Metafizik

Kuasa Tahajjud Mampu Sembuhkan Kanser Tahap 4

5:27 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

============================================
Kuasa Tahajud Mampu Sembuhkan Kanser Otak Tahap 4
======================================

Kisah benar: Pesakit kanser ini sembuh tanpa apa-apa pembedahan dan kemoterapi.. 

Pertama sekali, tujuan Fiqa menulis, bukan untuk mengaibkan diri sendiri, tetapi sebagai inspirasi untuk pesakit-pesakit kanser yang putus asa, hilang semangat, down, merasa sudah tiada harapan untuk sembuh, dan bagi yang merasa sudah tidak ada peluang untuk melihat matahari,  awan,  burung-burung, dan gunung - ganang pada esok hari, seolah-olah tiada harapan untuk hidup pada esok hari.. 

Fiqa ingat lagi malam tu, pada waktu sepertiga malam terakhir, atas kepentingan tertentu, Fiqa bangun untuk bertahajud.

Malam tu rasa lain sangat..tak seperti malam-malam sebelum ni.. rasa tenang menyelubungi diri.. Selama dua minggu mengerjakan solat sunat tahajud.. malam tu yang paling tenang..

Terasa rugi,
kenapa aku baru nak tahajud?
kenapa aku selalu tinggal tahajud? 

Kalau aku tahu nikmatnya ketenangan semasa solat di malam hari, nikmatnya berdua-duaan di malam hari dengan yang Maha Besar sudah pasti aku tak ambil ringan tentang tahajud..

Apa kaitan malam tu dengan sembuhnya Fiqa dari penyakit  ni... Wallahu'alam

Yang penting Fiqa sembuh lepas konsisten amalkan tahajud

Sebelum ni..5 tahun da fiqa habiskan masa, tenaga,  dah banyak usaha, 1001,malah tak terkira, usaha untuk sembuh dari sakit,  Walaupun  masa tu Fiqa tak tahu lagi apa jenis penyakit yang Fiqa hadapi... 

Fiqa lupa satu benda penting.. 
Iaitu konsisten amalkan tahajud.. 

Selepas rawatan demi rawatan yang Fiqa terpaksa rahsiakan dari umum atas sebab-sebab tertentu... Diakhirnya Fiqa sembuh tanpa apa-apa pembedahan dan kemoterapi.. 

Memang tak percaya dek akal kisah Fiqa ni.. Tapi kuasa Allah siapa  yang dapat menyangkal? 

Sembuh dalam sekelip mata pun boleh kalau Dia berkehendak.. 

Lagipun kita bukan cina yang tidak percaya pada kuasa Ilahi.. Hanya percaya pada apa yang nampak pada pandangan lahiriah sahaja.. 

Untuk berusaha, berikhtiar cara selain dari perubatan moden.. "taknaklah"  "wa boleh mati oo".. 

Tepuk dada tanya  iman.. Kita orang Islam macam tu jugak ke jawapan kita? 

Sedangkan dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:
Rasulullah SAW bersabda:
Allah Azza Wa Jalla turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir dan menyatakan  "Siapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepada-Ku pasti aku beri, dan sesiapa yabg memohon ampun kepada-Ku pasti aku ampuni." 

Jadi, sesiapa yang ada masalah, stress, tekanan jiwa, rezeki tak masuk, sakit, sakit kronik, tahajudlah beserta dengan solat sunat taubat sebab setiap sakit fizikal atau mental dari dosa kita sendiri.. 

Moga Allah buka pintu-pintu rezeki, pintu - pintu kesembuhan kepada kalian.. 

Tekad Fiqa untuk gunakan nyawa  baru ni sebagai ornag Islam, sebagai khalifah di muka  bumi ini sebaik mungkin selepas diberi peluang kedua untuk hidup kembali..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana TAHAJUD boleh mempengaruhi tahap imunisasi kita dari sudut sains..??

Dalam tubuh kita oleh Yang Maha kuasa sudah ada yang namanya sistem imun (daya tahan tubuh). Daya tahan tubuh itu maksudnya apa? 
.
.
Misalnya, darah kita kalau dilihat merah tapi kalau dianalisis darah kita campur dengan reagen kemudian dianalisis di makmal nanti komponen di dalam tubuh macam-macam darah itu. Jadi, ada hemoglobin, ada hormon kartisol. 

Sebagai contoh, jantung koroneri secara teori kedoktoran lama tidak mampu untuk disembuhkan. Tapi, melalui imuniti imunologi tadi penyakit ini boleh disembuhkan.

Jantung koroneri ini penyebabnya adalah tersumbatnya arteri jantung karena kolesterol. Kolesterol itu adalah lemak yang berwarna kuning yang berasal dari makanan yang kita makan diolah oleh tubuh menjadi glikogen kemudian di olah lagi menjadi glukosa. 

Glukosa pula diolah lagi menjadi kolesterol. Kalau orang tidak pernah gerak atau melakukan exercise maka kolesterol akan menyumbat pada organ yang tidak pernah digerakkan. 

Nah, kalau orang itu mahu solat tahajud berlama-lama seperti Rasulullah SAW, dua rakaat saja semalam, nantinya akan ada metabolisme tubuh kita akan bercucuran keringat. Keluarnya keringat ini lah menyihatkan. Kerana di dalam tubuh kita ada metabolisme kolesterol-kolesterol akan dibakar ATP/ADP sehingga menjadi energi yang merangsang kelenjar keringat untuk berkeringat. Jadi, kalau tidak berkeringat tidak banyak membawa kesan-kesan fizik. Kebanyakan orang solat tahajud itu hanya sekadar memburu-buru pahala atau mengejar maqamam mahmuda dalam pengertian sempit.

Kenapa orang yang sering tahajud tak pusing kepala, padahal dia bangun tengah malam tu?

Karena otak kita ketika solat tahajjud melepaskan seritonin, beta endorsin, dan melatonin yang diproduksi otak. Ketika seseorang solat tahajjud, seritonin, beta endorsin, dan melatonin itu terproduksi. Itu yang menyebabkan kita menjadi tenang. Karena ketenangan itulah maka homeostasis terjaga. 

Pusing disebabkan karena terganggunya homeostasis, mungkin bisa hipertensi atau hipotensi. Solat tahajud itu kan meditasi tingkat tinggi. Itu yang menjaga homeostasis atau kecenderungan untuk tetap dalam keadaan normal. Orang sakit itu terganggunya homeostasis. 

Nah, ketika solat tahajud relaksasinya tercapai secara maksimun maka keseimbangan tubuh terjaga. Tak akan ada hipertensi dan hipotensi. Termasuk kolesterol akan ditapis habis oleh aktiviti tahajud. Kolesterol akan hilang menjadi tenaga.

Apa alasan tentang solat tahajud dan hubungannya dengan sistem imun tubuh?

Pertama, tidak ada solat sunat yang dianjurkan oleh Alquran kecuali tahajud. Sedangkan solat-solat sunat lain itu hanya sampai pada tataran hadis Rasulullah SAW. Kalau solat sunat tahajud itu ada di dalam surat Al-Muzzammil ayat 1 sampai 20 terutama pada ayat 1 sampai 10. Kemudian Surat Al-Isra ayat 79. 

Kedua, Rasulullah SAW sama sekali tidak pernah meninggalkan solat tahajud. Rasulullah SAW nyaris tidak pernah melewatkan satu malam pun kecuali dengan solat tahajud, bahkan di saat peperangan sekalipun. Dulu, solat tahajud diwajibkan. “Setelah turun surat Al-Muzzammil ayat 19 dan 20 baru disunatkan,” 

Ketiga, tidak ada solat sunat yang diwajibkan Islam kecuali tahajjud. Selama satu tahun Rasulullah mewajibkan umatnya melaksanakan solat tahajjud, sebelum turun ayat tadi. 

Lalu ada hadis qudsi yang menjelaskan tentang setiap dua per tiga malam Allah SWT turun ke langit pertama sambil menyerukan, “Hamba-Ku yang sedang rukuk dan sujud melaksanakan solat tahajjud, permintaanmu akan Aku beri, doamu akan Aku kabulkan, dosamu akan Aku ampuni.” Ditambah dengan hadis riwayat Tabrani yang menjelaskan bahawa solat tahajud itu kebiasaan yang dilakukan oleh para orang-orang soleh di zaman dulu dan itu menyembuhkan baik fizikal maupun psikis.

Pada zaman dahulu pernah diadakan solat Istisqa (solat panggil hujan). Pada awalnya raja bertindak sebagai khatib dan imam. Ketika naik mimbar, ia langsung tidak boleh berbicara, tergagap-gagap. 

Raja pun turun dan minta salah seorang ulama terkemuka untuk menggantikannya. Ternyata gagal juga. Lalu Raja meminta persediaan antara hadirin untuk tampil naik mimbar. Kemudian muncullah seorang pemuda, wajahnya bercahaya dan bicaranya sangat fasih dan bermakna. Tidak lama sesudah itu, hujan pun turun dengan lebatnya. Siapa pemuda itu dan apa kelebihannya? Ternyata beliau ialah seorang ahli tahajjud. Dan Ahli tahajjud kata-katanya mujarab dan doanya makbul.


Kepada teman-teman yang mahu meningkatkan Aura diri, amalkan tahajjud beserta doa seperti di atas itu..Cahaya itulah dikatakan Aura sebenarnya

Berapa ramai pernah dengar tentang Aura..??
Berapa ramai nak tahu bagaimana kaedah nak tingkatkan Aura..??

Sila angkat tangan

0 comments: