Metafizik

6 Formula untuk Tukar Kemahuan Menjadi Kaya kepada Kenyataan

11:06 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


6 Formula Untuk Tukar Kemahuan Menjadi Kaya Kepada Kenyataan.
======================================

Di dalam naskah lejen Think & Grow Rich, Napoleon Hill telah mengkaji sikap lebih 500 orang yang kaya dan berjaya.

Beliau nyatakan, ada 6 formula untuk jadikan kemahuan jadi kaya benar-benar jadi kenyataan.

1. Tetapkan dalam fikiran, berapa jumlah wang yang kita mahu.
-poin penting adalah, mesti ada jumlah yang jelas. 
-kena sebut amaun.
-tak boleh hanya "saya mahu wang yang banyak"
.
.
2. Tetapkan dengan pasti apakah pengorbanan yang perlu kita buat untuk dapat jumlah wang yang kita mahu tadi.
- poin penting adalah, tiada benda percuma di dunia; semua ada harga yang perlu dibayar.
- contohnya kita mahu RM10K sebulan secara konsisten dan efisen. Apakah yang anda sanggup bayar samada dengan wang, tenaga atau masa anda untuk anda dapat RM10K/bulan.
.
.
3. Tetapkan tarikh yang pasti, iaitu bila kita akan mula kerja untuk dapatkan wang dan bila kita dapat wang yang kita mahu.
- poin penting adalah, jika tiada masa untuk bermula, selalunya masa untuk dapat akan sentiasa diubah.
- perlu tanam dalam hati, keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan bagi izin DIA untuk kita capai (penambahan dari saya)
.
.
4. Tetapkan pelan strategi yang pasti untuk realisasi kemahuan tadi.
- poin penting adalah, kita tidak akan bersedia selagi kita tidak ada pelan strategi.
- bila dah ada pelan, sekalipun kita belum bersedia, kita tetap kena follow juga pelan yang sudah kita atur.
.
.
5. TULIS dengan jelas perkara #1- #4
- poin penting adalah, selagi tidak ada hitam-putih, selagi itu kita belum betul-betul tetapkan apa yang kita mahu.
.
.
6. BACA semula kuat-kuat perkara yang kita tulis,
- poin penting adalah, bila kita baca kuat-kuat, kita sedang bagi arahan kepada diri kita sendiri. 
- dalam NLP dipanggil anchoring (pasak).
- baca 2x sehari (minima)
- baca sebelum tidur dan selepas bangun tidur. 
- masa baca; lihat, rasa dan yakin kepada diri sendiri, yang kita pasti dapat wang itu. 
- yakin yang rezeki Allah bagi. Jangan buat kerja Allah. Buat kerja kita sahaja. Buat Buat Buat ... sampai dapat.
- tawakal...inshaAllah dapat.
"Formula ke 6 yang paling penting". 
.
.
Cuba share sikit, berapa yang tuan & cik puan nak tahun ini kat sini, masih belum terlewat walau sudah melewati 1/2 tahun dah?

Kita pakat-pakat tolong aamiinkan dan bagi sokongan...Boleh Boleh...

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: