Metafizik

Numbering + Sains + Al-Quran (Bahagian II)

10:25 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Untuk menambahkan  pemahaman kita tentang fenomena wahyu pertama maka kita juga perlu mengetahui gambaran n x 19 pada sistem alam semesta kita, kerana Al-Quran adalah semua informasi dan panduan hidup paling lengkap dari alam itu sendiri.

Mengikut sains ilmiah, bilangan n x 19 di alam semesta sebagai contohnya dapat kita lihat pada tempoh masa Komet Halley. Komet Halley ini muncul setiap 76 tahun sekali, di mana 76 = 4 x 19 (data tahun kehadiran komet dilihat). Kalimah Bismillahirahmanirrahim itu sendiri terdiri daripada 19 huruf.

Ini berdasarkan catatan dari China, komet ini pernah datang pada zaman Nabi Muhammad SAW iaitu pada tahun 607 Masihi 3 tahun sebelum tahun kerasulan baginda di Gua Hiraq. Fenomena alam inilah yang beberapa tahun kemudian Allah SAW telah berfirman.

"Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?(yaitu) bintang yang cahayanya menembus." (Surah At-Taariq : ayat 2-3)

Baik, selain data-data di atas, DIRI kita ini juga memiliki data atau coding dalam tubuh badan masing-masing tentang n x 19 yang berasal dari Al-Quran. 

Data n x 19 berada dekat dan bersatu dengan tubuh tersebut, walaupun jarang dikira oleh manusia itu sendiri. Datanya ialah tulang-tulang pada ruas jari kedua tangan dan kaki kita yang jumlahnya adalah 19 x 4 = 76.

"Bismillah" yang berhuruf 19 juga ditunjukkan oleh ruas tulang masing-masing di telapak tangan dan kaki sebanyak 19, sedangkan jari tangan 10 dan jari kaki 10 (adalah jumlah jenis huruf yang terkandung dalam kalimah "Bismillah".


Apa yang perlu kita fahami dan perhatikan di sini ialah dan perlu dibuktikan bahawa dalam surah Al-Insan yang bermaksud manusia diletakkan pada bilangan surah ke-76 dalam Al-quran, yang selari dengan jumlah 76 kaki dan tangan manusia itu sendiri. 

Jelaslah di sini bahawa susunan tulang-tulang tubuh manusia akan berpasang-pasangan dengan nombor-nombor surah dan ayat tertentu dalam Al-quran yang berdasarkan kepada susunan Al-quran pada tulang manusia itulah, gambaran amal ibadah yang diatur dan dilaksanakan. Tentang berpasang-pasangan ini juga Allah sudah berfirman dalam Surah 51 ayat 49 yang berbunyi :

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah."

Allah sudah design kita dengan berpasang-pasangan, kita jangan langgarlah SOP ini, kalau kita cuba jugak nak ubah apa yang sudah digariskan maka kita sebenarnya cuba melawan hukum Tuhan.

Dan kalau kita nak menafikannya, maka terbatallah salah satu daripada Rukun Iman kita sebenarnya iaitu Percaya Kepada Al-Quran.

Bila kita sebut tentang pasang-pasangan ni
ada lelaki ada perempuannya
ada kulit ada isinya
ada kekuatan dan ada kelemahan
ada siang dan ada malam
ada bumi ada langit

Itulah kesempurnaan Allah
kita peRASAan hebat, cubalah hidupkan kucing yang dah mati
Sedangkan Allah Maha Hebat
Boleh Hidup dan Matikan

Contoh :
Cuba lelaki suka lelaki
dan perempuan suka perempuan

Kan senget namanya itu..??

Baik, bagaimana word ber"PASANG-PASANGAN" ini kita nak gunakan dalam kehidupan..??

Dalam business,
Ikhtiar nyata jasmani seperti usaha itu perlu juga disertakan sama kuat dengan ikhtiar ghaib @ rohani kita..

Kebanyakan daripada kita sudah fully loaded dengan pelbagai ilmu business, skills, teknikal, fundamental sampai naik sawan ilmu kita dibuatnya..tapi nape masih di takuk lama..?? sales sendu mendu, serba tak kena..

Takder lain, puncanya tidak dipasangkan dengan usaha kerohanian seperti Tahajud, sedekah, zakat..Mudahnya semuanya sudah ada dalam SOP BUKU 555..

Buat bodo-bodo ikut jerlah
Resultnya tuan empunya diri yang dapat
bukannya orang lain
berubahlah, dah berapa lama duk macam tu
tetap menangis sendu tepi birai katil
masih nak pertahankan EGO 
yang tak mendatangkan sebarang faedah tu
memanglah nampak "POYO"
bila kita sharing bab2 sebegini
tapi
kalau kita kata "POYO"
itu namanya kita mem"POYO"kan apa yang Allah sudah design dalam Al-quran

Dengan bersandarkan Surah 51 ayat 49 itulah HAKIKAT TUJUAN SEBENAR KENAPA KITA PERLU KENAL DIRI

Bila kita tahu kita ada kekuatan, kena bersyukur dan pulangkan kepada tuan pemilik yang Haq iaitu Allah.
Bukan kerana usaha kita, kepandaian ilmu kita, kehebatan kita dan sebagainya.

Bila kita tahu kita ada kelemahan, maka kena banyak muhasabah diri, dekatkan diri kepada Tuhan, banyakkan berzakat dan bersedekah dan sebagainya..Bukannya tunding jari kepada orang lain.

Kajian angka 19 dalam al-Quran juga menarik



Dengan pemahaman yang menyeluruh inilah yang kita namakan sebagai konsep "MAN ARAFA NAFSAHU FAQAD ARAFA RABBAHU" yang digunakan secara nyata.

Demikianlah bukti-bukti n x 19 tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kesahihan Al-Quran sebagai Wahyu Allah SAW. Dengan memahami dan mendalaminya, dengan izin Allah SAW, kita akan selalu berada di jalan yang benar. Jalan yang benar itulah IHDINASIRATULMUSTAQIM..

Firman Allah Ta’ala dalam Surah Adh-Dhariyat ayat 20 -21 :

وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ٠ وَفِىٓ أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, Dan juga (tanda) pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkannya ?

Inilah ayat al-Quran yang jelas untuk kita ‘mengkaji’ segala tanda-tanda pada seluruh alam termasuk tanda pada diri kita agar dapat mengenali ciptaanNya iaitu ‘insan’ yang telah dikatakan sebagai ‘ahsanu taqwim‘ iaitu sebaik-baik ciptaan.

Cuba tanya...

Kenapa Anda dilahirkan ke dunia ini ?
Apa misi Allah terhadap Anda di dunia ini ?
Bagaimanakah nanti kesudahannya ?

Inilah rahsia-rahsia ilmu hikmah yang boleh anda bongkar bagi mencapai segala impian yang anda inginkan sama ada ingin menjemput 5K iaitu kebahagiaan, keberkatan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan.

Belajar sesuatu malam nie..??
Pernah dikupas sebegini dalam aliran metafizik numbering..??

Belajar apa-apa pun tidak ada masalah,
asal penamatnya kena bawa balik kepada Agama dan Al-quran.

Inilah antara intipati RAHSIA ILMU HIKMAH

Semoga bermanfaat, cukup sekadar ini dulu untuk malam ini.

0 comments: