Metafizik

Ilmu Dapatan

11:25 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Mie, lama dah kan follow tribe ini, apa ilmu dapatan dan sudah implementasikan dalam hidup dan business, ada perubahan atau tak walau sikit, boleh share..??

Ilmu dapatan tentang sedekah,tahhajud,dhuha..
Buat kerja kita dan jangan buat kerja Allah...ayat ni selalu bermain di minda..
Kalau ikot bakat dan potensi, bisnes sekarang tak ngam dan masih dalam proses mencuba yang betul iaitu makanan dan minuman..
Tak nak dah strugel....

Mana lebih mudah Mie, Mencari Rezeki atau Menjemput Rezeki..??

Kita duk cari barang bukan hak milik kita, sampai bila nak jumpa, penat adalah kan...Kan senang jemput rezeki melutut di kaki kita, DIA jer yang tahu terselit kat mana-mana rezeki kita tu kan.

Sifu dah melalui Fasa ini yang tidak ketahuan sebegini nie, tapi itulah MINDSET dan BELIEVE SYSTEM kita terhadap system sunnatullah kurang mendapat perhatian ramai sebab hasilnya lambat..kebanyakkan kita nak result cepat. Belajar dari hukum Alam.

Allah didik kita melalui 2 aliran ilmu iaitu Ayat-Ayat kauliyah (Al-quran) dan Ayat-ayat Kauniyah (Hukum Alam).

Contoh, kita tanam biji durian berapa tahun baru boleh makan hasilnya..?? cuba jawab

Itulah PROSES PENILAIAN TUHAN TERHADAP KITA LAYAK ATAU TAK UNTUK MENJADI WAKIL ALLAH dalam mengagihkan rezeki...

Setuju..??

0 comments: