Metafizik

Ibrah dari peristiwa Perang Badar

10:24 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum semua,                        

Bulan Ramadhan selalunya bulan business & production 'paling' lemau. Setuju..???

Sifu nak recharge ur energy sikit. Dalam bulan Ramadhan ni telah berlaku 1 peperangan iaitu Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan di mana kaum muslimin beroleh kemenangan.

Ape yang sifu nak cerita pasal perang ni bukanlah macamana perang tu berlaku tapi 'hikmah' yang kita patut ambil ibrah dan pengajaran di sebalik peristiwa perang badar.

1. Ketinggian TAUHID & keyakinan kepada bantuan Allah

Tentera Islam ketika perang Badar ada sekitar 300++. Ade riwayat yang mengatakan sekitar 313 orang sahaja tanpa kelengkapan perang yang lengkap bersedia untuk menyerang kaum quraisy yang ramai... 
Tingginya keimanan tentera Islam pada ketika itu membuatkan tiada seorang pun gentar untuk bertempur tanpa kelengkapan perang yang cukup

Kesimpulan: Usaha dulu & Yakin KUASA ALLAH yang akan bantu kita. Bukan mengeluh 'bulan puasa memang selalu bisnes slow'

2. Team spirit (Kesetiaan kepada pasukan)

Semasa perang badar Rasulullah sedikit cemas & khuatir dengan semangat para sahabat apabila mengetahui kaum quraisy mekah yang bakal ditentang mempunyai kekuatan tentera. 
Ketika ragu2nya Rasulullah seorang sahabat  (Al Miqdad) berkata 'Maju Ya Rasulullah sesuai dengan yang diperintahkan Allah. Kami bersamamu'

Kesimpulan : Kalau rasa diri tak yakin sangat buat sale bulan puasa ni - cari kekuatan dari ahli yang lain & jangan menyepi & mati.

3. Sifat ABDI

Allah menjanjikan pertolongan kepada Rasulullah dalam Perang Badar (al Anfal 12-13)
Tetapi Rasulullah masih bangkit saban malam menunaikan tahajjud memohon kemenangan perang Badar. 

Kesimpulan: Allah janji dah nak bantu Rasulullah tapi dia masih bertahajjud mohon bantuan Allah menunjukkan rasa lemah dan pengabdian sebagai hamba. 
Kita?

Perang Badar dimenangi oleh kaum muslimin dalam keadaan serba kekurangan & kepenatan macam kita sekarang. Kesimpulan yang saya nak cakap - kita tak perlu angkat senjata untuk perang dengan org kafir - tapi angkatlah 'semangat'mu dan kalahkan rase malas dalam diri sendiri. 'BANGKIT'

Surah al-Baqarah 249
"....Betapa banyak golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang2 yang sabar."

Wallahua'lam..

0 comments: