Metafizik

Rezeki dan melepaskan harta benda

8:39 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah....Assalamualaikum dan selamat pagi..apa khabar hari ini semua..??

Dah selesai ka urusan SOP Buku 555 pagi hari ini..??
Sedekah awal pagi dah buat ka semua..??

REZEKI DAN MELEPASKAN HARTA BENDA

Rabu, 7 June 2017

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Analoginya mudah. Saudara orang yang sangat kaya dan pemurah. Saudara melantik dua orang untuk menyebarkan rezeki saudara.
Saudara berikan dua orang ini RM1 juta seorang untuk diagihkan kepada yang lain yang memerlukan. Mereka yang dilantik itu dibenarkan mengambil beberapa jumlah wang untuk keperluan sahaja.

Orang A mengambil wang keperluan dan yang lain disebarkan kepada yang memerlukan.

Orang B mengambil wang lebih daripada perlu dan menyimpan wang yang diberikan kerana bimbang saudara tidak akan berikan wang lagi nanti.

Persoalan:
Siapa yang saudara percaya untuk terus menjadi penyebar rezeki?

Siapa yang saudara mahu menambahkan lagi wang untuk disebarkan?

Siapa yang saudara yakin untuk dilantik menjadi pemegang amanah wang saudara?

Pastinya orang A.
Lalu tidak menjadi masalah untuk saudara berikan pula RM2 juta, 3 juta malah berbilion RM untuk disebarkan kerana dia adalah orang yang dipercayai. 

Saudara tidak akan menambah lagi wang untuk orang B kerana orang B masih ada wang yang belum disebarkannya.

Betul betul..??

***

Jadilah hamba yang tidak mengumpul harta tetapi menjadi penyebar rezeki Allah Yang Maha Kaya.

Ketika kita menjadi hamba yang dipercayaiNya, kita akan ditambah rezeki olehNya kerana kita sentiasa senang hati menjadi waliNya, KhalifahNya untuk menyebarkan rezeki. Tugas khalifah adalah mengurus dan mentadbir. Lalu kita diberi juga kecukupan keperluan kita. Dan kecukupan keperluan ini akan bertambah ketika kita terus dipercayai.

Memahami ini, kita tidak lagi bimbang dengan rezeki. Insha Allah rezeki akan terus bertambah untuk disebarkan. Ya Allah, hambaMu ingin menjadi hamba yang dipercayaiMu ya Allah. 

Aaamin

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: