Metafizik
Kitaran masa dan kitaran dunia
Bismillah...
Aturan kehidupan manusia adalah rezeki.
Ikut hati kita, tak berjalan masa dan kitaran dunia.
Zaman dulu bermula manusia guna mesin taip---> komputer---> website---> Google---> Email---> Frienster---> smartphone---> Facebook + Instagram + WhatsApps---> ????? 2018
Semoga kita Allah aturkan kita jadi hambaNya yang beriman dan mendahului pemikiran manusia yang melimpah rahmat.
Cuba teka ???? 2018 itu zaman apa bila zaman Facebook, Instagram dan whatapps serta lain-lain habis. Siapa tahu..???
BISNES ANDA BAKAL LENYAP 3 TAHUN LAGI JIKA ANDA TIDAK 'ONLINE'KAN BISNES ANDA HARI INI, TAPI KETAHUI SATU PERKARA YANG LEBIH PENTING DARI ITU!
.
Fakta 1: "Entire world will be online by 2020."
- Eric Schmidt, Google Executive Chairman.
Fakta 2: "If your business is not on the internet,
then your business will be out of business."
- Bill Gates, Founder of Microsoft.
.
Jika bisnes anda harini belum lagi di'online'kan anda perlu rasa bimbang.
Jika bisnes anda harini belum lagi merancang untuk di'online'kan, bimbang saja tak cukup, tapi anda perlu bertindak sekarang.
Dua situasi ini bagi gambaran, betapa kritikalnya situasi bisnes kita, jika masih lagi di arena 'offline'.
.
Tetapi, ada satu lagi perkara yang anda semua kena tahu!
.
Perkara ini lebih bahaya dari tidak 'online'kan bisnes anda. Perkara ini juga lebih bahaya dari jadi jaguh 'offline'.
.
Pendek kata, jika anda tidak ada perkara ini, bisnes anda tetap akan bungkus juga, walaupun anda dah 'online'kan bisnes anda.
.
"Apakah perkara tersebut?"
.
Sebelum saya share apakah perkara tersebut, saya nak share dulu, apakah "3 gangguan yang mengancam bisnes anda?".
.
Gangguan-gangguan ini mengancam bisnes anda kerana hari ini pelanggan atau klien adalah boss sebenar kerana mereka boleh pecat anda dengan memilih orang lain untuk mereka serahkan duit mereka.
.
Menurut Eric Feng, penulis buku "The Future of Selling Manifesto", 3 gangguan yang berbahaya adalah:
(1) Persaingan (Competition)
(2) Internet (Internet)
(3) Tiada Perhatian (Inattention)
.
Rumusan kepada 3 gangguan ini adalah:
(1) Pelanggan atau klien anda akan mengalami masalah 'DILEMA MEMILIH' kerana terlalu banyak pilihan. Mereka tidak tahu, yang mana satu terbaik. Mereka buat keputusan berdasarkan siapa yang mereka suka. "Popularity Is Winner".
(2) Pelanggan atau klien bebas untuk siasat cerita tentang anda secara online. Di sini, masalah 'KEPERCAYAAN' mempengaruhi keputusan mereka. Mereka buat keputusan berdasarkan siapa yang mereka boleh percaya. "Popularity Locks Trust".
(3) Pelanggan atau klien hari ini terpaksa melihat @ mendengar @ merasa berpuluh malah beratus iklan. Contohnya, di facebook saja, hasil kajian, kita menerima 100,500 perkataan sehari. Bersamaan mendengar orang bercakap selama 11 jam tanpa henti atau membaca 2 buku novel sehari.
Masalah 'DILEMA INGATAN' timbul kerana terlalu banyak benda nak diingat. Mereka buat keputusan yang femes seperti, "nanti aku fikir". Sebenarnya, mereka struggle untuk memikirkan apa yang kita cadangkan. Di sini, "Popularity Sticks Focus".
.
Okaylah. Anda dah faham kan? Apa maksud saya tentang jika anda tidak ada satu perkara ini, walaupun bisnes anda dah ONLINE pun, anda masih boleh hilang bisnes. Apatah lagi, jika anda buat bisnes hanya tumpu OFFLINE semata-mata.
Inilah PERKARA PALING KRITIKAL yang boleh menyelamatkan bisnes anda online dan offline...
.
PEOPLE BUY PEOPLE FIRST!
.
Maksudnya, jika pelanggan atau klien anda sukakan anda, anda dapat bisnes. Jika tidak, walaupun bisnes anda handal, mereka tetap akan pergi kepada pesaing anda yang mereka lebih suka.
Semoga bermanfaat.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment