orang lain, teman, saudara terdekat, dan juga persekitarannya hingga alam sekitar juga memancarkan getaran yang sama. 

Maka, orang berimanlah yang akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan. mereka memperolehi keuntungan yang besar (fauzan azhim)

Kebanyakan daripada kita gagal untuk selarikan "KATA" dengan "TINDAKAN"

Contoh..
"KATA" - aku nak berubah, aku nak kaya
"TINDAKAN" - banyak alasan, malas end up tak buat apa2

Ini kategori beriman ka atau tak beriman..

Boleh follow setakat ini...ada persoalan?

0 comments: