Metafizik

Retune Diri dengan Asma ul Husna

8:32 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah... 

Masalah datang tak habis-habis? 
Allah sayang pada hambaNya untuk dengar semula mulut dan hatinya berzikir.

Sempena Jumaat Ramadhan kali ini boleh start semula RETUNE DIRI DENGAN ASMA UL HUSNA yang Sifu dah ajar awal tahun sebelum ni.

Siapa yang tertinggal? 
Siapa tak habis dan tewas menghabiskan Asma Ul Husna?
Boleh start semula.

Zon turun naik manusia sentiasa ada tapi apa salahnya beramal bila mengetahui.

Seteruk mana sekalipun zaman dan zon merah. 
Sifu dah test pada yang beramal cara Sunnah InshaAllah dioptimumkan balik.
Benarlah perkara sunat mampu betulkan zon energy manusia yang Nabi Muhammad saw ajar. Ditambah pula, kita semua di zon Spritual Ramadhan.

InshaAllah Jumaat ni Retune semula. Nampak jauh dah lari semua.

Ya Allah, ampunkan semua yang berada dalam group ini asbab mereka berjihad mencari ilmu dan redhaMu, murahkan rezeki mereka, jadikan mereka sentiasa aman makmur dan pembayar zakat yang banyak. Amin.

RETUNE DIRI DENGAN ASMAUL HUSNA

Masalah Membuang Kegagalan + Semua Perkara Ada Halangan + Lambat Jodoh + Perasaan Takut Bangkit+ Rezeki Lambat + Penyakit Pelik + Tiada Anak + Asyik Kena Tipu

Anda sendiri yang boleh lawan dan selamatkan jiwa yang lama sudah rosak. Kaedah Spritual dan Bergantung Pada Allah Taala secara teknikal kemanusiaan dan coding.

Contoh:

Step 1 : 
Nama Anda: MOHD YUSOFF SITI AMINAH (Nama Ibu)
Kira Coding Nama: 4684 75___________\\ =
Tukar ikut Formula Metafizik Huruf

KOD METAFIZIK HURUF
1 - A J S
2 - B K T
3 - C L U
4 - D M V
5 - E N W
6 - F O X
7 - G P Y
8 - H Q Z
9 - I R

Step 2: 
Tgk Asma Ul Husna dan Coding kemudian baca selama 40hari mengikut hasil tambah di atas.

Step 3: 
Sedekah sama Amaun duit tadi dan sedekah selama 40 hari. 

Niat Lillahhitaala dan asbab mencari redha Allah. 

Biasanya tak sampai 40 hari ada perubahan dan bantuan Allah Taala. Rahmat Allah Maha Luas. Bergantung pada keikhlasan anda.

Yang dah belajar Fundamental Kitaran Pulangan Rezeki sebelum ni boleh tambah sendiri.

Semua milik Allah Taala. Kita hanya cari asbab dan kenapa gelombang tadi bergerak atas positif memakmurkan dunia.

Contoh:
Bagi Muslim yang Beriman 

SITI RAIDAH ASMA = 60

ASMA UL HUSNA , YA MUHYI ( Baca 60x selepas Subuh selama 40 hari. Jangan miss, terlupa start semula) Mula seeloknya pada hari Jumaat pada awal bulan Hijrah.

Sedekah. RM60 setiap hari. 
Kalau tak berkemampuan Sedekah RM 6 setiap hari (6+0 = 6)

Niat: Sahaja aku mencari Redha Allah dalam kehidupan dan kemakmuran rezeki serta segala yang baik kerana Allah Taala.

Bagi non Muslim. Just sedekah mengikut tambahan numbering di atas.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: