Metafizik

Barangsiapa yang mengenal dirinya, akan mengenal Allah akan dia

12:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Yang Mengenal Dirinya, akan Mengenal Allah Akan Dia)

MAN ARAFA = ADAM
NAFSAHU = ROH/JIWA/NAFSU
FAQAD ARAFA = ALLAH ITU
RABBAHU = ESA

Seperti Firman Allah dalam Al quran dalam 
Surah 33 ayat 72:-

"Sesungguhnya Kami Telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dengan segala persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan"

Berdasarkan ayat inilah sifu selalu ulang di tribe ini, BARANGSIAPA LAGI YANG KITA MAHU CARI, SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH SEDIAKAN BEKAL UNTUK KITA DI DUNIA INI. HANYA KEBODOHAN, KEEGOOAN, KESOMBONGAN DAN KEJAHILAN KITA SAHAJA YANG MEMBUATKAN HIDUP KITA TIDAK KETAHUAN.

Oleh kerana Amanah atau Rahsia Allah telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tunaikan janjinya. Amanah itu sudah tertulis di tapak tangan kanan 18 Asmaul Husna + tangan kiri 81 Asmaul Husna = 99 Asmaul Husna ini kena dijalin hubungan yang 1 utk disempurnakan. NAFI 99 itu Kita Punya, ISBAT HANYA 1 iaitu Allah punya.

Contoh :-
Nak Kaya kena dijalin dengan Sifat Maha Kaya itu.
NAFI Kaya itu bukan milik kita, tapi ISBAT ianya Allah

Dengan erti kata lain, tugas manusia adalah menjaga dan menjalin hubungannya dengan Tuan Empunya Rahsia setiap saat dan ketika.



Bismillah... 

Ada kelapangan masa, tonton video di atas semoga faham apa itu Metafizik sudut pandang Ustaz Auni. Sebenarnya lebih 500 bidang terpecah sebelum manusia mula faham apa itu Fitrah Alam dan Spiritual.
Dalam dunia hanya 0.05% manusia diberi hidayah faham Metafizik. Coding paling tepat adalah Al Quran. Ianya milik Islam bukan direvolusikan pada zaman Renaissance.

0 comments: