Metafizik
Tips : Melunaskan Hutang dengan strategi sedekah
Tips : MELUNASKAN HUTANG DENGAN STRATEGI SEDEKAH
Baiklah sebelum kita menggunakan strategi ini, mari kita sama-sama hayati dulu di antara pesan-pesan Allah tentang hutang ni.
Allah suka bila kita memberi penangguhan kepada orang yang sedang dalam kesulitan. Contohnya pesan yang terkandung dalam surah Al-baqarah ayat 280 yang berbunyi :-
"Dan jika orang yang berhutang itu dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia kelapangan, dan menyedekahkan sebahagian atau semua hutang itu, lebih baik bagimu jika kamu mengetahui".
7 formula Strategi Melunaskan hutang melalui Strategi Sedekah
1. Pasakkan dalam fikiran kita, sebesar mana pun hutang kita sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Ya Allah Ya Maha Besar. Sesungguhnya sebesar mana pun masalah kita, sesungguhnya bantuan Allah sangat hampir. Boleh rujuk Surah 2 Al-BAqarah ayat 214.
2. Sematkan di minda bahawa setiap kebajikan yang kita buat akan digandakan sekurang-kurangnya 10 kali ganda. Boleh rujuk Surah Al-An'am ayat 160.
3. Baik, sekarang saya ingin bertanya. Berapakah hutang kalian semua? Formulanya mudah. Jika hutang kalian RM 1 juta, maka cari jalan untuk bersedekah sebanyak RM100,000.
4. Mengapa? Kerana RM100,000 x10 = RM 1 juta
5. Bagaimana jika saya tidak mempunyai RM100,000 untuk disedekahkan? Ya sedekahkan sahaja apa yang ada...jika ada RM10,000 sedekahkan. Jika ada hanya RM1000 sedekahkan. Jika tidak ada 10% bermula dari 1% bermula dengan berapa pun yang ada.
6. Bagaimana jika saya tidak ada untuk disedekahkan walaupun seringgit? Juallah apa yang boleh dijual dan wang itu disedekahkan.
7. Cubalah. Hanya yang sudah minum air laut sahaja tahu sejauh mana masinnya air laut itu.
Wallahu'alam....Selamat Menjamu Juadah berbuka puasa bersama insan tersayang
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment