Metafizik
Case Study : Cik Puan Rohana
Farihan Yahya :
Sekejap lagi spt biasa sifu nak buat study case dan bedah siasat bagi meraikan kehadiran teman baru di sini. 1 @ 2 orang sahaja ya.
Sebelum itu sila perkenalkan diri, share latarbelakang diri, business dan kerjaya, apa cabaran dalam hidup yang perlu diselesaikan segera..
Sifu akan sediakan blueprint utk Tahun 2017 ini juga, apa tindakan segera perlu dibuat dari sudut ilmu MSP.
Rohana Kadir :
Assalamualaikum sifu
Saya dah join sini lama tapi rasa belum kenalkan diri...
Nama Rohana Abdul Kadir
Umur 40 tahun
Bisness.. Restoren n Cafe.. hampir 10 thn..
Paling utama sekarang ni nak lunaskan hutang2 yang ada dan nak jalankan bisness dengan lebih teratur dan bersistematik...Harap sifu dapat tunjuk ajar☺️
Afiah Hajar Ahmad :
Assalamualaikum sifu.
Saya Afiah Hajar dari JB
Umur 38tahun
Pekerjaan Pembantu Pengurusan Murid
Bisness: Masih mencari yang sesuai dengan diri untuk langsaikan hutang yang ada
Saya tak pasti bila saya join group ini tapi saya scroll dari atas memang banyak saya kena ubah untuk dapat yang terbaik. Thanks sifu dengan ilmu yang sifu berikan banyak bantu saya sedikit sebanyak ubah cara hidup dengan bergantung harap pada Allah di samping usaha yang dilakukan.
Farihan Yahya :
Dah cukup 2 orang nie dulu untuk hari ini ya...sebelum sifu buat bedah siasat, berapa lama dah duduk dalam tribe ini dan if tidak keberatan boleh share apa ilmu dapatan setakat ini di tribe ini, kongsikan seikhlas mungkin kerana
BILA HATI YANG BERKATA
HATI JUALAH YANG MENDENGAR
Rohana Kadir :
Allahu.... tak pasti bila... tapi saya dah scroll atas slow2 hari2 baca ilmu2 yang ada di sini... yang paling terkesan SOP 555... saya dah pun mulakan walaupun belum 100% penuh.. ada sikit2 lubang... belajar juga mengenai zikir asmaul husna... Ya Allah.. ternyata terlalu luas ilmu Allah dan patut dicari.... terima kasih sifu dan rakan2 di sini... saya pun tak tau mcm mana boleh masuk ke sini.. yang pasti Allah yang lorongkan di sini...
Afiah Hajar Ahmad :
Saya pun tak pasti bila join bila tapi banyak yang saya belajar dari group ini.
Farihan Yahya :
Alhamdulillah, semua dengan izinNya..tidak akan bergerak sebesar zarah tanpa izinNya.. kita bertemu dan bersilaturrahim di sini pun atas kehendak dan izinNya..yang lain itu asbab musabab sahaja ya
CikPuan Rohana dan 10 tahun membuka business Restoran dan Cafe, dah ada berapa cawangan sekarang..??
So, far dari segi keuntungan bersih ok ka..sifu lebih suka bertanyakan keuntungan bersih daripada sales..kerana itulah cash money kita ada.
Rohana Kadir :
Setakat ni 2 cawangan sifu... betul... kalu sales juta2 pun kalau tak untung buat apa kan... so far alhamdulillah.... keuntungan tu memang ada... tipu orang kata kalau niaga takde untung..☺️☺️
Farihan Yahya :
Alhamdulillah, baik berapa average total expenses bulanan perniagaan dengan 2 cawangan itu, sifu nak check tengok HOLDING POWER untuk sustain business itu ada atau tak..??
Untuk peribadi kemudian nanti, kita selesaikan satu persatu ya.
Rohana Kadir :
Overhead ke sifu? Cost lebih kurang RM5500
Farihan Yahya :
Untuk dua-dua cawangan itu ka termasuk gaji pekerja, bahan basah, utilities dan misc charges..Sebab Cik Puan Rohana dah berniaga 10 tahun, sepatutnya dah boleh autopilot dah business tu.
Rohana Kadir :
Itu tak termasuk bahan basah sifu... sebab dia bergantung pada penggunaan... tapi tu la..nama je dah lama niaga tapi semua buat pandai sendiri je.... tu yang nak cari ilmu ni..
Normally bahan basah tu 35 ke 45% dari sales..Tambah2 sekarang barang semua mahal.
Farihan Yahya :
Baik, average kalau termasuk dengan bahan basah berapa..??
Rohana Kadir :
Maaf sifu.. overhead tadi slah taip..RM25500.. dan average kalau termasuk bahan mentah dalam 55k
Farihan Yahya :
Baiklah kita ambil kira overhead RM55K sebulan
Cuba CikPuan Rohana kira
RM55k sebulan x 12 bulan
Totalnya dibahagikan dengan 8%
Berapa nilainya perlu ada utk HOLDING POWER..??
Rohana Kadir :
8.25j... betul ke?
Farihan Yahya :
RM 8,250,000 betul untuk NBS (Need Based Solution) untuk sustain legasi business dan 2 cawangan itu for HOLDING POWER...sudah standby dana cash yang tahap kecairannya secepat dalam 48 jam as a Backup..
CikPuan ada backup business lain atau fokus on Restoran & Cafe ini sahaja..
Rohana Kadir :
So far memang ini saja sifu... belum ada apa2 back up
Farihan Yahya :
Yang dikatakan "HOLDING POWER" itu inilah, yang ramai usahawan kita tidak ambil kisah...ini nanti boleh PM sifu tepi untuk detailkan..
Baik hari ini sifu kupaskan ini untuk basic formula bebas kewangan
If, average expenses bulanan Cik Puan Rohana adalah ikut basic ILMU TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW yang selalu sifu share di sini adalah :-
Traffic Light Merah : RM55,000 (Expenses)
Traffic Light Kuning : RM165,000 k (Income perlu dapat dalam sebulan RM55,000 x 3)
Traffic Light Hijau : RM165,000 x 5% = RM8250 setiap awal bulan untuk Zakat (2.5%) & Sedekah (2.5%).
Ada 2 soalan di sini sifu nak usulkan :-
1. Adakah profit margin sebulan RM165k selama ini..??
2. Adakah sebanyak RM8250 di keluarkan utk Zakat + sedekah untuk setiap bulan..?? (ini ikut Blueprint angka yang diberikan)
Rohana Kadir :
Tidak sifuu...😔
Farihan Yahya :
mana satu yang tidak tu..??
Rohana Kadir :
Ke2 nya. 1 & 2..
Farihan Yahya :
Baik, sekejap ya, sifu nak lukis Graf utk memperjelaskan betapa ramai usahawan Muslim kita terlepas pandang akan hal ini...
Cuba share kat sifu di sini
Surah 5 ayat 55
Surah 6 ayat 160
Surah 2 ayat 261
Sayanglah kalau business 10 tahun tak boleh nak grow kan
Dalam SOP Buku 555 itu ada amalan istiqamah berzakat di awal bulan, sedekah harian yang sebelum ini Cik Puan Rosmaria kurang lakukan, Tahajjud, Dhuha dan sebagainya yang kita terlepas pandang.
Sebab itu buku 555, rujuk kepada Surah 5 ayat 555, sepertimana Firman Allah dalam Al-Quran berbunyi :-
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah)."
Maksudnya di situ ada tiga Indicator Kejayaan :
1. Kebergantungan kita secara total kepada Allah dalam setiap segala sesuatu. Allahu Somad. Yang mendatangkan ujian itupun DIA, yang nak selesaikan pun DIA, solusinya hanya 1 iaitu kembali bersujud pada DIA dan bukannya pada makhluk.
Bila kita diuji kena kenal mana UJIAN mana BALA..
UJIAN - akan mendekatkan diri kita kepada Allah
BALA - akan menjauhkan diri kita kepada Allah
Maksudnya di sini, seberat atau sebesar mana pun ujian kita hadapi ingat satu jer, ALLAH MAHA BESAR.
2. DIRIKAN SOLAT..di sini Allah kata DIRIKAN SOLAT dan BUKANNYA TUNAIKAN SOLAT...bila kita kata kita dirikan solat, seumpama kita dirikan sebuah rumah. Sebuah rumah memerlukan Asas Yang Kukuh iaitu simen yang kukuh, dari segi hakikatnya TAUHID kita itu. Dan setiap rumah memerlukan tiang-tiang yang kukuh untuk berdiri tegap dan kukuh, dari segi hakikatnya adalah 13 rukun solat itu perlu kita fahami kenapa perlu dilakukan..Allah buat sesuatu bukan sahaja sahaja dan bukan sekadar tunduk bangun sahaja.
Seandainya asas tidak kukuh, simen tidak kejap maka runtuhlah rumah itu walau bertiangkan besi. Begitulah juga SOP kehidupan sudah ada di sebalik 13 rukun solat dengan berasaskan TAUHID yang haq. Sebab itu hidup kita akan pincang andai kita abaikannya.. Bila sempurna ini maka kita sudah UNLOCK WIFi UNLIMITED DENGAN MAHA PENCIPTA.
3. TUNAIKAN ZAKAT...di sini ramai daripada kita terlepas pandang dan mengambil mudah..Zakat ini WAJIB sedekah itu SUNAT..bayangkan kita banyak buat solat sunat tanpa perform solat WAJIB..di mana letaknya kita di sisi Maha Pencipta..
Kena ingat kita sebagai Wakil Allah di atas muka bumi untuk memakmurkan insan dan berkongsi rezeki. Tugas kita MENGURUS & MENTADBIR rezeki dan bukannya nak menguasai. Bila kita ada NIAT utk rasa pemilikan dan menguasai, kita tanpa sedari sudah mencabar hukum Tuhan.
Dalam rezeki kita setiap bulan 2.5% adalah hak orang lain. Yang masih ada dengan kita bukan hak milik kita, yang kita beri pada orang lain itulah hak kita yang menjadi lampu di rumah 7 kaki di bawah perut bumi sana. Sebab itu dalam SOP buku 555 perlu dipraktis setiap awal bulan keluarkan zakat..Bila kita selesaikan yang WAJIB ini barulah kita UNLOCK WIFI UNLIMITED SESAMA INSAN..barulah Allah gerakkan manusia mudah untuk berurusan jual beli dengan kita dalam apa jua keadaan sekalipun.
Ramai orang buat DIRIKAN SOLAT, tapi abaikan TUNAIKAN ZAKAT..sedangkan ianya pasangan dan saling berkaitan antara satu sama lain...sebab itu kebanyakkan daripada kita sendu mendu jualannya..
Faham Faham
Rohana Kadir :
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُ ۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَا ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ
Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Farihan Yahya :
Baik, sifu tanya CikPuan Rohana, "SOLAT" dan "ZAKAT" WAJIB atau tak..??
Rohana Kadir :
Wajib... rukun Islam
Solat dan zakat harus selari...
Farihan Yahya :
Baik, kalau WAJIB, jom kita buat satu analogi,
Cik Puan Rohana mempunyai kewajiban hutang kepada bank, apa yang harus atau biasanya Cik Puan Rohana akan lakukan..??
Rohana Kadir :
Bayar
Farihan Yahya :
Baik, biasanya sifu pasti CikPuan Rohana akan lakukan ini :-
1. Bayar tepat pada waktunya
2. Nilai wangnya yang cukup, tidak boleh kurang
3. bayar pada tempat yang telah ditetapkan
4. dan sebagainya sesuai dengan TNC..(Terms N Condition)
Dan jika Cik Puan Rohana melakukan itu, sifu pasti pihak bank akan segera mencatatnya, mengucapkan terima kasih kerana patuh pada TNC. Dan biasanyalah pihak bank akan menawarkan credit fasiliti yang baru, keringanan atau fasiliti lain kepada Cik Puan Rohana kan.
Baik, sekarang, jika situasinya begini pula Cik Puan Rohana tidak membayar hutang, apa yang bank biasanya akan lakukan terhadap Cik Puan Rohana..??
Rohana Kadir :
Dapat reminder... call
Farihan Yahya :
Benar itu, jika berlaku situasi begitu, apa yang bank biasanya akan lakukan adalah seperti berikut :-
1. Mencatat kelalaian kita
2. Memberi surat reminder
3. Memberikan denda di atas kelewatan kita
4. Membuat reminder call
5. Mengirimkan Pemiutang (Debt Collector) yang kasar kepada kita
6. Menyita jaminan kita
7. Mengumumkan di media massa bahawa kita adalah penunggak hutang
8. Memasukkan nama kita dalam blacklist
9. Berkemungkinan kita masuk penjara dan sebagainya
Bila kita menghadapi situasi ini, kita biasanya akan merasa tertekan, stress, terganggu jiwa bahkan sometimes terfikir untuk membunuh diri.
Baik, sekarang jom kita gunakan itu untuk KEWAJIBAN LANGIT!!
Jika Cik Puan Rohana tidak melaksanakan kewajiban berupa Solat, Zakat, Puasa Ramadhan, Haji dan sebagainya..??
Cer share apa yang Allah akan lakukan
Rohana Kadir :
Allahu akhbar.... pasti murka sifu
Farihan Yahya :
Baik, sekiranya kita tidak melaksanakan kewajiban seperti yang sifu sebutkan di atas itu maka akan mengundang kemurkaan Allah, ini yang ramai daripada kita terlepas pandang dek kerana dikaburi dengan keindahan yang fatamorgana. Maka Allah akan lakukan :-
1. Malaikat di seblah kiri terus akan mencatat keburukan kita
2. Memberi peringatan kepada kita dengan pelbagai kejadian, dugaan dan cabaran
3. Yang pasti, Kita tidak akan mendapat ketenangan jiwa.
4. Allah akan mengirimkan DEBT COLLECTOR kepada kita di dunia berupa azab dan dikubur berupa Malaikat Munkar Nankir
5. Allah akan memasukkan kita ke dalam daftar list hamba yang tidak bersyukur dan kufur nikmat
6. Yang terakhir, menghumbankan kita ke dalam nerakanya
Merujuk kepada Graf Kehidupan yang sifu lukis di atas itu ada dua perkara SOLAT & ZAKAT, dua dua ini WAJIB dan merupakan pasangan kembar tak serupa.
SOLAT - untuk UNLOCK UNLIMITED WIFI connection dengan Maha Pencipta
ZAKAT - untuk UNLOCK UNLIMITED WIFI connection sesama insan
Wahabluminnallah Wahabluminnannas
Cuba rujuk Graf di atas, no matter how good you perform SOLAT, itu settle urusan hubungan kita dengan Tuhan. Sebagai give and take, maka Allah akan bantu kita selesaikan urusan duniawi.
Tapi kita "HOLD" bab Zakat dan tak perform, maka atas ASBAB apa Tuhan nak salurkan rezeki kepada kita pula,.???
Mcm mana Allah nak gerakkan jiwa jiwa untuk berurusan dengan kita soal urusan duniawi tak kisahlah business ka, kerja ka dan sebagainya.
Yang MEMEGANG HATI pun DIA
Yang HOLD pun DIA
Yang nak RELEASE pun DIA
kena UNLOCK dengan DIA melalui ZAKAT
Sebab itu GARIS UKUR TUHAN kepada kita ini layak atau tidak untuk menjadi WAKIL ALLAH dalam bab menyebarkan rezeki. Kita ini kan Khalifah, tugas kita mentadbir dan menguruskan serta memakmurkan insan..So, bila kita HOLD, maka di mata Allah kita tidak layak utk menjadi WAKIL nya, jadi kita dapat sekadar MENCUKUPI sahaja.
Setiap bulan dalam rezeki kita ada hak orang lain iaitu 2.5%. Tak banyak pun kan kalau nak dibandingkan 97.5% lagi untuk kita dah tu Allah bagi.
Apa lagi nikmat Allah yang nak kita dustai..??
Kita belajar ilmu pengurusan kewangan
Ini adalah sebahagian ilmu pengurusan kewangan dengan Tuan Pemilik Segala Rezeki.
Itulah sebab sales kita sendu mendu, dihujani dengan hutang tak kunjung tiba dan sebagainya.
Solat itu Tiang agama, apabila tidak solat samalah dengan merobohkan agama. Seorang Syeikh pernah berkongsi "Semua Muslim wajib solat" Kenapa begitu..?? beliau menjawab "Kerana siapa yang tidak solat bererti bukan muslim.
Sifu percaya bab solat semua In Sya Allah tidak ada masalah untuk perform, tapi bab TUNAIKAN ZAKAT ini ramai yang terlepas pandang atau ambil mudah.
Khusus untuk zakat, guru sifu pernah berkongsi hati-hati apabila kita tidak TUNAIKAN ZAKAT :-
1. Mungkin barang kita hilang
2. Mungkin keluarga kita dilanda musibah
3. Mungkin anak kita jatuh sakit
4. Mungkin kerjaya kita "stuck" atau sangkut sana sini
5. Mungkin business kita ada masalah dan dihujani dengan bebanan hutang sana sini
6. Dan mungkin-mungkin yang lainnya.
Cuba bayangkan . Tanpa zakat harta atau business tetap musnah, dapat dosa, dan pahala tak dapat. Jadi rugi 3x ganda.
Cuba bayangkan lagi Dengan zakat, harta kita terpelihara, dosa terhindari, dan pahala tercapai. Jadi untungnya 3x ganda.
Jadi sifu nak tanya Cik Puan Rohana, nak pilih yang mana satu..??
Rohana Kadir :
Pasti saya pilih untuk keluarkan zakat...sifu .. selama ni saya bayar jugak tapi ikut rate keadaan semasa je...Maaf sifu... kita berbuka dulu ye
Farihan Yahya :
Ok...Takpa, selamat berbuka bersama seisi keluarga. Kita sambung malam nanti ya selepas tarawih ya...kita selesaikan satu persatu...
Rohana Kadir :
Baik sifu... terima kasih luangkan masa.... In Shaa Allah jumpa malam nanti.
Afiah Hajar Ahmad :
Terima kasih sifu penerangan yang cukup jelas. Kena jaga hubungan dengan Allah juga hubungan dengan manusia.
Dari group ini saya banyak belajar untuk bergantung sepenuhnya dengan Allah. Sebab DIA maha berkuasa dan izinkan untuk kita lakukannya.
0 comments:
Post a Comment