Metafizik

Malam ke-27 Ramadhan

7:54 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Selamat Pagi semua, 

Hidup kita ni adalah untuk dinikmati seadanya setiap saat dengan RASA syukur, dan terlalu singkat untuk ditangisi - Motivasi Pagi



Bismillah.. sessi live akan bermula sebentar lagi... moga dipermudahkan sehabis habis mudah...Amin...

Alhamdulillah, selesai sudah bersama sessi Mewangi Satu Dunia

Tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Namun majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Malam ini adalah malam 27 Ramadhan bagi kita di Malaysia...mari sama-sama tingkatkan usaha. Semoga diberkati usaha kita. 

Jangan pula asyik dalam berdoa serta meminta itu ini dari Allah swt pada malam ini NAMUN terlupa untuk bersungguh dalam TAUBAT dan beristighfar atas dosa-dosa kita terhadapNya dan juga kepada manusia lain yang mana mungkin mangsa-mangsa yang masih belum memaafkan.

#DrZaharuddinAbdRahman


0 comments: