Metafizik
Mengapa Rezeki Kita Sempit...??
MENGAPA REZEKI KITA SEMPIT..???
cer share apa kefahaman anda semua
Sebenarnya tiada motivasi hebat selain daripada berada dalam keadaan sedar dengan Allah setiap masa, ini jer yang akan KEKAL SELAMA-LAMANYA dan membuatkan kita senantiasa berada dalam keadaan KEKAL ISTIQAMAH.
Orang yang berjaya, bukan depa HEBAT
0rang yang berjaya, kerana depa ISTIQAMAH
Istiqamah bertahajjud, berdhua, berzakat, bersedekah dan sebagainya
MENGAPA REZEKI KITA SEMPIT
Sifu kerap menerima pertanyaan melalui sms, whatsapp, telegram, tentang persoalan ini..Biasanya sifu akan tanya depa nak sifu jawab ikut mazhab mana nie..??
"Mengapa rezeki saya sempit? Padahal sudah macam-macam usaha saya lakukan." begitulah secara umumnya pertanyaan tersebut.
Begini, baiklah sebelum hal tersebut kita kupas details, ada baiknya kita sama-sama memahami dulu bahawa apa yang dimaksudkan dengan REZEKI..?? Cer jawab ikut kefahaman masing2..jangan risau tidak ada istilah betul atau salah..sama-sama kita belajar..ikut pesan guru, yang mana banyak usul dan jawab itulah yang akan cepat perolehi kefahaman.
Rezeki ini bukan sekadar duit. Jadi bila duit kita sedikit, jangan cepat melatah mengatakan rezeki kita sempit. Walhal pada ketika itu kita masih sihat, anak-anak juga sihat. Malah orang yang hampir dengan kita juga sihat-sihat belaka. Alhamdulillah bersyukurlah sesungguhnya kesihatan itu adalah rezeki yang besar.
Dapat taat pada perintah Allah juga rezeki. Pasangan hidup yang baik juga rezeki. Memiliki ilmu yang bermanfaat juga rezeki, mempunyai daya ingatan yang baik tak senget juga rezeki, rasa aman tidak banyak masalah...walaupun tidak banyak wang tidaklah bermakna rezeki kita sempit sebenarnya.
Baiklah, mari kita kenali punca-punca bagaimanakah rezeki seseorang boleh menjadi sempit malah boleh tersumbat. Semoga bila faham ini, agar hari ini dan sampai ke hujung usia nanti rezeki kita tetaplah mudah, luas dan berkat. Aamiin..
1. Tidak pedulikan tentang zakat dan sedekah
2. Terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga jauh dari Allah
3. Melakukan bisness dan kerja-kerja yang haram
4. Berbuat dosa kerana jahil atau degil
5. Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki bukannya dari Allah
cer muhasabah diri, ada tak dalam senarai checklist di atas..??
Sifu kalau takde duit boleh sedekah dalam bentuk barang tak...atau tenaga?
Jawapan sifu :
Usaha dan ikhtiar untuk dapatkan duit, sementara itu buatlah tahajjud + dhuha untuk membuka dan mempermudahkan rezeki.
Jom, mari kita semak senarai di atas tu, dan cuba lakukan sesuatu tentangnya. In Sya Allah pasti akan ada perubahan. Ya buat sebagai permulaan cubalah lakukan tindakan-tindakan di bawah
1. Rutinkan setiap hari buka Al-quran dan semak surah Al-Baqarah ayat 261. Mari kita baca, hayati dan amalkan.
2. Tanda-tanda rezeki berkat adalah semakin bertambah rezeki kita semakin dekat kita dengan Allah. Jika sebaliknya maka faham-fahamlah bahawa kita dalam bahaya.
3. Menceritakan keburukan orang, jika benar sekalipun namanya mengumpat. Jika tidak benar namanya fitnah. Dua-dua pun berdosa. Ramai yang rajin mengumat dan mengata. Ada yang rajin mengumpat dan mengata kerana jahil. Dia berasa perbuatan itu tidak berdosa.
Manakalah ada juga yang sudah tahu perbuatan itu berdosa, tapi buat jugak, degil dan keras kepala. Sudah tahu dibuat juga..natijahnya rezekinya jadi sempit kerana sangat banyak berbuat dosa iaitu suka mengata dan mengumpat..kita bukan baik sangat pun, sebab Allah masih jaga dan tutuk Aib kita sahaja.
Ubatnya? Bercakaplah hal yang baik-baik sahaja atau diam.
4. Buka Al-quran, cari Surah At-Talaq ayat 2-3. Baca, hayati terjemahan dan amalkan. In Sya Allah kunci keluar dari semua masalah ada di sana. Cubalah kalau tak faham boleh direct PM sifu. Kalau boleh kita ini, bagaimana rajin dan kerap kita buka FB tu, biarlah dilakukan perkara yang sama dengan Al-quran.
5. Mencuti gula-gula atau mencuri lembu sama sahaja. Isuanya adalah mencuri jugak. Atas apa alasan sekalipun, mencuri adalah berdosa. Berbisness dan bekerja juga begitu. Selagi terpalit dengan dosa, walaupun sedikit hilanglah keberkatannya.
6. Hubungan suami isteri tidak disuburi dengan kasih sayang. Isteri menipu suami, suami menipu isteri. Bertengkar sahaja kerjaya..Bila tidak dizahirkan sifat Ar-Rahim Allah (kasih sayang), mana mungkin hadir pasangannya iaitu Ar-rahman Allah (Pemurah). Maka nikmat, berkat, barokah tidak akan sampai dalam rumah kita sekeluarga diami.
Boleh follow setakat ini, kita sambung selepas zuhur pula.
0 comments:
Post a Comment