Metafizik

Mengenal Diri : Mengapa kita perlu beribadah...?? Part I

12:20 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MENGENAL DIRI : MENGAPA KITA PERLU BERIBADAH..??

PART - I

Makrifatullah Suatu Keperluan
- Mengenal Jati Diri merupakan satu keperluan yang seharusnya dimiliki oleh sesiapa pun, agar hidup tidak kehilangan arah bagaikan layang-layang yang putus terbang tidak ketahuan mengikut angin.

Mengenali diri ini adalah langkah pertama dalam menuju makrifatullah iaitu mengenal Allah. Asas mengenal Allah adalah zikrullah iaitu menginta Allah dan merasakan kehadiran Allah dalam semua urusan dan pelbagai aspek kehidupan manusia dan apa jua keadaan sekalipun Sifu selalu gunakan istilah dalam Tribe ini adalah "HIDUP BERTUHAN".

Banyak ayat Al-Qur’an yang memerintahkan kita untuk berdzikir mengingat Allah secara terus menerus setiap saat. Antara lain dalam surat An Nisa 103.

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring",
(Surah 4 An Nisa ayat 103)

Dalam surat An Nisa ayat 103 diatas Allah memerintahkan kita untuk selalu ingat kepada Allah ketika berdiri , duduk dan berbaring. Kalau kita fahami itu adalah posisi yang kita jalani dan alami setiap detik dari kehidupan kita. Kalau tidak berdiri , tentu kita duduk atau berbaring, tidak ada posisi di luar itu. Ini berarti Allah memerintahkan kita untuk selalu ingat padaNya setiap saat di mana pun kita berada. Saat kita susah, senang, gembira, sedih, suka dan duka. 

Dalam erti kata lain, nafas kehidupan kita adalah Allah. Allah menyatu dalam setiap hembusan nafas kita.

Bagi mengingati Allah, maka kita perlulah menyedari akan sifat-sifatnya yang maha besar, maha agung, dan maha kuasa. Ingatlah pada setiap nikmat yang Allah telah curahkan kepada kita. Ingat pada syurga dan nerakanya. Sentiasa melaksanakan perintahnya dan jauhi larangannya. Kita perlu memandang jauh kehadapan, bersopan santun, rendah hati, usah sombong dan ego, tenang dan istiqamah dalam beribadah. Inilah kunci untuk Istiqamah iaitu senantiasa berada dalam keadaan sedar terhadap Allah setiap masa.

Oleh sebab itulah, mengenal jati diri adalah sesuatu yang dimiliki oleh semua orang. Dengan demikian, hidup kita lebih teratur, tidak kelam kabut dan hilang arah bagaikan layang-layang terputus talinya, mengikut angin.

bersambung.......

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: