Metafizik
Mengenal Diri : Mengapa kita perlu beribadah...?? Part II
MENGENAL DIRI : MENGAPA KITA PERLU BERIBADAH...??
Part - II
Maakrifatullah Suatu Keperluan
sambungan....
Hakikat ibadah itu sendiri adalah mengenal jati diri. Beribadah adalah satu proses bagi mencari dan menemukan jati diri. Al-Ghazali berkata, hukum mendalami ilmu mengenal jati diri adalah fardhu Ain. Nabi Muhammad SAW pernah berkata, ''Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu". Ertinya, "Barangsiapa mengenal dirinya, pasti mengenal akan Tuhannya."
Hadis itu sahih dan hadis yang menjelaskan kesahihannya adalah, "Ara'fun nasi man arafa nafsihi." Maksudnya 'Orang yang mengetahui adalah orang yang mengenal dirinya. Ia sama dengan Surah al-Zariyat 51 ayat 21 yang bermaksud, "Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya?"
Secara umumnya, Allah menciptakan kita daripada dua unsur yang berasal daripada bahan yang berbeda iaitu bahan yang kelihatan dan yang tidak kelihatan. Pendek kata JASAD yang kelihatan dan ROHANI tidak berbentuk dan tidak kelihatan.
Manusia adalah makhluk unik yang diciptakan Allah daripada dua unsur berbeda. Kedua-dua unsur itu pula memerlukan zat yang berbeda. Unsur yang kelihatan iaitu jasad memerlukan makanan dan minuman. Unsur yang tidak kelihatan iaitu ROHANI memerlukan cahaya atau Nur Ilahi.
Apabila kita renung jauh ke dalam diri kita, dan juga renung kehidupan kita ini dengan mendalam, kita pasti insaf kerana perjalanan hidup ini singkat sahaja. Ia segera berakhir dan hanya meninggalkan kenangan. Orang yang menyedari hal itu perlu selalu berzikir, mendekatkan diri kepada Allah, bertawakkal dan mengharapkan hidayah serta keampunan Allah.
Sebagai makhluk yang mempunyai dua dimensi, adalah wajar bagi kita memikul 2 misi selama kita hidup di dunia ini.
Misi Pertama misi yang bersifat duniawi adalah berusaha untuk mencapai kejayaan harta benda. (inilah pembongkaran diri melalui Kaedah Metafizik Sains Penomboran Islamik (MSP) berasaskan Al-quran)
Misi Kedua misi Rohani pula adalah beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah. (inilah SOP buku 555 diwujudkan)
Kita hanya menjadi manusia yang berjaya apabila kita mampu menggabungkan kedua-dua misi itu dengan baik dan sempurna.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment