Metafizik
Module Pengurusan Kewangan : 2.5% zakat
Rohana Kadir :
Assalamualaikum sifu... nak tya sikit sedekah ni lebih afdal keluarkan setiap hari ke atau kalau kita kumpul sehingga 40 hari baru serahkan ke mana yang berkenaan...
Farihan Yahya :
Waalaikumsalam Cik Puan Rohana, lain orang lain guru lain kaedah dan caranya. Semuanya BENAR bergantung mengikut kaedah dan pengalaman RASA perjalanan hidup masing-masing.
Sifu di sini berkongsi pengalaman RASA sifu sendiri
SOP Buku 555 itu juga hasil pengalaman RASA sendiri selama almost 2 years dalam proses mencari diri.
Kaedah sifu, sifu segerakan hari-hari tanpa bertangguh sepertimana tidak bertangguhnya Allah dalam mengurniakan nikmat dan rezeki dalam pelbagai bentuk kepada kita.
Semenanjung tanah melayu ini masih aman dari ditimpa musibah bencana alam tidak sekerap di overseas, kerana masih ada 1 orang hamba Allah yang setiap hari bersedekah, dan infaq.
Begitu juga, bak kata Rasulullah SAW, beli kesulitan hidup dengan sedekah, pancing rezeki dengan sedekah.
Andai 2 perkara ini tidak berlaku dalam kamus hidup Cik Puan Rohana, bolehlah kumpul tunggu 40 hari baru nak bersedekah.
Faham Faham
Rohana Kadir :
Faham sifu... terima kasih... cuma yang biasa saya amalkan sedekah subuh sebelum ni saya masukkan dalam 1 tabung.. bila saya ke masjid atau at least setiap hari Jumaat suami akan masukkan ke tabung masjid..Sebab tu tanya pendapat sifu... 😊
Afiah Hajar Ahmad :
Sifu bab zakat tu buat sementara ni saya belum dapat pendapatan yang patut saya dapat ikut kiraan trafic light yang dibuat. Boleh tak saya bila ada pendapatan saya terus bayar zakat?
Farihan Yahya :
Zakat jangan kurang daripada 2.5% pendapatan yang kita perolehi setiap bulan, sikit atau banyak bukan masalah asalkan 2.5%..
Afiah Hajar Ahmad :
Faham sifu
Farihan Yahya :
sementara nak tunggu berbuka nie, sifu kupas sikit bab 2.5% zakat ini mai daripada mana, berapa ramai nak tahu..??
Dalam Module Pengurusan Kewangan sifu, FAST Quadrant ada dikupas detail tentang ini.
Salah satu ajaran Robert Kiyosaki dengan Quadrant Kewangan EBSI yang famous seluruh dunia itu adalah mengenai PENDAPATAN, PENGELUARAN, ASET & KEWAJIBAN.
KEWAJIBAN adalah apapun (harta, pekerjaan, usaha dsb) yang mengeluarkan wang dari dompet kita.
ASSET adalah apapun (harta, pekerjaan, usaha dsb) yang memasukkan wang ke dalam dompet kita.
Sekarang jom kita gunakan Kecerdasan Kewangan kita untuk meraih Kecerdasan Spiritual melalui FAST Quadrant pula.
Apa kewajiban, pendapatan dan pelaburan kita?
Sesungguhnya kewajiban, pendaptan dan pelaburan kita secara sederhana meliputi 3 perkara berikut :-
WANG
semua orang mendapatkan wang, hanya jumlahnya sahaja yang berbeza sikit atau banyak. Ada apa sebenarnya dengan wang nie..??
Agama menyatakan,"Di dalam hartamu terdapat hak orang lain (orang miskin)" dan nabi berpesan "Berikanlah 1/40 harta benda kalian," maksudnya di sini adalah 1/40 atau 2.5% dari wang kita adalah merupakan kewajiban kita dan 39/40 atau 97.5% dari wang kita adalah pendapatan kita. KEWAJIBAN ITULAH YANG KITA SEBUT SEBAGAI ZAKAT..
2.5% jer kan, kenapa perlu kita masih berkira-kira, inilah garis ukur Tuhan dengan kita sama ada layak atau tidak menjadi Wakil Allah dalam menyebarkan rezeki.
WAKTU
Kita sering disebut suatu pemberian Allah yang paling adil kerana semuanya mendapatkan jumlah waktu yang sama tak kisahlah kita kacak atau tak, cantik atau tak, dan putih atau hitam sekalipun. Iaitu 24 jam sehari semalam.
Time is Money maka waktu dapat disamakan dengan rezeki atau wang. Berapa 2.5% dari 24 jam itu..??
Ya, 36 minit merupakan kewajiban dan 23 jam 24 minit adalah pendapatan kita. Kewajiban itu disebut sebagai SOLAT WAJIB 5 WAKTU. Waktu solat yang berkualiti adalah +/- 7 minit maka totalnya adalah +/- adalah 36 minit.
Inilah salah satu penjelasan kenapa dalam Islam perintah Solat selalu diikuti atau berpasangan dengan perintah zakat, kerana sesungguhnya Allah sedang mengajarkan kepada kita sebenarnya tentang konsep waktu dan wang sebagai kewajiban dan pendapatan kita.
Sila hadam Graf Kehidupan ini, ayat "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT" diulang sebanyak 28 kali dalam Al-quran dalam surah yang berbeda..
Andai kita ada masalah kesempitan income dan sebagainya, usah ditilik pada yang di luar. sebaliknya tilik pada diri kita sendiri.
"Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak melihat dan memikirkannya" (Surah 51 ayat 21)
Sila check balik graf kita kita buat tak bab TUNAIKAN ZAKAT itu. Sebab atas ASBAB apa Allah nak alirkan rezeki itu..??
Faham Faham
0 comments:
Post a Comment