Metafizik

Bukan kita Tiada Rezeki

7:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments



BUKAN KITA TIADA REZEKI

Jumaat, 16 June 2017 

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Sebenarnya bukan kita tidak ada rezeki. 
Tetapi kekadang kita yang tidak sanggup menerimanya dengan tidak sengaja menolaknya.

Sanggup menerima rezeki adalah orang yang sentiasa bersedia menjadi penyebar rezeki. Sekiranya kita benar-benar sanggup menjadi penyebar rezeki, ketika itu inshaAllah akan ada saja rezeki tanpa yang pernah kita sangkakan.
Dan sanggup menjadi penyebar rezeki ini bukan sekadar kata-kata dan fikiran. Tetapi hati itu tiada ragu lagi. Berlatihlah memberi.

Mulai hari ini berlatih memberi dengan cara:
1. Berikan kepada yang memerlukan dengan kadar yang kita rasa tidak kisah untuk kita berikan.

2. Kemudian ketika memberi dengan jumlah no.1 ini, tambahkan lagi sehingga kita rasa berat hati (rasa kisah) untuk memberi.

3. Ketika saat berat untuk memberi itu, nilai itulah yang harus kita lepaskan (beri).

4. Nah! kita melatih diri untuk melepaskan wang (harta) di level kita rasa berat untuk memberi iaitu sayang untuk dilepaskan.

Suatu saat ketika kita melatih dan dilatih berterusan begini bersama nilai yang semakin bertambah, di saat ini keyakinan kita pada Allah akan terus meningkat. Meyakini bahawa rezeki itu pasti ada

Di saat ini kita sudah tidak sedar lagi menjadi seorang penyebar rezekiNya. Bukan seorang yang asyik MENYIMPAN REZEKI (harta benda) dengan mengkaya diri sendiri sahaja akibat takut melepaskan harta benda.

Sekiranya kita takut melepaskan harta benda, bayangkan di saat kematian kita. Di saat Allah menarik kita tetapi hati kita tidak mampu melepaskan harta benda. Ibaratnya seseorang yang sangat kuat merentap tangan kita dan dalam masa yang sama kita memegang besi melawan tarikan orang tersebut. SAKIT!! berlatihlah... ia sangat berkesan

Semoga bermanfaat.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT


Bismillah... 

Masalah datang tak habis-habis? 
Allah sayang pada hambaNya untuk dengar semula mulut dan hatinya berzikir.

Sempena Jumaat Ramadhan kali ini boleh start semula RETUNE DIRI DENGAN ASMA UL HUSNA yang Sifu dah ajar awal tahun sebelum ni.

Siapa yang tertinggal? 
Siapa tak habis dan tewas menghabiskan Asma Ul Husna?
Boleh start semula.

Zon turun naik manusia sentiasa ada tapi apa salahnya beramal bila mengetahui.

Seteruk mana sekalipun zaman dan zon merah. 
Sifu dah test pada yang beramal cara Sunnah InshaAllah dioptimumkan balik.
Benarlah perkara sunat mampu betulkan zon energy manusia yang Nabi Muhammad saw ajar. Ditambah pula, kita semua di zon Spritual Ramadhan.

InshaAllah Jumaat ni Retune semula. Nampak jauh dah lari semua.

Ya Allah, ampunkan semua yang berada dalam group ini asbab mereka berjihad mencari ilmu dan redhaMu, murahkan rezeki mereka, jadikan mereka sentiasa aman makmur dan pembayar zakat yang banyak. Amin.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

CARA PENGIRAAN

1. Tukarkan coding nama SENDIRI + NAMA IBU kepada NOMBOR

2. Refer nota utk list coding huruf dan no

3. Campurkan hasil tambah semua no dalam nama tersebut

4. Pastikan jawapannya hanya 1-99. Jika lebih tambahkan dan jadikan 1-99

Cth : 127 👉1+2+7 =10 (asmaulhusna ke 10)

0 comments: