Metafizik
Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat petang
Jom..kita sambung proses ISLAMIC LAW OF ATTRACTION yang di ajar oleh Allah Taala dalam Surah Al-Fatihah
PROSES ISLAMIC LAW OF ATTRACTION
Satu daripada sumber popular dalam ilmu Law of Attraction dari Barat adalah video "The Secret". Video ini menjelaskan proses menarik kejayaan.
Proses Law Of Attraction yang dimaksudkan adalah MINTA, PERCAYA, dan TERIMA. (Ask, Believe and Receive)
Namun, selepas mengkaji susunan dan apa kandungan tersirat di dalam Surah Al-Fatihah, kita dapati susanan yang lebih tepat adalah PERCAYA, MINTA, dan TERIMA. (Believe, Ask, and Receive).
Malah, tarikan maksimun berlaku apabila BELIEVE (Percaya) ditingkatkan menjadi FAITH (beriman).
Dalam Konsep Islamic Law of Attraction, ia dikenali sebagai Konsep FAR.
FAITH —> ASK —> RECEIVE
Konsep FAR : PERCAYA SEBELUM BERJAYA
Kita seorang muslim, antara konsep iman adalah menyakini sesuatu dengan hati. Keimanan adalah keyakinan sepenuhnya kepada Tuhan tanpa perlu sebarang pembuktian secara fizikal. Ia dipanggil sebagai FAITH.
Ini sedikit berbeda dengan FAITH, BELIEVE iala kepercayaan melalui pembuktian. Sebab itulah bagi menambah kekuatan tarikan kejayaan yang lebih kuat, kita kena upgrade tahap keyakinan kita daripada BELIEVE kepada FAITH.
Jadi, Apa bedanya antara BELIEVE dan FAITH..??
BELIEVE adalah percaya selepas melihat.
FAITH adalah percaya sebelum melihat.
Dengan bahasa mudahnya, FAITH ini adalah membolehkan seseorang itu percaya sebelum berjaya.
Dalam bahasa ilmu tasawwuf, FAITH ini dirujuk kepada Ilmu YAKIN.
Dalam Islam, Ilmu YAKIN itu sendiri terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :
1. Ilmu Yakin
2. Ainul Yakin
3. Haqqul Yakin
Sebab itulah, FAITH mempunyai tahap yang lebih tinggi daripada BELIEVE. Dengan panduan Al-quran dan hadis yang lengkap, ISLAMIC LAW OF ATTRACTION Pratitioner sepatutnya sampai pada tahap FAITH. Ini menguatkan kuasa tarikan kejayaan dan kebahagiaan, selain membolehkan kita mencapai matlamat yang luar biasa.
Konsep FAR dalam Al-Fatihah
Cuba perhatikan lafaz basmalah sehingga ayat ke-3 dalam surah al-fatihah. Ia mengandungi unsur-unsur kepercayaan yang teguh kepada Tuhan.
Kita melafazkannya sambil menyakini yang Allah adalah Tuhan yang bersifat Maha Pengasih Maha Penyayang. Kita memuji Allah atas bentangan alam yang tiada cacat celanya dan kita juga yakin adanya hari kiamat dan Allah adalah Tuhan yang berkuasa ke atasnya. Yakin dan Percaya dengan sebulat hati tanpa perlu ada pembuktian (Faith).
Selepas kepercayaan itu, kita meminta pada Tuhan dengan rendah hati dalam ayat yang ke-4 dan ke-5. Meminta kepada Allah supaya memandu kita ke jalan yang benar. Jalan yang Allah pilih untuk kita adalah jalan yang terbaik untuk kita (Ask).
Akhirnya, permintaan itu disusuli dengan perkataan Aamiin yang bermaksud "Perkenankanlah". Apabila diperkenankan, maka proses terima (Receive) akan berlaku.
Begitulah indahnya susunan ayat-ayat Tuhan dalam surah al-fatihah. Walaupun ringkas, ia tersusun rapi dan berkesan di hati.
[ Malam Mustajab Doa ]
Sesiapa yang berhajat dan mempunyai doa untuk di makbulkan, malam ini malam yang terbaik untuk hajat kalian di makbulkan. Ambillah peluang kerna tahun hadapan belum tentu milik kita.
MetafizikBagaimana Hukum Tarikan ini Terjadi??
Bagaimana Hukum Tarikan ini Terjadi??
1:05 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
1:05 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Baik, sifu nak sambung sikit sharing lagi berkenaan Islamic Law of Attraction...
Berapa ramai yang sudah ready kertas dan pen?
BAGAIMANA HUKUM TARIKAN INI TERJADI..??
Mengikut Sains, setiap zarah terdiri daripada atom yang mempunyai elektron. Semua elektron ini mengelilingi nukleus pada orbit dan frekuensi (getaran) yang tertentu.
Frekuensi yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekunsi yang sama. Ia dapat difahami sekiranya kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam di dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan..
Begitu juga dengan minda kita senantiasa membebaskan gelombang. Gelombang sama menarik sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku.
Perasaan gembira dan benci akan menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda positif akan menarik sesuatu yang positif datang kepada kita. Begitu jugalah dengan minda yang negatif akan menarik perkara yang negatif dalam kehidupan.
Bila kita kaji, Hukum Tarikan gelombang ini menepati hukum Allah seperti dinyatakan dalam Hadis Qudsi di bawah :
"Aku bertindak mengikut sangkaan hambaKu. Aku selalu bersama hambaKu sekiranya dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku medekatinya dalam sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekatiKu dengan berjalan, maka Aku mendekatinya dengan berlari." (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis Qudsi ini, Allah menyatakan bahawa yang Dia bertindak dengan sangkaan hambaNya. Sekiranya mereka bersangka baik kepadaNya, Allah berikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu. Sebaliknya sekiranya mereka bersangka buruk kepadaNya, Allah menganggapnya sebagai doa dan memakbulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hambaNya.
Ini adalah sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik iaitu husnuzzon dalam kehidupan seharian.
Boleh follow setakat ni, selepas zuhur nanti kita sambung proses Islamic Law of Attraction yang digariskan dalam Surah Al-Fatihah....
MetafizikAnalogi TV
Analogi TV
9:40 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
9:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Asalamualaikum..semoga hati kita juga merdeka dari perkara2 yg menyekutukan Allah swt...serta terpelihara dari sifat mazmumah...In Sha Allah..🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Bismillah...
TV ialah 3 perkara yg disatu atau diesakan barulah jadi TV sebenar namanya TV
1. Kotak penerima atau receiver yang saudara nampak kat rumah tu.
2. Gelombang mhz yakni penyampai atau rasul
3. Stesyen penyiar...sumber atau pengkehendak dan pembuat sebenar macam RTM
Bila 3 perkara ini ada dan ADA ELEKTRIK DAN ON maka berfungsi lah ianya...jika takda atau dipisahkan bukan TV lah...Jadi perlu disatu atau diesakanlah
Pada anda...
Dalam siri bengkel, sifu ada kupas details tentang analogi satelite, channel dan kotak TV...dan SOP buku 555 itulah gunanya nak ON kan bagi jadikan ia berfungsi dengan baik..
Jadi, pada DIRI kita
Kotak TV itu badan anda bukan receiver tapi responder
Gelombang itu nyawa atau rasul
Zat Allah itulah penyiarnya..
Hasilnya ialah kehidupan anda
Kat dalam dah ada zat sifat dan asmaknya allah ..hasilnya kat luar itulah afal...
Bila anda satu dan esakan
NAMANYA AKU YAKNI ALLAH
KITA ESAKAN DULU ZAT SIFAT ASMAK AFAL.
KAT DIRI KITA DULU..
SEBAB YANG DI LUAR ITU MEMANG DAH ESA DAH ....
Semoga bermanfaat untuk semua.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikRedha
Redha
11:28 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
11:28 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Soalan :
Sifu saya ada sedikit #soalan 🙈🙈🙋🙋
Teman rapat saya dalam kesedihan kerana diuji.
Apa nama Asmaul Husna yang sesuai boleh dia amalkan?
Saya tak tahu bagaimana nak bantu dia saya cuma harap dia dapat merasa sedikit kelegaan dan tenang.
Jawapan :
Sifu menerima persoalan ini tepat jam 11 : 34 malam
Jadi seperti biasa as a MSP Practitioner
Sifu akan rujuk kepada Surah 11 ayat 34
"Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu, Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan".
Beritahu beliau, ini Al-quran menjawab bila beliau bersedih :
Surah Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Jelas dan Faham ka akan jawapan sifu, kenapa Tuhan berkehendakkan beliau berada dalam situasi itu sekarang?
Kita mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji lagi.
Ye Sifu saya faham UJIAN itu untuk bukti sejauh mane keImanan kita.
Dia begini untuk mudah faham,
DIRI kita ini analoginya adalah seumpama cd player
Kalau CD player kita masukkan music balada, rentak musiknya berbunyi macam mana..??
Balada juga hasil bunyinya.
Kalau dimasukkan musik pop rock bunyinya lagu mana..??
Pasti rock jua bunyinya
Baik, DIRI kita ini analoginya CD player itu.
Kosong (itulah dia Nafsu Mutmainnah).
Jiwa jiwa yang tenang, dan umpama berada di pintu syurga.
Di sebelah kanan diri kita nafsu-nafsu positive (syurga) iaitu
Nafsu Radhiah, Mardhiah, Kamilah
Di sebelah kiri kita nafsu-nafsu negative (neraka) iaitu bermula dengan Ammarah, Lauwamah dan Mulhamah. Ciri-cirinya boleh lihat gambarajah di atas.
Siapa yang masih duduk di Ammarah seumpama sudah menempah tiker super VVIP di neraka.
Barangsiapa yang telah duduk di Mutmainnah (tenang) seumpama sudah berada di pintu syurga. Kan orang baca talkin mcm tu.
Surah 98 Al-Bayyinah ayat 8
جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ ﴿٨﴾
"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
Kalau pasang CD player REDHA pun syukur alhamdulillah dah, Allah sudah janjikan syurga..usah pi ke Mardhiah dan kamaliah tu, jauh sangat tu..
Ni semua persediaan Jalan Balik
Nak balik kena kenal dan tahulah Jalan Datang
Apa yang kita muzakarah di tribe ini adalah Fasa Kenal Jalan Datanglah
Step by step
Bermula kepada Kenal Diri, di situlah permulaan.
Saya belajar sesuatu sifu. Belajar untuk Redha saat kita diUji.
Benar, cukuplah pasang CD music REDHA
Dah memadai sebab syurga sudah dijanjikan
Usah panjat tinggi2 sangat, nanti jatuh terjun tiruk jadinya
Jelas dah kan anologi CD player dan CD music tu
Pilihlah nak pasang CD yang nak memanggil kita ke syurga atau neraka
Its your calls
Kunci Redha terletak pada Surah 2 ayat 115, paste tafsir mai share dalam ini
Allah SWT berfirman:
وَلِلّٰهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَاَيْنَمَا تُوَلُّوْا فَثَمَّ وَجْهُ اللّٰهِ ۗ اِنَّ اللّٰهَ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ
"Dan milik Allah Timur dan Barat. Ke mana pun kamu menghadap, di sanalah wajah Allah. Sungguh, Allah Maha Luas, Maha Mengetahui."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 115)
Hadaplah ke mana arah sekalipun, tetap nampak wajah Allah...itulah kunci REDHA & TENANG.
MetafizikBerbahagialah sebelum bekerja mengejar kekayaan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
Berbahagialah sebelum bekerja mengejar kekayaan
5:59 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
5:59 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Ikat Ilmu dengan catitan,
Pelihara ilmu dengan amalan,
Sebarkan ilmu dengan lembaran,
Hayati “ILMU HIKMAH” dalam kehidupan!
Ucapan yang tentu menggetarkan hati kita. Ucapan yang mengandungi harapan supaya Tuhan senantiasa menemani kita serta melindungi kita dalam hidup dan pekerjaan kita. Alangkah bahagianya diri kita. Dalam setiap denyut nadi kita, Tuhan mendampingi kehidupan kita. Dia senantiasa bersama-sama kita dalam setiap detik kehidupan kita.
Allah berfirman dalam Al-Quran :
“….Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat.” (Al-Baqarah: 186)
Ini adalah kaedah (prinsip pokok ajaran) Al Qur’an dalam masalah keimanan, yang memiliki hubungan yang agung dengan salah satu ibadah yang paling agung, yaitu ibadah doa.
Dan mahkota dari rahsia-rahsia halus yang berkaitan dengan kaedah dari kaedah-kaedah ibadah ini,
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat”, bahwasanya Anda melihat padanya suatu rahasia di antara rahasia-rahasia keagungan agama ini, yaitu TAUHID, maka inilah Tuhanmu -wahai orang Mukmin- yang mana Dia adalah Raja dari segala raja, Yang Maha Berkuasa, Maha Memaksa, yang tidak ada satu kerajaan pun yang menyamai kerajaan-Nya, dan tidak ada satu kekuasaan pun (yang menyamai) kekuasaanNya; kita tidak perlu untuk membuat janji-janji (terlebih dahulu) apabila kita ingin memohon kepadaNya, juga tidak perlu kepada perizinan-perizinan, dan tidak pula hal-hal semacamnya. Sesungguhnya (Kita hanya perlu) mengangkat kedua tangan, disertai hati yang jujur, lalu meminta keperluan kita.
Kebanyakan daripada kita, ketika membayangkan diri mereka, sering terfokus pada ketakutan, kebimbangan dan keraguan. Contohnya mereka ni takut miskin, takut gagal, takut tak dapat membahagiakan suami isteri, dan segala mak nenek ketakutan. Kita terlalu takut kepada banyak perkara yang tidak munasabah.
Oleh kerana dihantui oleh perasaan takut ini, setiap tindakan kita dipengaruhi oleh motovasi untuk berjuang ataupun berlumba. Akibatnya kita terus mengejar kekayaan yang tidak berkesudahan sampai jam 11 malam pakai tie lagi tetapi kita tidak pernah berasa bahagia. Kita tertekan kerana asyik mahu mengejar kekayaan. Kita mahu menjadi kaya terlebih dahulu, kemudian baru menikmati kebahagiaan. Semua perkara kita buat sonsang habis.
Tetapi Al-quran dan sunnatullah mengajar kita berbahagialah sebelum bekerja mengejar kekayaan. Tuhan Maha Mengetahui setiap pekerjaan yang kita lakukan dengan rasa bahagia pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Beberapa ayat lain dalam Al-quran, Tuhan menyuruh kita bahagia dalam menjalani kehidupan ini. Tidak perlu bersedih! Tidak perlu berasa takut.
Nabi Muhammad SAW juga sering mengamalkan amalan berbahagia sebelum melakukan sesuatu. Menjelang pagi hari beliau mengajak kita mendirikan solat Tahajud dan Dhuha. Dalam solat itu, kita berdoa meminta kemudahan, kelancaran dan limpahan rezeki. Selesai mendirikan solat Dhuha, air muka kebahagiaan kembali menyirami wajah kita. Ada nampak Nur Hidayah di air muka. Jumpa pelanggan pun sejuk jer mata memandang..bukannya kelam dan suram. Kita tentu berasa bahagia. Lalu kita segeralah bergegas menuju ke tempat kerja.
Dimulai pada solat Subuh, sebelum keluar rumah bertebaran mencari rezeki di atas muka bumi Allah, menurut kecenderungan diri yang ditentukan oleh Allah, sebelum berangkat meninggalkan rumah tangga, mengharung badai gelora ombak kehidupan, jiwa perlu diisi terlebih dahulu dengan ENERGIZER PANCARAN ILAHI.
Cuba perhatikan susunan indah amalan solat itu bermula dengan wuduk.
Pertama Pembersihan Muka kerana di sana terletak mata, telinga, hidung dan mulut. Dengan itu bila kita berhadapan dengan orang. Kemudian pembersihan tangan, yang dengan itu kita akan memegang sesuatu. Penyapuan kepala, di sana terletak otak, alat berfikir untuk menghadapi soal hidup. Membersihkan kaki yang akan digunakan untuk melangkah.
Selesai solat dhuha, mulailah bersiap siaga menghadapi usaha hidup. Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh Agama. Allah berfirman dalam Surah 67 Al-Mulk ayat 15
"Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan."
Beberapa jam kemudian, waktu zuhur pula tiba, Azan berkumandang di setiap ceruk kota Matahari mula bergerak perlahan-lahan dari atas kepala kita. Hiruk piruk kota dirasai. Tubuh terasa letih sesudah setengah hari kita membanting tulang dan memerah otak.
"Marilah Menuju Kejayaan" Hayya 'alal-falah", begitulah bunyinya panggilan Tuhan. Itulah waktu paling tepat untuk kita menstabilkan semua emosi kita ataupun membiasakan diri kita dengan kebahagiaan.
Dirikan Solat Zuhur, Nikmatilah! Lupakan semua masalah yang bersarang di minda buat seketika. Lepaskan segala bebanan hidup buat sementara waktu.
Biarkan aura kejayaan meliputi jiwa kita. Berwuduklah. Rasakan sentuhan butiran air sejuk dan menyegarkan. Nikmatilah...
Subhanallah, kehidupan terasa begitu mengasyikkan. Ketika kita mengangkat kedua tangan, rukuk dan sujud, kita dapat rasakan aliran darah mengalir masuk ke seluruh rongga tubuh badan kita. Betapa nikmatnya bukan.
Semasa kita duduk berzikir, selepas selesai solat, cubalah tingkatkan rasa syukur dan undanglah kesyukuran ke dalam diri kita. Fikirkanlah bagaimana Tuhan memberikan kesihatan kepada kita hingga kita dapat bekerja dengan baik hari itu. Bersyukur dan Senyumlah. Berdoalah sepenuh hati. Mintalah kepadaNya dengan penuh kesungguhan.
Selesai jer berdoa dan merasakan kebahagiaan sudah diperolehi, bertebaranlah kita mencari rezeki. In Sya Allah mutu pekerjaan kita pasti menjadi baik..
Faham dan boleh follow setakat ini....
MetafizikApakah Kaitan Keimanan vs Hukum Tarikan?
Apakah Kaitan Keimanan vs Hukum Tarikan?
3:11 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
3:11 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Topik hari ni, best, pastikan follow sampai habis.
Bagaimana Konsep Law Of Attraction di sebalik Surah Al-Fatihah...
APAKAH KAITAN KEIMANAN vs HUKUM TARIKAN?
Memang ada hubungan di antara keimanan orang dengan Hukum Tarikan yang sudah terbukti dapat membahagiakan manusia. Hubung di antara keduanya berkait rapat. Sebenarnya orang beriman tanpa disedari sudah lama mengamalkan Hukum Tarikan.
Hadis Nabi yang sahih ada mengatakan keimanan itu diyakini dengan kuat dalam hati, diucapkan dengan kata-kata secara sedar dan dizahirkan dengan perbuatan. Jika kita perhatikan di sini ketiga-tiga komponen itu adalah satu perkara yang luar biasa.
Kata-kata Nabi Muhamad itu menunjukkan satu proses Hukum tarikan sedang berjalan dan di sinilah terletaknya keluarbiasaan itu.
Kenapa...?
Mari kita sama-sama bincangkan...??
1. Yakin dengan kuat dalam hati.
Ini menunjukkan sebelum kita melakukan sesuatu ataupun sebelum berbicara, kita mesti yakin terlebih dahulu kebenaran ataupun manfaat yang bakal kita katakan ataupun lakukan itu. Jangan sesekali mengatakan perkara yang kita tidak yakini kebenarannya. Jangan juga katakan perkara yang tidak mempunyai sebarang manfaat.
Tanamkan kuat-kuat kebenaran dalam hati kerana hati ataupun perasaan adalah salah satu hujung tembok getaran positif ataupun negatif.
Sekiranya kita mempunyai hati yang bersih (taz-kiyyatun-nafs), maka semakin banyak getaran positif akan kita pancarkan ke alam sekitar dan juga kepada orang lain. Getaran itu kemudiannya dikembalikan ke dalam diri kita sendiri bertepatan dengan Hukum Tarikan. Jadi, kita kena jagalah hati kita itu. Lembutkanlah dan cerdaskanlah ia.
Diucapkan dengan kata-kata secara sedar dan diwujudkan dengan perbuatan dan ACTION. Ucapan kita menunjukkan riak hati kita. Corak penulisan di laman muka buku pun dah tahu riak hati masing2 macam mana dalam situasi apa.
Berhati2lah ketika berkata sesuatu kerana kata-kata akan mempengaruhi diri dan juga perbuatan kita. Kata-kata itulah addalah doa.
Orang yang selalu mengatakan dirinya tidak mampu buat, tentu tidak mahu mencuba. Dia takut berhadapan dengan kegagalan. Sebelum mencapai keinginannya, awal-awal lagi sudah hantar wave negative ke alam sekitar. Pancaran wave negative itu kemudiannya dikembalikan ke dalam dirinya sendiri.
Ini berlaku sebaliknya, orang yang memotivasikan diri dengan selalu mengatakan "SAYA BOLEH', tentu dapat meraih segala impian dan keinginannya. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapainya. Dia akan menyusun rancangan demi rancangan bagi mencapai tujuannya itu, kerana dalam fikirannya sudah tertanam kata-kata yang dia mampu melakukannya.
Tutur bicara kita mempengaruhi fikiran dan perasaan kita. Begitu juga sebaliknya, fikiran dan perasaan kita mempengaruhi apa yang kita katakan. Seterusnya perkara itu akan mempengaruhi apa yang kita lakukan.
Orang beriman perlu selaraskan fikiran, perasaan, lisan dan tindakan mereka. Perlu ada keseimbangan antara "KATA" dengan "KUASA TINDAKAN".
Orang yang beriman selalu mempunyai perasaan, fikiran, tutur kata dan tindakan yang positif. Jadi mereka sering memancarkan getaran positif ke alam sekitar iaitu pada orang lain, teman, saudara terdekat, dan juga persekitarannya hingga alam sekitar juga memancarkan getaran yang sama.
Maka, orang berimanlah yang akan mendapat kejayaan dan kebahagiaan. mereka memperolehi keuntungan yang besar (fauzan azhim)
Kebanyakan daripada kita gagal untuk selarikan "KATA" dengan "TINDAKAN"
Contoh..
"KATA" - aku nak berubah, aku nak kaya
"TINDAKAN" - banyak alasan, malas end up tak buat apa2
Ini kategori beriman ka atau tak beriman..
Boleh follow setakat ini...ada persoalan?
MetafizikKonsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian II)
Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian II)
12:16 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
12:16 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
KEIMANAN = KEJAYAAN = KEBAHAGIAAN
Bila kita rujuk Surah Al-Mukminun ayat 1-11, pasti kita tahu Rahsia Kejayaan Terbesar. Tuhan memulakan ayat itu dengan ucapan, "Sungguh (pasti) beruntung orang-orang yang beriman."
Di sini Tuhan memberitahu kita satu rumusan besar yang orang berimanlah mendapat jaminan keberuntungan iaitu kejayaan dan kebahagiaan, bukan hanya di dunia tetapi jaminan syurga di akhirat.
Orang yang beriman sering mendapat kedudukan tertinggi di sisi Allah. Malah mereka akan mendampingi para rasul, nabi dan orang soleh terdahulu kerana golongan mulia ini adalah orang yang beriman kepada Tuhan. Berdasarkan petunjuk itulah, kita kalau ingin mencapai kebahagian dan kejayaan, kita kenalah memupuk iman kita.
Maka sekarang, kita faham erti kebahagiaan dan kejayaan yang objektif itu adalah apabila kita masukkan keimanan ke dalam diri kita dan seterusnya berusaha untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita.
Maka, di sini biasanya akan timbul satu persoalan :
"Siapakah orang yang beriman itu?"
Mereka adalah orang yang senantiasa berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki diri dengan mendirikan solat, menjauhkan diri daripada perkataan atau perbuatan negatif, berusaha melakukan kebaikan di sekitarnya dengan memberi zakat dan bersedekah. Perbuatan seperti itulah yang membuatkan mereka bahagia. Mereka juga akan mendapat balasan syurga dari Tuhan secara automatiknya.(rujuk Surah Al-Mukminum ayat 2 hingga 11)
Di sini, Tuhan juga ada menjelaskan sifat orang beriman iaitu hamba-hambaNya yang maha pengasih, 'ibadurrahman'. Mereka adalah orang yang berjalan atas muka bumi Allah ini dengan rendah hati, selalu mengucapkan kebaikan walaupun dihina, dicaci, sentiasa memperbanyakan solat di malam hari, memberi sedekah dan zakat, mengerjakan kebajikan dan selalu berdoa meminta keampunan Allah, dilimpah mewahkan rezeki dan sebagainya. (rujuk Surah Al-Furqan ayat 63-70)
Sebenarnya banyak lagi sifat-sifat orang beriman yang disebut dalam Al-quran. Pada dasarnya, semua keterangan dalam Al-quran menuntut supaya manusia senantiasa menuju kebahagiaan dan kejayaan.
Jadi secara ringkasnya, apabila kita mahu mendapat kebahagiaan dan kejayaan. Jadilah orang yang beriman.
KEIMANAN ADALAH MODAL PERMULAAN DALAM MELANGKAH TANGGA KEHIDUPAN.
Baik, sebelum sifu sambung sifu nak tanya satu soalan :
Ciri-ciri orang yang beriman seperti
1. Sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan dirikan solat
2. Bersedekah
3. Berzakat
4. Rendah hati
5. Perbanyakkan solat malam
Ada tak semua list ini ada dalam SOP Buku 555 tu..???
Jadi kalau ada, SOP buku 555 itu untuk apa sebenarnya dipersembahkan kepada kalian semua ni..??
Untuk dibuat supaya menjadi orang yang beriman.
7 getaran Kesyukuran, Sabar, Doa yang sifu selalu tekankan dan share di sini adalah merupakan Pusat Sumber Tenaga dalam Al-quran untuk aktifkan KEIMANAN vs HUKUM TARIKAN yang sebenar...
Alhamdulillah, benar itu. Semua amalan dalam SOP Buku 555 itu dibuat supaya menjadi orang yang beriman.
Dan menjadikan DIRI sebagai receiver terbaik untuk menarik tenaga2 positive alam semesta.
MetafizikKonsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian I)
Bismillah...
Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (Bahagian I)
9:54 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
Bismillah...9:54 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Assalamualaikum dan selamat pagi
Hari ini sifu nak share satu Ilmu, siapa yang pernah dengar mat salleh kata Law of Attraction..??
Siapa yang faham dan pernah dengar, boleh share sedikit sebanyak kefahaman..
Hari ini sifu nak share Islamic Law Of Attraction sepertimana yang diajar oleh Allah dalam Surah Al-Fatihah...
Dalam erti kata lain, Konsep Law Of Atrraction yang sebenar.
Yang saya faham law of atrraction mengenai minda bawah sedar...
Apa yang kita fikir dalam minda...
Akan mempengaruhi masa akan datang & apa yang akan berlaku...
Kita perlu aktifkan minda bawah sedar kita😅
Suami saya ada tampal matlamat hidupnya..impiannya..di rumah....contoh..gambar kereta impian, rumah..gambar kaabah...😁😁
LOA-hukum tarikan. Setakat yang saya faham ni, saya belajar bahawa setiap yang kita fikir adalah doa.
Jika inginkan yang positif yg baik2, sentiasa lah berfikiran & bersikap positif.
Berbuat baik kepada orang, kebaikan juga yang akan datang kepada kita, dan sebaliknya. Banyak memberi, banyak lah yang kita dapat.
Benar semua itu ikut kefahaman masing-masing,
Berapa ramai nak sifu share tentang Konsep Islamic Law of Attraction sepertimana Allah ajar dalam Surah Al-Fatihah..
Baik, pernah tak kita teringin menikmati sesuatu makanan, dan tidak lama selepas itu, kita dijamu makanan itu oleh seseorang..??
Siapa pernah berada dalam situasi itu, say I
Baik, pernah tak kita risau ketika meninggalkan selipar ataupun kasut di luar surau ataupun masjid kerana takut diambil orang, dan ia benar-benar berlaku seperti yang kita jangkakan..??
Berapa ramai pernah berada dalam situasi itu, say I..
See, ini adalah bukti-bukti wujudnya tarikan di sekeliling kita. Setiap benda mempunyai gelombangnya, dan gelombang ini bersifat "menarik". Ia menarik sesuatu yang mempunyai frekeuensi iaitu getaran yang sama dengannya. Islamik Law Of Attraction adalah satu hukum Tuhan yang menjelaskan, 'Sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal.'
Sebelum sifu kupas lebih mendalam, those yang sudah ada ilmu atau pakar dalam LOA diharap berlapang dada ya. Sebab semua ilmu Allah itu benar tiada sesat dan cacat celanya..
Yang cacat celanya adalah yang menerima ilmu dan mengajar itu tidak dikurniakan Taufik dan Hidayat oleh Allah Taala sahaja, dan ilmu apa pun, penamatnya kena bawa balik kepada agama dan Al-quran untuk kesempurnaan supaya tidak terjejas Akidah kita.
Dalam proses sifu mendalami ilmu Metafizik Sains Penomboran Islamik berasaskan Al-quran, syukur alhamdulillah dengan izinNya sifu diberi ilham dan pencerahan pelbagai ilmu dari sudut kupasan yang berbeda.
Contohnya,
Konsep Islamic Law Of Atrraction sebenaqnya Allah sudah ajar dalam Surah Al-Fatihah..
Pastikan stay bersama sifu sampai habis,
Boleh boleh
MetafizikKuasai Sabar
Kuasai Sabar
8:44 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
8:44 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Bismillah....
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Dengan Limpah rahmat dan Kasih SayangMu Ya Allah
"Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
.
.
Semoga hari ini kita semua dipermudahkan segala urusan oleh Allah, mudah mudah dan sehabis mudah serta dikurniakan rezeki yang tak disangka-sangka.
Aamiinnn.
MetafizikZikir sebagai salah satu fasa dari kecerdasan spiritual
Zikir sebagai salah satu fasa dari kecerdasan spiritual
6:55 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
6:55 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Dalam Kuadrat Kewangan FAST, 1 daripada 5 ilmu Tangan Ghaib adalah Zikir.
Sifu nak share satu cerita tentang ini.
Dahulu kala, ada sebuah negeri dekat tepi pantai, penduduknya hidup dalam kesesatan dan kegelapan. Oleh sebab itu Allah mengirimkan utusannya (The Mesengger) untuk mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Dan untuk mengajak mereka kembali hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnatullah.
Seperti nasib setiap utusan Allah, dia akan ditentangi habis-habisan dan dimusuhi, kejadian ini berlaku selama bertahun-tahun lamanya. Dipendekkan cerita, akhirnya Allah mengirimkan satu cuaca panas kepada mereka. Akhirnya mereka sedar dan ingin bertaubat, akan tetapi Si Utusan itu telah meninggalkan negeri tersebut.
Ternyata Si Utusan itu berjalan ke tepi pantai, kemudian dia menumpang sebuah kapal yang sesak dengan penumpang untuk belayar menyeberangi lautan. Kemudian mereka tiba di tengah lautan, kemudian datanglah ombak yang sangat tinggi dan ganas dan menenggelamkan kapal tersebut.
Tiada jalan lain yang dapat menghindarkan bahaya selain daripada terpaksa mengurangkan muatan kapal. Semua barang muatan pun segera dilemparkan ke laut, tetapi kapal masih berada dalam keadaan bahaya, sehingga terpaksa harus mengurangkan muatan yang lain iaitu manusia. Tetapi siapa yang mahu mengorbankan dirinya untuk menjaga keselamatan jiwa orang yang ramai..?? Akhirnya mereka memutuskan mengadakan undian untuk menentukan siapakah yang harus berkorban.
Setelah undian dilangsungkan, maka keluarlah nama Si Utusan. Si Utusan akhirnya mengorbankan dirinya, sesudah mengucapkan selamat tinggal dan selamat jalan kepada semua penumpang kapal, beliau melompat ke lautan dan digulung oleh gelombang besar itu.
Kemudian Si Utusan tadi ditelan oleh ikan yang sangat besar. Ternyata dengan kekuasaan Allah, Si Utusan masih hidup di dalam perut ikan. Dia menyedari kesalahannya kerana telah meninggalkan umatnya sebelum diperintahkan Allah disebabkan oleh putus asa. Dia berdoa semoga Allah mengampuni kesalahannya.
Akhirnya doanya telah dimakbulkan oleh Allah, ikan besar tersebut terdampar di pinggir pantai dan Si Utusan keluar dengan selamat dan bertemu kembali dengan umatnya yang telah bertaubat akhirnya mereka hidup makmur dan tenteram.
Itulah kisah Nabi Allah, Yunus. Satu persoalan di sini;
Apakah amalan yang dilaksanakan oleh Nabi Yunus itu sehingga di diselamatkan dari perut ikan besar..??
Allah memberitahu "Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah, maka nescaya dia akan tetap tinggal di perut (ikan itu) sampai hari kiamat. (rujuk Surah 37 ayat 143-144).
Dalam Kisah Nabi Yunus ada kisah kita
Dalam kisah kita ada kisah orang lain
Sama-sama kita ambil ibrah dari kisah2 dalam Al-quran sebagai petunjuk dan panduan.
Benar, itulah cerita tentang kekuatan dan keutamaan zikir. Bila kita dilanda putus asa kerana usaha kita belum mendatangkan sebarang hasil maka perbanyakkanlah berzikir, In Sya Allah usaha kita akan dijayakan.
Benar di sini juga komentar sahabat tribe kita di awal tadi tentang Husnuzon atau bersangka baik dengan Tuhan tentang kisah Sifu Nasi Lemak RM1 tadi. Dengan Husnuzon lah dan beriman dengan kalam Allah di sebalik kesulitan pasti ada kemudahan, maka ikhitiarlah dengan zikir dan apa amalan yang sifu sebutkan awal tadi dan BERSERAH..bukannya hanya MENYERAH..
Selain daripada itu juga, fungsi zikir adalah merupakan "Pelengkap dan Pembersih." Zikir meliputi bertasbih, bertahmid, bertakbir, bertahlil, istighfar, membaca Al-Quran dan berselawat ke atas nabi.
Kerana itulah Zikir, dalam Ilmu pelaburan Langit, Sifu analogikan seperti Jari Kelingking. Walaupun saiznya yang paling kecil tetapi memiliki fungsi sebagai pelengkap dan sering digunakan untuk membersihkan kotoran yang ada pada diri kita. Selain zikir juga akan mendatangkan rezeki kepada kita.
Allah berfirman :
1. "....berzikirlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, agar kamu beruntung" (Surah 62 ayat 10)
2. "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawat salamlah kepadaNya"(Surah 33 ayat 56)
Pesan Nabi :
1. Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir, adalah seumpama orang yang hidup dan mati. Seumpama Ikan memerlukan air.
2. Siapa yang membiasakan beristigfar (memohon ampun kepada Allah) maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan keluar dari segala kesempitan, kemudahan di dalam setiap kesukaran, dan rezeki dari Allah melalui jalan yang tidak pernah diduga.
3. Bacalah Al-quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat, sebagai pembela pada orang yang mempelajari dan mentaatinya.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.
MetafizikAmalan zikir Ya Fattah, Ya Razzaq
Amalan zikir Ya Fattah, Ya Razzaq
3:58 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
3:58 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Sekiranya kita mahu rezeki kita dipermudahkan oleh Allah, mudah-mudah dan sehabis mudah, maka amalkanlah Zikir Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11x dan diikuti dengan sebutan Ya Allah.
Mengamalkan zikir-zikir ini bukan bermaksud kita tidak perlu berusaha ke arah impian dan matlamat. Zikir ini adalah sebahagian daripada penyempurnaan proses syariatullah (hukum syariat Allah).
Usaha fizikal masih diperlukan bagi menyempurnakan proses sunnatullah (hukum Alam).
Bagi seorang muslim, berzikir ini adalah ibadah yang memberi ketenangan jiwa. Jiwa hanya tenang bila ingat Allah setiap hela nafas kita itu. (Surah 13 ayat 28). Orang jiwa tak tenang sebab Allah tidak ada dalam jiwa mereka. Bila berada dalam Zon tenang, barulah sesuatu proses itu akan berjalan lancar.
Zikir mampu memberi suasana positif dalam diri. Ketika kita sedang berzikir, kita sebenarnya memperlahankan gelombang minda pada tahap paling kondusif. Pada saat ini, jiwa kita berasa sangat tentera, lapang dan tenang. Zikir juga "BOOSTER" untuk kekayaan dan kejayaan, serta dapat membantu kita menyelesaikan tugasan harian dengan lebih mudah dan berkesan.
Benar, di sini zikir yang paling praktikal dan berkesan adalah zikir Asmaul Husna. Ia ringkas dan boleh dikhususkan mengikut hajat yang diingini. Allah berfirman dalam Al-quran.
"Allah mempunyai Asmaul-Husna, bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu." (Surah 7 ayat 180)
SOP Al-quran dah bagitahu begitu, pohon padaNya.
Bukan mohon pada mahkluk. Apa pun, kena pergi kepada DIA dahulu, DIA akan susun aturlah yang terbaik untuk kita.
Allahu Somad (Surah Al-ikhlas ayat 2)
Dalam hidup kita seharian ini, dalam apa jua keadaan sekalipun, langgar sunnatullah. Semuanya akan jadi debu-debu berterbangan.
MetafizikAmalan Ayat Seribu Dinar
Amalan Ayat Seribu Dinar
3:30 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
3:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Dengar sini,
Tuhan Allah SWT
Boleh naikkan Matahari
setiap hari, setiap pagi
tanpa hantar Whatsapp dan tanya kita pun
DIA boleh turunkan bulan
DIA boleh naikkan bulan
Seisi alam DIA boleh manage
Takkan DIA tak boleh nak bantu
selesaikan masalah kita yang kecik2 ni
Takder menda yang mustahil bagi DIA sebenarnya
Kalau kita get connected dengan DIA
DIA boleh buka dan hamparkan seluas-luas jalan
Yang mustahil kita jer yang kaya dengan seribu alasan
malas nak get connected dengan DIA
Ingat ayat dan faham ayat ini,
bukan sekadar tampal kat dinding sahaja
"Waman Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu Likulli Syaiin Qadra."
Yang bermaksud: “..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)
Sangat-sangat penting faham ayat ini,
jadikan sebati dengan diri kita.
Allah bagi rezeki pada orang yang
TUNDUK, SUJUD, TAQWA, CONNECTED DENGAN DIA
DIA akan buka seluas-luas jalan
Amallah ayat seribu dinar, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau diamalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak 3x, In Sya Allah akan beroleh seribu faedah, barangsiapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Imam Malik (salah seorang daripada imam empat mazhab) menjawab melalui tulisan pada kulit kitabnya Al-Muwattha.
"Tidak akan berjaya generasi umat akhir zaman, melainkan mereka mengamalkan cara-cara dan tradisi yang telah menjayakan generasi pertama."
Baliklah kepada sunnatullah, berpandukan Al-quran.
Kalau kita nak berkomunikasi dengan ALLAH, solatlah.
Kalau kita nak ALLAH berkomunikasi dengan kita, bacalah Al-Quran.
MetafizikManfaat amalan 2 ayat terakhir (ayat 128-129) surah at-Taubah
Manfaat amalan 2 ayat terakhir (ayat 128-129) surah at-Taubah
3:29 PM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
3:29 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
MANFAAT AMALAN 2 AYAT TERAKHIR SURAH AT-TAUBAH.
RUGI KALAU TAK DIAMALKAN (ayat 128-129)
Bismillah...
Setiap manusia semuanya ada keinginan yang kuat, ingin rasa mulia, ingin businessnya maju, ingin berkelapangan rezeki, ingin berkemampuan untuk membayar segala hutang piutang, ingin sales jualannya meletop, ingin kuat dan sebagainya..Akan tetapi tidak semua orang dapat mencapai keinginannya kerana kurang ilmu dan pengamalannya.
Maka di sini, sifu sangat sangat menganjurkan kalian semua agar mengamalkan membaca Ayat-ayat Al-Quran ini. Barangsiapa yang membaca ayat-ayat ini dan mengamalkannya secara istiqamah, jadikan sebagai zikrullah dan makanan rohani maka insyaallah
1. Jika lemah akan menjadi kuat
2. Jika hina akan menjadi mulia
3. Jika kalah akan menjadi menang
4. Jika sempit rezekinya akan menjadi lapang
5. Jika susah akan menjadi tenang.
6. Jika hutang akan terbayar
bagaimana kaedah amalannya..??
Dibaca secara istiqamah tujuh kali (7x) setiap selesai sholat fardhu. Silalah amalkan dan semoga Allah SWT senantiasa mengabulkan setiap Doa dan hajat kita, hajat dunia dan akhirat..Aamiin
Semoga bermanfaat untuk semua.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
MetafizikDi mana kita letakkan Allah dan agama di sisi kita..?
Di mana kita letakkan Allah dan agama di sisi kita..?
10:17 AM
Rashidah Abd Hamid
0 Comments
10:17 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments
Assalamualaikum
Dah selesai ka urusan sebelah pagi semua...?
Pagi ini Sifu nak bagi jelas analogi cukup mudah supaya kalian semua di sini faham, kenapa doa kita lambat dimakbulkan oleh Allah ..??
It is depends on di mana kita letakkan Agama dan Allah di sisi kita.
Adakah didahulukan atas segala sesuatu
atau
sekadar diberi saki baki kehidupan seharian
Berapa ramai nak "Booster" kejayaan & kebahagiaan..??
Berapa ramai yang rasa nak "Booster" supaya rezeki depa yang liat sangat nak masuk tu mudah mudah jer..??
Salah seorang guru sifu ada memberi peringatan dan panduan, berzikir dengan menggunakan Asmaul Husna perlulah diakhiri dengan menyebut nama Allah, supaya nama Allah yang berjumlah 99 itu kembali kepada nama zat-Nya yang esa (tunggal). Dengan demikian, kita taklah terjebak kepada pemahaman yang mengatakan jumlah Tuhan kita sebanyak 99 sahaja.
Seandainya kita mahu disayangi oleh orang ramai di sekeliling kita, amalkan zikir Ya Rahim sebanyak 3x dan diikuti dengan sebutan Ya Allah. Ulangi sehingga Ya Rahim dibaca dengan bilangan yang dihajati.
Aritu,
sifu share dengan Alumni MSP dari Sabah iaitu Syukri
Sifu tanya susah ka nak dapat income RM20 sehari dengan Affiliate Business Ebook itu..??
Beliau kata, hadow susah sangat, 1 minggu dah tak nampak hasil lagi. Macam-macam dah buat..?? Dah viralkan dah
Sifu kata itulah sebabnya kenapa sifu buat system Affiliate itu. Itu lebih kepada praktikal knowledge terhadap apa yang sifu kongsikan di sini especially SOP 555. Setiap apa yang sifu buat itu dan minta difollow serta lakukan ada hikmah tersiratnya.
Dari segi nyatanya, atau bahasa syariatnya adalah :
Tahun ini kitaran Tahunan 1 (2017 = 1) lebih kepada database management, perbetulkan wifi diri dengan Tuhan dan sesama manusia melalui SOP 555 semuanya persediaan awal untuk stanby 3 tahun business akan datang.
Dan platform affiliate itu adalah tools atau platform untuk collect database. Yang mana dah join MSP akan fahamlah apa yang sifu buat ini adalah untuk susun 5 Star income mengikut pattern potensi diri.
Ramai daripada kita kalut nak menjual sana sini, berbisness sana sini, persoalan berapa banyak database yang dah ada simpan..??
Kalau takder database, tak yah berniaga
Gosok & lipat baju kat rumah lagi baik sebenarnya, takderlah buat kerja yang sia-sia.
Tahun depan, kitaran Tahunan 2 (2018 = 2) adalah tahun untuk marketing. Platform database yang dibuat tahun inilah gunanya untuk support bisness bermula tahun depan.
Tapi yang sifu nak tekankan di sini adalah intipati dalam SOP buku 555 iaitu part Zikrullah yang merupakan "Booster" kejayaan & Kebahagiaan...
Baik, sifu nak tanya kalian
Kalau Tuhan berkira dengan kita tentang rezeki RM20 per ebook tu, apa sebabnya..??
Dan kalau RM20 pun Tuhan berkira soal rezeki dengan kita, ada mungkin ka Tuhan tak berkira dengan kita soal rezeki yang besar pula..??
Kalau RM20 ringgit pun Tuhan berkira dengan kita soal rezeki,
begitulah jugalah Tuhan akan berkira dengan kita untuk beri rezeki yang besar dan banyak.
Maksudnya di situ lah sebenarnya jelas & terang, kita ada masalah connection dengan DIA.
Sebab itulah KEADILAN di pihak Allah kerana Allah Maha Mengetahui.
DIA nak kita kuatkan dan perbetulkan cable Wifi dengan DIA dan sesama manusia.
Itulah sebabnya kenapa SOP 555 itu ,
hanya yang minum air laut sahaja tahu sejauh mana masinnya air laut itu.
Pengalaman RASA sifu sendiri dalam fasa "BANGKIT"
as Ex - Hotelier, Ex - Human Resource Manager, Speaker, Trainer Tuhan susun menimba ilmu RASA.
Menjual nasi lemak RM1 tepi jalan for survival hidup RM1 pun Tuhan kedekut.
Acaner citer tu..??
Mahu tak mahu, sifu kena implementasikan apa ilmu yang dipelajari..Bila kita belajar apa jua ilmu sekalipun, atas nikmat dan tanda kasih sayang Allah terhadap ilmu tersebut maka Allah hadirkan ujian.
Its depends on kitalah,
nak pilih BERSERAH atau MENYERAH.
Bunyinya macam sama tapi hakikatnya tidak sama.
Baik, berkenaan dengan Nasi Lemak RM1 tu yang tak berapa nak laris tu..
Tuhan terlalu berkira dengan kita untuk hadirkan rezeki,
Nak tak nak di sini perlu ada PENGORBANAN & NEKAD untuk survival hidup.
Setiap hari istiqamah beberapa aktiviti seperti dibawah :
Bangun tahajud
Solat fajar
Amalkan sedekah awal pagi
Buat duha
Amalkan Ayat Seribu dinar 3x selepas setiap solat 5 waktu
Amalkan Surah At-Taubah ayat 128 & 129 selepas setiap solat
Amalkan zikir Ya Fattah & Ya Razzaq
Amalkan puasa setiap hari Isnin & Khamis
Semua ini sifu sudah siap abadikan dalam SOP Buku 555
Apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai, datangnya berbondong-bondong entah mana datang. Setiap hari sebelum jam 11 pagi dah clear nasi lemak tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Hidup ini suatu perjuangan...kalau tidak berjuang menggunakan senjata, berjuanglah menggunakan akal dan pena...
Rashidah
Follow Us
Label
Analisa karaker diri mengikut juz diri dalam al-Quran
(1)
Analisa karakter diri mengikut juz diri dalam al-Quran
(34)
Bilik Ilmu Tribe #769SAFT
(33)
cerpen
(4)
dari dalam diri
(16)
di sebalik kisah
(23)
Getaran Kesyukuran
(5)
Getaran Kesyukuran Diri
(17)
Info Umrah Tanah Suci
(11)
isu semasa
(19)
Kejayaan Pagi Diri
(11)
Kisah Diri
(11)
Mendampingi Tuhan
(13)
Metafizik
(721)
monolog
(27)
motivasi
(13)
Nota Bisnes
(15)
Nota Xifu Ihsan
(97)
promosi
(9)
Tazkirah
(17)
The Nawaitu Project
(13)
Tips business Pengasas AUOLIYA
(5)
Tips Instagram
(1)
Tips Niaga Instagram
(9)
Tips Pemasaran Instagram
(11)
Tips Zyan
(18)
Tribe #769 - SAFT
(101)
Urus akaun cukai pendapatan
(1)
Urus Akaun Cukai Perniagaan
(25)
Pengunjung
Catatan Blog
-
▼
2017
(1029)
-
▼
August
(90)
- Proses Islamic Law of Attraction
- Bagaimana Hukum Tarikan ini Terjadi??
- Analogi TV
- Redha
- Berbahagialah sebelum bekerja mengejar kekayaan
- Apakah Kaitan Keimanan vs Hukum Tarikan?
- Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (B...
- Konsep Law of Attraction dalam surah Al-Fatihah (B...
- Kuasai Sabar
- Zikir sebagai salah satu fasa dari kecerdasan spir...
- Amalan zikir Ya Fattah, Ya Razzaq
- Amalan Ayat Seribu Dinar
- Manfaat amalan 2 ayat terakhir (ayat 128-129) sura...
- Di mana kita letakkan Allah dan agama di sisi kita..?
- Sabar, Berlapang Dada dan Memaafkan
- Kisah Nabi Musa ingin melihat keadilan Allah
- Bermula dengan mengubah diri sendiri
- Perkongsian Rasa
- Teruslah Berlari
- Finding Your Best Talent
- Modal Hati
- Kelebihan kalimah Alhamdulillah
- Ilmu itu ialah apa yang dimanfaatkan
- Pentingnya Keluarkan Zakat Perniagaan
- Betul-betul mahukan sesuatu??
- Buy success with...
- Big Why
- Ebook Rahsia Ilmu Hikmah
- Kajian Kes : nombor belakang IC
- Numbering + Sains + Al-Quran (Bahagian II)
- Numbering + Sains + Al-Quran (Bahagian I)
- Apa itu Financial Freedom?
- Apa itu IKHLAS..??
- Perkongsian Rasa
- Topik 3. Pelaburan : Ambil Penawaran Perdana
- Hanya penyelam yang mampu mendapatkan mutiara
- Kitaran Tawaf
- Retune diri dengan Asma ul Husna
- Ilmu Metafizik
- Affiliate Rahsia Hikmah Diri
- Kisah Peniaga Tauhu
- Semoga dipermudahkan urusan
- Rahsia Ilmu Hikmah
- Finding Your Best Talent
- Ke mana aliran wang dalam dunia lari sekarang??
- Hanya sebiji tembikai, kita merungut pada Tuhan
- Rahsia Allahumma Bariklana
- Soalan dan Jawapan
- Rezeki dan melepaskan harta benda
- Ilmu Hikmah
- Aplikasi e=mc2 vs Sop buku 555
- Tolong Pakcik Nakk...
- Close Circuit dengan Allah
- Celik Mata Hati
- Ilmu hakikat vs Relatif Energy Kekayaan
- Doa agar diberi ketetapan hati
- Perancangan Allah
- Kisah peniaga tauhu
- Doa Pagi
- Getaran Kesyukuran 04/40
- Getaran Kesyukuran 03/40
- Rezeki yang berkat
- Bisnes yang paling menguntungkan...
- Poket Kosong
- Langkah-langkah untuk memperbaiki diri
- Getaran Kesyukuran 02/40
- Ulangkaji
- Getaran Kesyukuran 01/40
- 2 perkara untuk ubah hidup ~ Pengorbanan dan Nekad
- Kita ikut siapa yang kita cinta
- Bangkit & Yakin Pada Diri Sendiri
- Rezeki tidak diambil orang
- Nak Berjaya ke?
- Penyakit Hati
- Ilmu Manfaat ialah...
- MSP Bangi, Selangor
- MSP Selangor
- Perkongsian Rasa
- Come Back
- Marketing itu sebenarnya...
- Tugas manusia sebagai hamba (Ibadah, memakmurkan d...
- Get Connected dengan Dia
- Mencari Bahagia dalam Kerjaya Sesuai Jalan Fitrah ...
- Al Quran sebagai pedoman
- Fokus pada Kekuatan Kita
- Topik 2 : Pelaburan : Lebih Cepat dan Lebih Banyak
- Tips RM : Formula Pengurusan Kewangan
- Manfaat Amalan 2 ayat terkahir surah at-taubah
- Kewajiban; Segera tunaikan waktu ini juga
- ROI minimum 1000% dan maksimum 70,000%
-
▼
August
(90)
0 comments:
Post a Comment