Metafizik

Tahajjud : Gelombang ALPHA dan THETA

4:02 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Banyak juga Hadits Hadits yang menjelaskan betapa pentingnya Solat Tahajjud di antaranya :-

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, bahwa Nabi bersabda: “ Solat malam adalah dua rokaat dua rokaat. Jika engkau khawatir segera tiba waktu Subuh, maka witirlah dengan satu rokaat saja.” (HR. Bukhori (II/397), Muslim (749) dan Abu Dawud (1326).

Diriwayatkan dari Abdulloh bin Amru bin Ash r.a, bahwa Rosululloh SAW bersabda :
“Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Nabi Dawud. Demikian juga, puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Dawud. Beliau tidur separuh malam (yang pertama), lalu bangun sepertiganya, kemudian tidur kembali pada sisa waktu seperenamnya. Beliau sehari berpuasa dan sehari berbuka.” (HR. Bukhori (III/13) dan Muslim (II/816).

Diriwayatkan Aisyah r.a, ia berkata :
"Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga bengkak kedua telapak kaki beliau,lalu aku katakan kepada beliau, 'Mengapa engkau melakukan seperti ini, ya Rosulullah, padahal dosamu yang lalu maupun yang akan datang telah diampuni oleh Allah? 'Beliau menjawab, 'Apakah aku tidak boleh menjadi hamba Allah yang bersyukur?" (HR Bukhori VIII/449 dan Muslim 2819 dan 2820)

Dalam SOP Buku 555 juga ada ditekankan Solat Tahajjud, perlu ditandatandatangi untuk audit diri sebelum tidur malam..Kita tidak ada disiplin macam itu In Sya Allah sampai bila-bila tidak akan dapat istiqamah..

Pada Gelombang alpha ini merupakan pintu masuk kita ke fikiran bawah sedar/supersedar dan pada saat kita berada pada gelombang fikiran ini fikiran kita sangat rileks, santai dan fokus serta otak memproduksi hormon kebahagiaan dalam jumlah banyak yang secara automatik membuat fikiran dan jiwa kita damai dan rileks. 

Di samping itu, kerana fikiran dan jiwa kita dalam keadaan rileks maka tubuh pun menjadi semakin sihat kerana pembuluh darah terbuka lebar dan tentunya darah dapat mengalir lancar keseluruh tubuh .

Dalam keadaan fikiran pada gelombang alpha, pikiran kita akan mudah masuk pada pikiran super sedar/fikiran bawah sedar yang khusyuk , jika pada saat itu kita berdoa pada Tuhan atau mengerjakan solat dan berdoa pada Tuhan, doa kita akan terkabul dengan sangat cepat.

Yang penting kita selalu/sering mengakses fikiran supersedar ini kerana fikiran supersedar sangat selaras dengan hati dan jiwa kita sehingga timbul keyakinan yang kuat dan fikiran supersedar ini yang menyampaikan permohonan kita pada Tuhan dengan yakin dan oleh tuhan diperintahkan kepada alam semesta untuk segera merealisasikan doa kita, melalui orang atau objek yang telah ditentukan oleh Tuhan.

Pancaran gelombang otak kita pada saat kita solat tahajud dan berdoa setelah bangun tidur sangat kuat dan menurut LOA, hukum alam sebab akibat/tarik menarik, pancaran gelombang kita pada saat itu sangat kuat dan dapat menarik objek apapun yang kita inginkan .

Solat tahajud telah banyak membuat orang bahagia dan sukses, bahakan menurut penelitian orang yang sakit kanser dan penyakit apapun dapat sembuh dengan solat tahajud. Untuk keperluan menambah penghasilan atau melunasi hutang, dengan solat tahajud itu semua dapat tercapai dengan mudah yang penting kita harus sering bertahajud/istiqomah dan untuk pemeluk agama lain banyak berdoa di malam hari setelah bangun dari tidur.

Jadi, jangan lupa bangun malam untuk bertahajud/berdoa pasti semua permasalahan kita dalam segala hal, akan terselesaikan dalam waktu yang cepat.

Yang mendatangkan ujian pun DIA
Yang nak HOLD pun DIA
Yang nak selesaikan dan tunjuk jalan keluar pun DIA
Jadi kita sebagai hamba Allah jangan sombong
Kembalilah bersujud dan mohon pada DIA pada 1/3 malam
Allahu Somad (Surah Al-Ikhlas ayat 2) terang dan jelas mesej dihantar kepada kita yang berbunyi "AKULAH TEMPAT SEGALA MAKHLUK BERGANTUNG"

Jangan lupa juga untuk selalu menjaga kedamaian fikiran dengan selalu bersyukur dan berfikir positif dalam segala hal.

Sifu pesan satu di sini dan untuk peringatan diri sifu sendiri :-

"KALAU NAK BUAT SESUATU, BUAT SUNGGUH SUNGGUH, KALAU TAK NAK BUAT TAK PAYAH BUAT"


0 comments: