Metafizik

40 hari keajaiban setelah tahajjud

4:55 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

40 Hari Keajaiban Setelah Tahajud

Allah swt Berfirman
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (QS Al Isra' 79)

Firman Allah ini merupakan salah satu dasar disyariatkannya solat tahajud. Solat tahajud sangat dianjurkan dalam Islam. Bahkan solat tahajud menduduki posisi kedua setelah solat wajib. 

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: ''Solat yang manakah yang paling utama setelah solat wajib? Rasulullah SAW menjawab, solat tahajud.'' (HR Muslim).

Keajaiban apa yang terjadi setelah solat tahajud? Seperti yang dituturkan oleh beberapa narasumber di antaranya sebab : 

8 tahun belum mempunyai keturunan/anak, setelah rutin tahajud kira-kira satu bulan kemudian istrinya mengandung anak pertama

Mendapat kereta setelah rutin tahajud 40 hari

Mempunyai kontrak 12 pintu, padahal dalam tahajudnya hanya meminta diberikan kontrak 1 pintu sahaja, namun Allah berikan 12 pintu sekaligus menjadi miliknya

Tahajud 40 hari, tambah dhuha 6 (kalau kuat teruskan sampai 12 rakaat) rakaat rutin plus zikir dan wirid penarik rezeki. Setahun sebelumnya sering hutang saat ini sudah mampu membeli rumah, mempunyai bebetapa jenis business, beberapa kenderaan mewah, tabungan yang cukup banyak dan lain-lain.

Itulah keajaiban solat tahajud. Bagi kalian yang menginginkan/mendoakan apapun berkaitan dengan masalah/problem hidup anda silakan dibuktikan keajaiban 40 hari setelah tahajjud. 

Mungkin anda menginginkan rumah, usaha yang besar, anak, kesembuhan, properti dan lain sebagainya maka riyadhoh tahajud 40 hari layak anda buktikan keajaibannya. 

Buatlah
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA RASA AIR LAUT ITU

Namun satu hal yang wajib kita fahami. Tahajjud yang kita lakukan itu haruslah mampu membangkitkan keyakinan. Indikasi hal tersebut adalah ia mampu menggerakkan jiwa dan raga untuk bekerja dan berusaha jauh lebih maksimun yang dibaluti dengan gelombang keikhlasan dan tawakal. In Sya Allah apapun permintaan dan hajat kita akan terkabul. Amin 

Sekian penjelasan  tentang keajaiban solat tahajud dari sifu, semoga bermanfaat bagi kalian semua. Amin.

Pernah tengok sahabat kita share ini di tribe tak..??

Sahaja aku berkongsi kejayaan pagi ini kerana Allah Taala

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

*Syukur Alhamdulillah*, dipermudahkan untuk:
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Taubat 
Solat Sunat Witir

#769SAFT
#gengtahajud
#gengdhuha


Inilah program TAHAJJUD CALL yang sifu cipta khas untk warga Tribe SAFT

Deskripsi Program

Tahajjud call merupakan program yang dirancang untuk membangun spirit menghidupkan sepertiga malam yang penuh keutamaan, keindahan hidup dalam naungan Illahi, yang menggerakkan hati setiap insan untuk berubah kearah kebaikan. Untuk saling berbagi, saling memotivasi, dalam meraih redha Allah SWT, bersama Menuju Kebaikan.

Tahajjud Call tidak hanya sebuah sistem saling mengingatkan untuk menghidupkan sepertiga malam, tapi juga membina silaturahim dan ukhuwah, meyatukan hati dalam mencapai kebahagian dunia dan akhirat.

Kaedahnya, siapa yang bangun awal detik 2.45 pagi dan seterusnya bagi perform Solat Tahajjud hendaklah bangunkan warga tribe kita di sini dengan share TAHAJJUD TIME images. Selesai buat, share sepertimana contoh di atas tu.

So, berapa ramai di sini nak mulakan HAJAT join geng tahajjud MULAI ESOK melalui Tahajjud CALL nie, say ALLAHUAKBAR..??

Ini image untuk TAHAJUD CALL


Kalau selama ini kita hidup mengikut kaedah atau sistem sekular, tapi tidak selesai jugak now its time to Back to Basic. balik kepada fitrah dan sunnatullah serta berpandukan Al-quran insyaallah kejayaan sedang menunggu kita di garisan penamat.

0 comments: