Metafizik
Hidup perlu ikut sunnatullah
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:40)
HIDUP PERLU IKUT SUNNATULLAH
Persoalan masa lampau ketika bertemu guru.
Soalan:
"Guru, mengapa orang bukan Islam ramai yang berjaya, ramai yang kaya raya sedangkan mereka tidak percaya pada Allah?
Guru:
"Ye Mereka memang tidak percaya dan beriman pada Allah. Tetapi mereka MENGIKUT Sunnatullah.
baik, kita belajar FIZIK pula iaitu Teori Relatif Energi Kekayaan....SEBAB DAN KENAPA..??
E = MC2...HUKUM ENERGI...(M=MASS/zarah/benda/sesuatu) (C=kelajuaan cahaya/action/keinginan/terdesak)
hubungkaitnya begini
E=MC2=RM=BRANDS x (tindakan x keinginan)=hf (hasil berfrekuensi/gelombang)=anda seadanya
Contoh mudah:-
Mark Zukerberg pengasas Facebook nak kaya raya. Dia kena tahu potensi diri sendiri dan bakat. Impian nak pegang game dan menguasai platform komuniti dunia..
Teknikal survivornya adalah balik kepada fitrah ..Dia kena menyumbang idea dan hasil yang terbaik kepada masyarakat. Pada peringkat awal penubuhan Facebook, beliau menawarkan service percuma sehinggakan ramai jadi kaya raya atas service yang ditawarkan itu.
facebook menyenangkan dan memudahkan manusia..??
Ya sangat sangat membantu..
Berapa nilai bantuan dia..??
Sudah tentu tidak ternilai bukan..
Jadi BERHAK DAN LAYAK tak beliau jadi Billionaire di usia bawah 30 tahun..??
Lebih daripada berhak kan..??
kita di mana..????
bab sedekah dan zakat pun masih berkira kira dan bersoal jawab here and there, masih bersoal jawab traffic light saya kena RM5 jer, kenapa saya kena cukupkan RM10 dsb..??
Bab ilmu hakikat kita dah sewel maka memang takder peluang dah pun..kena baiki balik cari ilmu.
Allah Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Hukum tetap hukum jika tidak beriman. Namun kasih sayang Allah tetap ada pada semua makhlukNya. Allah pandu kita dalam hidup ini dengan sunnatullah.
Nak pandai, rajin cari ilmu dan belajar. Amalkan untuk lebih faham dan lalui pengalaman.
.
.
Nak berjaya, rajin berusaha.
Nak bodoh, rehat tak perlu buat apa-apa.
Nak miskin, duduk lepak tak perlu buat kerja.
.
.
Iman dan tidak beriman ada bezanya.
Orang tidak beriman pasti akan marah-marah dan tidak sabar bila ikut sunnatullah tapi hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan.
Orang beriman sedar sebagai wakil Allah, kita perlukan lakukan kerja kebaikan dulu.
Sebab itu orang beriman pasti akan MENJALANKAN syariat disamping sedar hakikat. Baru dapat rasai pengalaman iaitu bermakrifat.
Kemudian redha semua yang dilakukan dan ketentuan atas apa yang dilakukan. Sedar semuanya adalah ATAS IZIN ALLAH walaupun ikut sunnatullah."
Sebab kita perlu ikut sunnatullah, mari buat kerja. Sunnatullahnya, buat kerja, baru habis kerja yang banyak itu. Sunnatullah juga, jika tidak buat kerja, kerja yang ada itu tidak akan siap. :)
Semoga bermanfaat.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
Alhamdulillah...selesai sudah Mapping jalan keluar daripada belenggu business utk survival hidup.
0 comments:
Post a Comment