Metafizik

Hebatnya Malam

4:22 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Hebatnya Malam

Malam ini adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; 

“Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;” (Yaa Siin 36:37)

Firman Allah SWT: 
“Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79)
.
Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar,  Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. 

Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail pun berlaku pada waktu malam.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. ( 5 Rahsia Qiamullail )

1. Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar.

2. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan

3. Dapat muhasabah kekuatan diri

4. Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.

5. Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT sahaja.

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. 

Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Waktu ini adalah pintu langit terbuka dan malaikat-malaikat mengaminkan setiap doa dan hajat kita.

Sabda Rasulullah SAW: 
“Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi)

Solat tahajjud ini asalnya diwajibkan ketika permulaan Islam.. bahkan para Nabi dan Rasul alaihimussalam diwajibkan untuk menunaikan solat tahajjud ini. 

Ia sangat penting terutama kepada para da’ie (pendakwah) dalam memperkuatkan dalamannya bagi membantu usaha dakwahnya. Tanpa kekuatan dalaman (kekuatan iman dan amal), maka usaha para pendakwah biasanya akan tamat separuh jalan (hangat2 tahi ayam).. masa kat sekolah, giat dengan aktiviti agama, ceramah, kuliah, dakwah dan sebagainya.. bila dah tamat sekolah, jangan kata nak berdakwah, orang datang bilik nak berdakwah pun dia boleh lari ikut pintu belakang.. 

Garis Ukur Allah terhadap setiap hambaNya layak atau tidak untuk menerima nikmat Kekayaan dari Yang Maha Kaya dan Maha Memberi rezeki adalah kekuatan hambaNya untuk bangkit 1/3 malam.

Sifu analogikan mudah iaitu selalu sifu share BUKA REZEKI DENGAN PILI AIR TAHAJJUD..bayangkan kalian nak mandi di bawah shower tapi tak buka pilinya, dapat mandi tak..?? basah tak kita..??

Sama-sama kita belajar tanda kebaikan daripada ayam. Awal 4.00 pagi sudah berkokok untuk mengejutkan manusia bangun tahajud bersiap awal subuh memohon rahmat. Tidak pernah lalai berkokok untuk mengejutkan manusia. 

Kita nak ajak kebaikan pun banyak berkira. Tidak cukup itu, tolong bangangkan lagi orang daripada berjaya dan tidak menyokong kebaikan.

Sebab itulah dalam apa jua permasalahan kehidupan, stop looking from outside you, but looking inside you. Firman Allah berbunyi dalam surah 51 ayat 21

WAFI AMFUSIKUM, AFALA TUBSHIRUN
(Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya)

Kita sebagai umat Nabi Muhammad yang beriman, wajib kena BERIMAN DENGAN AL QURAN, if tidak bergoncang tauhid kita dengan Allah Taala.

Kekalkan postive wave vibration di sini

Uniknya dalam ajaran Islam bila suatu perintah Allah ta’aala dilaksanakan, maka bukan saja hal itu menunjukkan kepatuhan seorang hamba akan rabbnya, melainkan dijamin bakal mendatangkan manfaat bagi si hamba. 

Ini yang disebut dengan fadhilah atau keutamaan suatu ’amal-perbuatan. Misalnya solat malam atau tahajjud. Allah ta’aala menjanjikan bagi pelakunya bakal memperoleh kekuatan daya pengaruh ketika berbicara.

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat.” (QS AlMuzzammil ayat 1-5)

0 comments: