Metafizik
Bila yang dirancang tidak menjadi...
Bismillah...
Bila Plan A jumpa jalan mati, jangan lah matikan impian. Janganlah pula mula jadi bangau jadian.
.
Lebih baik refleksi diri. Audit diri. Tenang diri. Mohon petunjuk dari ILAHI.
.
Petunjuk ada pelbagai rupa. Ada dalam bentuk ilmu. Ada dalam bentuk guru. Ada dalam bentuk pengajaran. Ada dalam bentuk ilham. Ada dalam bentuk keyakinan.
.
Sebab itulah, bila doa, kita mesti mohon diberi Hidayah (petunjuk) dan taufik (kekuatan) oleh Allah.
.
Petunjuk perlu dilaksana dengan kekuatan. Kekuatan itulah TINDAKAN. Kena berani untuk bertindak. Taufik juga adalah keberanian untuk bertindak.
.
Rumusan adalah:
"Minta doa untuk Allah bagi HIDAYAH (petunjuk) dan TAUFIK (kekuatan/keberanian) untuk teruskan dengan PLAN B untuk capai impian."
.
Yang dah give up atau terfikir macam nak give up, fikirlah dua kali.
Tanya diri, aku give up dengan siapa?
.
Diri sendiri?
Orang?
Bisnes?
Yang Maha Memberi Hidayah & Taufik?
.
Mendoakan sama-sama bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT
0 comments:
Post a Comment