Metafizik

Tauhid di dalam al-fatihah

8:08 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TAUHID DI DALAM AL-FATIHAH

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Ramai orang datang kepada sifu mengadu dan berkongsi cerita dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan, dan bertanyakan solusinya. 

Sifu jawab Hakikat Manusia ada masalah dalam hidup satu jer masalahnya, iaitu ada Masalah Tauhid dengan Maha Pencipta. Di mana Indicatornya tu..?? Sejauh mana kita memahami isi kandungan Al-Fatihah yang kita ulang-ulang baca dalam solat dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bila kita faham insyaallah, selesailah masalah Tauhid dan kehidupan.

Benarlah pesan guru kepada Sifu suatu ketika dulu, sebelum kamu balik kepada Tuan kamu, pastikan kamu  pelajari 3 ilmu ini iaitu :-
1. Ilmu Al-Fatihah
2. Ilmu Kalimah Syahadah
3. Dirikan Solat dan bukannya Tunaikan Solat

Ada sebanyak tujuh (7) tempat ungkapan tauhid ada di dalam surah Al-Fatihah.
Seharusnya Al-Fatihah itu dapat menjadikan kita kuat sedar pada Allah kerana tujuh kali kita mentauhidkan Allah dengan Al-Fatihah.

Ketika sedar kuat ke Allah dan kita memujiNya, jiwa itu sepatutnya tunduk merendah diri.
Ketika mendirikan solat, kita asyik berada dalam keadaan sebuah pertemuan denganNya. 
Kita memujiNya dari sebuah kesedaran dan rendah diri serta hati. 
Kita masuk ke keadaan kekhusyu'an.
Kita tidak sedar kita khusyuk kerana kita dalam keasyikan. 
Seperti orang yang rajin tidak sedar dia rajin. Yang ada, hanya asyik melakukan kerja kerana berada dalam keadaan keasyikan. Ketika khusyuk, yang ada hanya Dia. Rindu dan Cinta. Pujian, kemaafan dan pengharapan.

Tujuh tauhid di dalam Al Fatihah
1. Segala puji untukMu ya Allah.
2. Engkaulah Tuhan sekelian alam
3. Engkaulah Yang Maha Pengasih/Pemurah. 
4. Engkaulah Yang Maha Penyayang.
5. Engkaulah penguasa di hari pembalasan.
6. Kepada Engkau kami sembah (Hanya Engkau yang layak diangkat sebagai Tuhan dan disembah)
7. Kepada Engkau kami mohon pertolongan (Hanya Engkau tempat bergantung segala makhluk)

Baik, andai kita ada permasalahan dalam hidup, jom sama sama kita Muhasabah diri dan Audit diri kita masing-masing sama ada kita sudah ikut KPI standard Al-Fatihah atau tak..?? Sebab Allah suruh audit pada diri kita dan bukannya pada orang lain seperti mana diabadikan dalam Surah 51 ayat 21 :-

"Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya"

1. Selama ini kita puji siapa sebenarnya..?? kita puji Allah ka..??
2. KeAKUan kita melebihi daripada mengakui Tuhan itu mengatur segala-galanya..??
3. Selama ini kita kasih dan sayang kepada siapa sebenarnya..??
4. Selama ini kita sibuk buat kerja Tuhan jatuh hukum sana sini..
5. Selama ini kita sembah siapa..?? kita agung-agungkan siapa..?? kita angkat siapa..??
6. Selama ini kita lebih bergantung harap kepada Allah atau makhluk..??

Saya sengaja susunkan ayat Tauhid dalam bentuk komunikasi. Supaya senang kita berkomunikasi dengan Allah dengan Al-Fatihah. 

Pujilah... Mohonlah dengan penuh sedar. Nanti pasti akan memuji dan memohon dengan rendah hati. Cuba praktikkan sekarang puji dan mohon kepada Allah dengan Al-Fatihah

Semoga Bermanfaat

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: