Metafizik

Belajar dari Telur Ayam

2:27 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Andai nak bina satu kehidupan yang baru, belajar dari TELUR AYAM....?? siapa NAK TAHU

Tribe ilmu ini dibuka dengan lafaz Bismillah KHAS utk mereka mereka yang inginkan kehidupan baru setelah melalui saat saat sukar sama ada dalam business, kehidupan alam rumahtangga dsb.

Kena balik semua fitrah ikut sunnatullah semua dengan KENAL DIRI

Barangsiapa Mengenal Dirinya
Mengenallah Allah Akan Dia
Barangsiapa Mengenal Allah
Maka binasalah sekalian jasad

Belajar daripada TELUR AYAM, 

Bagaimana Dunia dan Kekuatan dalaman mempengaruhi kejayaan sebenar

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalam telur akan berakhir.
Tetapi, jika sebuah telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.

Jadi hal-hal besar selalu dimulai dari dalam bukan dari luar. Mulakan dengan pembanguna dunia dalaman, atau rohani.. Inilah wasilah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...
Bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar... 

Tapi ketahuilah bahwa Allah selalu memberi: 
Hikmah di setiap cubaan...
Jawapan disetiap doa..

Jangan pernah menyerah.. 
Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan, maka nikmatilah..
Jika hidup adalah tentangan, maka hadapilah.. 
Jika hidup adalah anugerah, maka terimalah.. 
Jika hidup adalah tugas, maka selesaikanlah..
Jika hidup adalah cita-cita, maka capailah..
Jika hidup adalah kesempatan, maka ambillah..
Jika hidup adalah qasidah, maka nasyidkanlah..
Jika hidup adalah teka-teki, maka pecahkanlah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah putus asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah usaha.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah doa. 

Semoga dipermudahkan segala urusan kita pada hari ini.

Bangunkan DUNIA DALAMAN melalui SOP BUKU 555 utk mendapatkan kehidupan baru..80% faktor kejayaan bermula dari dalaman, lebihan 20% itu dari luaran

0 comments:

Metafizik

Tauhid di dalam al-fatihah

8:08 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TAUHID DI DALAM AL-FATIHAH

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Ramai orang datang kepada sifu mengadu dan berkongsi cerita dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan, dan bertanyakan solusinya. 

Sifu jawab Hakikat Manusia ada masalah dalam hidup satu jer masalahnya, iaitu ada Masalah Tauhid dengan Maha Pencipta. Di mana Indicatornya tu..?? Sejauh mana kita memahami isi kandungan Al-Fatihah yang kita ulang-ulang baca dalam solat dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bila kita faham insyaallah, selesailah masalah Tauhid dan kehidupan.

Benarlah pesan guru kepada Sifu suatu ketika dulu, sebelum kamu balik kepada Tuan kamu, pastikan kamu  pelajari 3 ilmu ini iaitu :-
1. Ilmu Al-Fatihah
2. Ilmu Kalimah Syahadah
3. Dirikan Solat dan bukannya Tunaikan Solat

Ada sebanyak tujuh (7) tempat ungkapan tauhid ada di dalam surah Al-Fatihah.
Seharusnya Al-Fatihah itu dapat menjadikan kita kuat sedar pada Allah kerana tujuh kali kita mentauhidkan Allah dengan Al-Fatihah.

Ketika sedar kuat ke Allah dan kita memujiNya, jiwa itu sepatutnya tunduk merendah diri.
Ketika mendirikan solat, kita asyik berada dalam keadaan sebuah pertemuan denganNya. 
Kita memujiNya dari sebuah kesedaran dan rendah diri serta hati. 
Kita masuk ke keadaan kekhusyu'an.
Kita tidak sedar kita khusyuk kerana kita dalam keasyikan. 
Seperti orang yang rajin tidak sedar dia rajin. Yang ada, hanya asyik melakukan kerja kerana berada dalam keadaan keasyikan. Ketika khusyuk, yang ada hanya Dia. Rindu dan Cinta. Pujian, kemaafan dan pengharapan.

Tujuh tauhid di dalam Al Fatihah
1. Segala puji untukMu ya Allah.
2. Engkaulah Tuhan sekelian alam
3. Engkaulah Yang Maha Pengasih/Pemurah. 
4. Engkaulah Yang Maha Penyayang.
5. Engkaulah penguasa di hari pembalasan.
6. Kepada Engkau kami sembah (Hanya Engkau yang layak diangkat sebagai Tuhan dan disembah)
7. Kepada Engkau kami mohon pertolongan (Hanya Engkau tempat bergantung segala makhluk)

Baik, andai kita ada permasalahan dalam hidup, jom sama sama kita Muhasabah diri dan Audit diri kita masing-masing sama ada kita sudah ikut KPI standard Al-Fatihah atau tak..?? Sebab Allah suruh audit pada diri kita dan bukannya pada orang lain seperti mana diabadikan dalam Surah 51 ayat 21 :-

"Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memikirkannya"

1. Selama ini kita puji siapa sebenarnya..?? kita puji Allah ka..??
2. KeAKUan kita melebihi daripada mengakui Tuhan itu mengatur segala-galanya..??
3. Selama ini kita kasih dan sayang kepada siapa sebenarnya..??
4. Selama ini kita sibuk buat kerja Tuhan jatuh hukum sana sini..
5. Selama ini kita sembah siapa..?? kita agung-agungkan siapa..?? kita angkat siapa..??
6. Selama ini kita lebih bergantung harap kepada Allah atau makhluk..??

Saya sengaja susunkan ayat Tauhid dalam bentuk komunikasi. Supaya senang kita berkomunikasi dengan Allah dengan Al-Fatihah. 

Pujilah... Mohonlah dengan penuh sedar. Nanti pasti akan memuji dan memohon dengan rendah hati. Cuba praktikkan sekarang puji dan mohon kepada Allah dengan Al-Fatihah

Semoga Bermanfaat

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments:

Metafizik

Kenali Diri

7:26 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah....Assalamualaikum dan Selamat Pagi
Apa khabar semua hari nie, sihat ka..???
Masih dalam mood beraya di Kg halaman atau dah kembali bertugas
Alhamdulillah....semoga Syawal tahun ini memberi erti KEMENANGAN sebenar ya

   

Firaun, Namrud, Azazil yang dikisahkan dalam al quran bukan jauh, semuanya ada pada diri kita sendiri. 

KENAL SIFAT-SIFAT DAN PERANGAINYA 
Muhasabah diri dan letak pada diri kita sendiri 

Sepertimana sebelum ini sifu ada share tentang bagaimana nak KENAL MALAIKAT, IBLIS, JIN & SYAITAN pada diri kita tu

Nak kenal Bomba, Polis, Tentera, kita kena kenal dari pakaian beruniformnya lah kan..??

Jadi kalau kita nak KENAL mana Malaikat, Jin, Iblis dan Syaitan
maka kita kena kenallah pada sifat dan karakternya

MALAIKAT - sifatnya Tenang, Diam, bila nak berbuat sesuatu itu NIAT lillahi Taala, tak buat lagi, malaikat dah tulis. Tapi kalau tidak disertai dengan NIAT yang sebegitu, maka lepas buat baru tertulis amalnya.

JIN - sifatnya bila ada rasa keAKUan yang tinggi, rasa diri itu hebat dsb

SYAITAN - sifatnya suka menghasut sana sini

IBLIS - sifatnya adalah suka melaga-lagakan antara satu sama lain dan memecahbelahkan masyarakat serta memutuskan silaturrahim..

Andai DIRI kita ini ada sifat sifat sebegini, perbanyakkan istighfar untuk kembali berada dalam keadaan Tenang dan DIAM, ingat kepada Allah SWT..Sebab bila kita berada dalam jiwa yang tenang dan positive maka banyak yang baik baik dan positive akan menghampiri dan mendekati kita..rezeki pun senang melekat pada kita..

Begitu juga dengan kisah NAMRUD & FIRAUN sepertimana yang dikisahkan dalam Al-quran iaitu yang bersifat sombong, angkuh kerana terlalu asyik dengan limpahan nikmat kekuasaan dan kekayaan. mengakui segala nikmat dan kurnia Allah ke atas dirinya adalah miliknya tanpa nampak Allah di sebalik setiap nikmat dan kurniaan itu. Sesungguhnya tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah. 
(Surah Az-Zukhruf ayat 51-56). 

Semoga kita semua di sini sama-sama menjumpai DIRI, kenal DIRI, kenal Tuhan, dan jauhi sifat-sifat Mazmumah dan gantikan dengan sifat-sifat Mahmudah..Inilah HIKMAH Syawal (Kemenangan) dari sudut hakikatnya.

   

Bukankah dengan istiqamah melakukan SOP Buku 555 itu adalah kaedahnya untuk TUKAR daripada sifat2 mazmumah dalam diri kita kepada sifat sifat mahmudah..

Berapa ramai yang setuju dgn sifu..??


0 comments:

Metafizik

Aidilfitri Aku Yang Sedar

11:56 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

AIDILFITRI AKU YANG SEDAR

Bismillah hirRahmanir Rahim..

Raya tahun ini giliran raya di kampung saya, di FELDA Lasah, Sg Siput (U) Perak. Bila jumpa orang kampung setelah saya perkenalkan diri (orang-orang tua cepat terlupa), mereka tanya... "Siapa ada balik lagi?", soalan menuju kepada adik beradik saya yang lain.

Menggambarkan hari mulia ini adalah hari kepulangan dan berkumpulnya adik beradik. Pastinya hari menyambut kemenangan kejayaan kembalinya diri kepada fitrah sejati ini disambut dengan penuh kesyukuran dan bahagia bersama. Idulfitri, hari di mana "aku yang sedar" mula mengikut fitrah yang sentiasa ingin ke Allah.

Setelah sebulan kita melatih jasad ini mendapat keperluannya sekadarnya sahaja (tidak berlebihan), maka "aku yang sedar" itu akan mudah mengikuti fitrah yakni sentiasa menyedari Allah berbanding mengikut kehendak jasad yang suka berlebihan (nafsu).

Aku yang sedar kembali mengikuti fitrah yakni sejak azali nya kita ini memang sentiasa ingin ke Allah, disambut sebagai sebuah kemenangan. Melaksanakan puasa dan amal ibadah bulan puasa yang lain mengukuhkan hubungan kita dengan Allah (hamblumminallah).

In Sha Allah ilham taqwa akan mampu ditangkap terutama di malam Lailatulqadar. Malam yang diturunkan Allah dengan pesanan dan arahan (amr) untuk hari-hari mendatang mampu ditangkap dan difahami.

Diraikan pula kesyukuran kemenangan "aku yang sedar" kembali mengikut fitrah ini di idulfitri dengan ziarah menziarahi, maaf bermaafan dan berdoa "Taqabbal nallah minna waminkum" untuk mengukuhkan pula silaturahim sesama manusia (hamblumminnnas).

Inilah puasa, inilah hari raya, inilah rukun islam sebagai sebuah syariat yang diwajibkan ke atas kita agar kita bertaqwa. Sesiapa yang melakukan dengan benar, maka PASTI akan mendapat taqwa yakni ilham baik daripada Allah. Masuk ke hati menjadikan jiwa positif.

Lalu jiwa positif itu akan membentuk fikiran positif dan perilaku serta peribadi yang positif. Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar.. Walillahilham

Semoga Bermanfaat

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT


Bismillah...

Assalamualaiku dan Selamat Pagi, semua sihat ka di pagi 5 Syawal ini..??
ke mana hari ini tu..??

Syukur alhamdulillah, dengan izinNya sifu amat berlapang dada bila melihat teman-teman baru di tribe ini sudah mula join #gengtahajud.

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kalian untuk terus berada dalam keadaan kekal istiqamah, mudah mudah dan sehabis mudah.

Berapa ramai di sini yang ingin memulakan satu kehidupan yang baru..?? lebih baik dari hari semalam, start bergantung pada yang hidup dan tidak lagi bergantung pada yang mati..

RUGINYA ANDA LAHIR KE DUNIA ANDA TAK KENAL SIAPA DIRI ANDA


0 comments:

Metafizik

Gelisah kerana Dunia

6:32 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah..

Barangsiapa yang beramal dengan apa jua ilmu yang dipelajari, nescaya Allah akan memberi kepadanya ilmu yang tidak perlu dipelajari, ilmu yang tidak payah belajar. 

Ini dinamakan ILHAM, untuk membuka mata batin.. mata ke-3.

Bismillah....apa khabar teman-teman semua hari ini..
Ke mana hari nie tu...??
Masih dalam mood raya ka atau dah mula bekerja
Sambutan raya semua tahun ini macam mana?


GELISAH KERANA DUNIA

Salah satu celah godaan syaitan adalah dihembus-hembuskannya rasa takut besok tidak mampu makan, takut rezeki kurang, takut tidak mampu menghidupi keluarga, sehingga hadirlah keraguan di dalam hati kepada Allah Swt. Inilah gelisah yang disebabkan oleh urusan duniawi, kegelisahan yang sungguh menyiksa.

Kegelisahan yang demikian hanya akan menyeret kita pada kegelapan yang semakin kelam. Karena sudah terseret-seret oleh dunia yang fana, ditambah lagi jauh dari Allah karena hati yang rapuh berpegang pada-Nya. Padahal sudah pasti kepuasan yang dicari hawa nafsu tidak akan pernah ada habisnya, seperti minum air laut saat kehausan maka haus hanya akan makin menjadi-jadi sedangkan semakin banyak air laut yang diminum akan semakin rugi tubuh ini.

Allah Swt. berfirman, “Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” (QS. Fathir [35] : 3)

Gelisah kerana urusan dunia adalah bentuk jika kita tidak bersyukur atas segala nikmat yang selama ini kita terima, sejak kita dalam kandungan hingga lahir di dunia. Mengapa khuatir tidak dapat rezeki padahal selama ini rezeki yang kita terima tidak terhingga jumlahnya. Mengapa khuatir tidak mampu menguruskan keluarga, padahal setiap makhluk adalah ciptaan Allah, milik Allah, dan Allah pula yang menjamin rezekinya.

Sedangkan jika kita tidak bersyukur maka kita sedang mengundang malapetaka lebih besar datang kepada kita. Na’udzubillaahi mindzalik! Saudaraku, dunia ini kecil, sedangkan Allah Maha Besar. Semoga kita tidak termasuk orang-orang yang disibukkan dengan kegelisahan karena urusan dunia. Semoga Allah memberikan keselamatan kita selama menjalani kehidupan di dunia. 

Aamiin yaa Robbal ‘aalamiin.

Semoga bermanfaat.

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT



0 comments:

Metafizik

Salam Aidilfitri : Pengertian Sebuah Kemenangan

6:11 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


SALAM AIDIL FITRI : PENGERTIAN SEBUAH KEMENANGAN

Ramadhan hampir meninggalkan kita. Syawal pasti akan menjelang. Di dalam detik beberapa ketika lagi ini, mari kita sama-sama berada di dalam kesedaran tertinggi melihat aturan Allah SWT menjadikan sebuah proses tarbiah atau pemantapan diri yang sejati...jiwa...roh...iaitu kita yang sebenar.

Di kala ini ramai yang berkata dirinya berasa sedih kerana Ramadhan akan kita tinggalkan. Tidak kisahlah samada sedih kerana suasana Ramadhan tidak lagi dirasa di bulan-bulan lain atau sedih kerana tidak dapat ganjaran atau rahmat yang banyak daripada Allah SWT ke atas ibadah yang kita lakukan semasa Ramadhan, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita.

Yang utama yang harus dinilaikan adalah kesan Ramadhan ke atas diri kita. Lalu di sinilah kita ingin melihat samada kita sedih atau tidak dengan pencapaian diri kita dengan latihan Ramadhan.
Allah SWT sentiasa memberikan rahmatNya kepada kita tidak kira bulan atau hari atau tahun. Ramadhan sebuah bulan tarbiyah adalah bulan bimbingan secara langsung terus daripada Allah SWT dengan kewajipan kita mengikut latihan ini walaupun suka atau terpaksa. Sebenarnya kita seharusnya setiap saat kembali kepada fitrah tidak kira bulan Ramadhan atau dibulan yang lain.

Cuma perbezaan di bulan Ramadhan, kita disediakan oleh Allah SWT dengan tarbiyah yang diwajibkan. Tidak seperti bulan-bulan lain, di mana puasa yang diwajibkan di bulan Ramadhan cuma menjadi sunat yang digalakkan di bulan yang lain.

Jiwa kita...diri yang sejati ini disucikan lagi dengan zakat fitrah yang juga diwajibkan. Zakat yang bertujuan untuk melatih diri kita melepaskan harta dunia yang sentiasa diidamkan (nafsu) oleh jasad...emosi dan fikiran.

Mengapa jumlahnya sekadar satu gantang beras? 
Kerana Allah SWT memberi peluang kepada semua baik kaya atau miskin mampu menunaikan zakat ini. Lalu tidak dibebankan dengan syaratnya agar semua kita sama-sama berpeluang di dalam melatih diri kita melepaskan diri dari keterikatan harta yang sementara tidak kira si miskin atau si kaya.
Ramadhan yang kita akan tinggalkan ini jangan dihitung dari sudut berapa banyak rahmat yang Allah SWT berikan atau sediakan di dalamnya. Kerana kita tidak mungkin mampu terhitung rahmat Ilahi yang sedia kita tahu memang telalu banyak.

Di akhir Ramadhan ini yang perlu kita lihat adalah sejauh mana diri kita yang sejati ini mampu melepaskan keterikatan dengan jasad...fikiran dan emosi yang penuh dengan nafsu yang sentiasa ingin berlebihan di dalam sesuatu hal.

Di bulan Syawal ini yang perlu kita nilaikan adakah diri sejati ini sentiasa dekat dengan Allah SWT...diri yang bertaqwa. Di bulan kemenangan inilah kita mampu menilai jelas bagaimana diri kita menyambut hari kemenangan iaitu menang kerana berjaya kembali kepada fitrah. Bukan sebuah kemenangan kerana mampu berpuasa penuh. Atau menang kerana mampu menunaikan solat terawih cukup 30 malam. Atau menang kerana mampu menahan kehendak nafsu di siang hari namun di malamnya tidak ubah seperti sebelumnya.

Apalah makna kemenangan jika kita sekadar berjaya memungut sebanyak mungkin ganjaran Ramadhan sedangkan diri yang sejati masih tidak berubah. Apalah ertinya sebuah kemenangan jika kita masih lagi bersikap tamak, bakhil dan banyak yang tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT. Apalah ada dengan sebuah kemenangan fitrah jika kita merayakan kemenangan dengan sekadar kegembiraan namun tidak menyedari sebuah pengertian kemenangan ini.

Nanti tidak ubah jadinya sama seperti sekadar mengibar bendera Malaysia di musim kemerdekaan untuk menunjukkan kita ini cintakan negara. Sedangkan roh iaitu diri sejatinya entah ke mana.
Sama juga seperti hari raya Aidilfitri. Sekadar pemberian kad yang cantik atau ucapan dari mulut yang manis memohon maaf namun roh iaitu diri yang sejati entah ke mana.

Aidil Fitri atau perayaan fitrah iaitu kemenangan kita kembali kepada fitrah bersama ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita. Kita berpuasa...melatih melepaskan jiwa..diri sejati..roh..diri yang sebenar daripada kehendak (nafsu) jasad yang penuh dengan fikiran dan emosi. Kita tidak mahu lagi mengikut kehendak jasad tetapi kita ingin memimpin jasad ke arah yang diilhamkan oleh Allah SWT.
Diri sejati yang ditarbiyahkan dengan puasa dan zakat akan kembali kepada fitrah iaitu sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT iaitu menjadi makhluk yang bertaqwa. Diri sejati yang tidak lagi berada di dalam emosi akan kembali memimpin emosi mengubah keberadaannya berada di atas emosi...di atas rasa.

Diri sejati ini yang berjaya kembali kepada fitrah tidak akan menyambut kemenangan dengan penuh pembaziran. Diri sejati tidak akan menyambut kemenangan dengan berpasang-pasang baju yang hanya tujuannya pasti tidak seiring dengan kehendak Ilahi. Diri sejati tidak akan menyambut kemenangan ini dengan maksiat hasil dari pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Diri sejati yang bertaqwa pasti sang jiwa yang sentiasa redha dengan kehendak Allah SWT dan redha dengan sesama makhluk. Apabila redha muncul di dalam jiwa, pasti tiada lagi rasa tinggi, ego, riak, takabur dan sifat mazmummah yang lain.

Ketika diri sejati redha meredhai dengan Yang Maha Meredhai, pasti akan diilhamkan ke dalam diri sejati rasa redha sesama makhluk lalu ketika itu maaf memaafi akan terasa kuat...utuh...kukuh di dalam diri.

Ketika memohon kemaafan, mohonlah dengan penuh kesedaran dan ketika memberikan kemaafan, berilah dengan penuh redha....penuh ikhlas dengan penuh kesedaran yang kita benar-benar memaafkan.

Bukan sekadar ucapan sekadar sebenarnya untuk menunjukkan kebaikan atau juga sekadar permohonan sekadar suka-suka bertukar-tukar kad...bertukar-tukar ucapan...bersalam-salaman.
Sambutlah kemenangan dengan diri yang sejati yang benar-benar kembali kepada fitrah. Diri sejati yang bertaqwa kepada Allah SWT. Diri sejati yang dekat dengan Allah SWT. Diri sejati yang memiliki kesedaran tertinggi setiap saat.

Saya dan seisi keluarga memohon maaf di atas kesalahan kami...zahir dan batin..sepanjang perkenalan kita ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sambutlah kemenangan dengan penuh kesedaran tertinggi.

Taqabbalullah minna waminka 
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).
Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar... Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar...
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd...

Salam Aidilfitri

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT



Farihan Yahya, [24.06.17 10:18]
Bismillah...

Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman semua yang dikasihi dan disayangi sekalian
bagaimana dengan persiapan hari raya semua..??
atau ada yang sudah berada di kampung..??
beraya di mana tahun nie..??

Farihan Yahya, [24.06.17 23:19]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Taqobbalallahu minna waminkum (Semoga Allah SWT menerima amalku dan amal kalian)

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1438 H  

Semoga Allah SWT mengizinkan kita untuk kembali bertemu dengan Bulan Ramadhan selanjutnya dengan kualiti iman yang lebih baik..Aamiin Ya Robbal aalamiin.

Untuk khilaf dan salah, kami mohon maaf lahir dan bathin

Sifu Farihan Yahya sekeluarga


0 comments:

Metafizik

Salam Aidilfitri

7:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Assalamualaikum & Selamat Pagi, semua sihat
Sedar tak sedar, kita sudah tiba di Jumaat terakhir di bulan Ramadhan

Semoga Allah berkati segala amalan kita, dipermudahkan segala urusan, mudah mudah dan sehabis mudah ya.


Di pagi jumaat yang hening penuh syahdu sebelum perginya Ramadhan saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua atas salah silap diri saya terhadap semua. 

Saya manusia biasa punyai dosa yang banyak yang memerlukan keampunan dari semua. Saya mendoakan agar kita semua telah menjalani perintah Allah berpuasa di bulan Ramadhan zahir dan batin..semoga amalan kita diangkat oleh Allah sebagai amalan yang soleh...semoga kita semua peroleh berkat dan rahmat Ramadhan lantas kita berubah..
Ya Allah....ampunilah dosa dosa kami jadikanlah kami dari golongan HambaMu yang bertaqwa dan peroleh rahmatMu...Kami tiada upaya melainkan dengan pertolonganMu...Ya Allah Tuhan sekelian alam jauhkanlah kami dari siksaan api neraka yang amat pedih lagi menyiksakan....Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu yang penuh dengan kenikmatan tidak tergambar Dan redhakanlah kami  ya Allah.

Aminnn...... DARI SAYA SEKELUARGA..


0 comments:

Metafizik

Kenal diri kenal "AKU", binasa diri nyata "AKU"

4:58 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


NOOR AZLINA :
Assalamualaikum Sifu,Azlina Kurang Faham Ayat Di Atas Ini...

Farihan Yahya :
Azlina, daripada persoalan Azlina ini, sifu jawab dengan satu persoalan sikit ya bila kita sebut nak KENAL DIRI ini, DIRI yang mana sebenarnya yang kita nak kenal itu..?? AKU yang mana..??

MAN ARAFA NAFSAHU FAKAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Yang Mengenal Dirinya, akan Mengenal Allah Akan Dia)

MAN ARAFA = ADAM
NAFSAHU = ROH/JIWA/NAFSU
FAQAD ARAFA = ALLAH ITU
RABBAHU = ESA

Seperti Firman Allah dalam Al quran dalam Surah 33 ayat 72:-
"Sesungguhnya Kami Telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan pada ketika itu manusia dengan segala persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan"

Berdasarkan ayat inilah sifu selalu ulang di tribe ini, BARANGAPA LAGI YANG KITA MAHU CARI, SEGALA GALANYA ALLAH SUDAH SEDIAKAN BEKAL UNTUK KITA DI DUNIA INI. HANYA KEBODOHAN, KEEGOOAN, KESOMBONGAN DAN KEJAHILAN KITA SAHAJA YANG MEMBUATKAN HIDUP KITA TIDAK KETAHUAN.

Oleh kerana Amanah atau Rahsia Allah telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk tunaikan janjinya. Amanah itu sudah tertulis di tapak tangan kanan 18 Asmaul Husna + tangan kiri 81 Asmaul Husna = 99 Asmaul Husna ini kena dijalin hubungan yang 1 utk disempurnakan. NAFI 99 itu Kita Punya, ISBAT HANYA 1 iaitu Allah punya.

Dengan erti kata lain, tugas manusia adalah menjaga dan menjalin hubungannya dengan Tuan Empunya Rahsia setiap saat dan ketika.

Setakat ini untuk ilmu ya, selebihnya itu kena PM sifu tepi atau bertemu lutut dengan sifu ya, sebab sukar utk sifu kupas detail tentang perkara ini di sini di ruangan public atau awam ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan ketidakfahaman & percanggahan ilmu. 

Ilmu Mengenal Diri sebegini Hanya Datang pada yang Mencari...In Sya Allah barangsiapa yang Mencari, In Sya Allah Dia akan dapat..


0 comments:

Metafizik

Malam ke-27 Ramadhan

7:54 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Selamat Pagi semua, 

Hidup kita ni adalah untuk dinikmati seadanya setiap saat dengan RASA syukur, dan terlalu singkat untuk ditangisi - Motivasi Pagi



Bismillah.. sessi live akan bermula sebentar lagi... moga dipermudahkan sehabis habis mudah...Amin...

Alhamdulillah, selesai sudah bersama sessi Mewangi Satu Dunia

Tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Namun majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Malam ini adalah malam 27 Ramadhan bagi kita di Malaysia...mari sama-sama tingkatkan usaha. Semoga diberkati usaha kita. 

Jangan pula asyik dalam berdoa serta meminta itu ini dari Allah swt pada malam ini NAMUN terlupa untuk bersungguh dalam TAUBAT dan beristighfar atas dosa-dosa kita terhadapNya dan juga kepada manusia lain yang mana mungkin mangsa-mangsa yang masih belum memaafkan.

#DrZaharuddinAbdRahman


0 comments:

Metafizik

Terapi Sedekah

10:31 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TERAPI SEDEKAH

Sebut sahaja sedekah, tidak perlu lagi rasanya sifu perlu kupas panjang lebar tentang ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada kita. Kita sedia tahu ganjarannya yang berlipat kali ganda. Namun kali ini sifu ingin menjelaskan bagaimana sedekah yang dikatakan mampu memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda itu.

Kita kan selalu bersedekah. Sejak dulu hingga kini dan akan datang kita tetap terus bersedekah. Kita yakin kita akan memiliki ganjaran di atas sedekah yang kita lakukan.
Tetapi sedekah kita hanya tinggal keyakinan tentang ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada kita sahaja. Namun sedekah tidak banyak memberikan kesan kepada jiwa kita. Bagi kita sedekah itu jika kita ada harta yang berlebihan dan mampu untuk bersedekah, kita akan sedekahkan.

Sedekah itu sebenarnya membantu mereka yang memerlukan. Ia bukan sekadar itu sahaja. Sedekah itu mendidik jiwa kita agar yakin kepada Allah SWT dengan sebenar-benar yakin. Sedekah juga mendidik kita agar tidak terikat dengan harta benda dan keduniaaan. 

Sedekah itu menguji sejauh mana keyakinan kita kepada Allah SWT tentang hal rezeki. Sejauh mana keyakinan kita bahawa Allah SWT akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda jika kita bersedekah. Kekadang kita tidak yakin bahawa Allah SWT akan memberi kita rezeki. Ketidakyakinan ini disebabkan oleh perkataan ‘akan’ mendapat ganjaran di mana ia bermakna masih belum berlaku.

Sesuatu yang belum berlaku menjadi sesuatu yang tertanya-tanya. Tidak pasti. Menjadi tertanya-tanya adalah kerana jiwa tidak yakin dengan Allah SWT. Ketika kita ingin memberi, kita masih ragu-ragu dengan ganjaran yang dijanjikan kepada kita. Kita seolah-olah tidak percaya pada janji Allah SWT sekaligus tidak percaya pada Allah SWT.

Akhirnya, kita tetap bersedekah namun harta atau nilai yang kita berikan hanyalah nilai yang kita rasa tidak kisah jika kita berikan harta atau nilai itu. Bukan nilai yang kita sayang. Ini kerana kita berfikir, jika ada ganjaran Alhamdulillah. Jika tiada, tidak mengapa sebab nilai sedekah itu adalah nilai yang kita tidak kisah. Kecil bagi kita.

Kita sering bersedekah. Tetapi sedekah tidak memberi kesan kepada diri kita. Kita yakin dengan ganjaran yang Allah SWT janjikan. Namun kita sering tidak dapat ganjaran yang dijanjikan itu. Mengapa?
Syarat untuk bersedekah adalah sama dalam peristiwa korban Habil dan Qabil. Sedekah perlu memberikan harta yang kita sayang. Di sinilah latihan untuk kita menguatkan diri kita agar tidak terikat dengan harta benda dunia. Kita selalu bersedekah tetapi sejauh mana sedekah kita itu termasuk ke dalam nilai yang kita sayang?

Sebagai contoh, kita memberi RM10 kepada yang meminta dengan niat bersedekah. Namun RM10 sebenarnya adalah nilai yang kita rasa tidak menjadi masalah untuk kita berikan. Kita bukan sekadar mampu memberikan RM10 tetapi lebih daripada itu sehingga rasa tidak kisah.

Nah! Adakah nilai Rm10 itu merupakan nilai yang kita sayang? Pastinya tidak. Lalu apa yang perlu kita lakukan?
Naikkan lagi nilai sedekah kita sehingga ke satu tahap yang kita rasa sayang untuk kita berikan nilai itu. Sebagai contoh, kita naikkan nilai RM10 kepada nilai RM30. Kita berasa cukup sayang sebenarnya untuk kita berikan RM30 itu. Maka sedekahkanlah RM30 ini iaitu satu nilai yang kita sayang.

Dengan menaikkan nilai sedekah kepada satu tahap yang kita rasa sayang untuk kita berikan, kita sebenarnya telah memberikan sesuatu yang kita sayang. Namun kita kuat untuk melepaskan harta yang kita sayang dengan bersedekah. Kita tidak lagi terikat dengan harta dunia.

Peringatan
Namun pasti apabila kita bersedekah dengan harta atau nilai yang kita sayang, kita akan teringatkan dengan harta tersebut. bagaimana untuk menghilangkannya?
Perbanyakkanlah komunikasi dengan Allah SWT memohon agar rasa itu dihilangkan. Banyakkanlah ucapan ‘Aku rela ya Allah, aku rela. Tidak ada satu sen pun duit aku ya Allah. Semua harta ini duit Engkau ya Allah. Kalau Engkau nak ambil semua sekali pun aku tidak mampu menahannya ya Allah”.
InshaAllah jiwa lebih redha dan berserah pada Allah SWT.

Jika kita lakukan sedekah seperti kaedah apa yang sifu katakan ini, lihat sahaja nanti ganjaran yang Allah SWT janjikan satu persatu akan hadir. Ketika itu keyakinan saudara pada Allah SWT pasti akan meningkat dan terus meningkat.

Ia berlaku sendiri kepada sifu, keluarga dan rakan-rakan yang telah saya ceritakan tentang sedekah ini. Rezeki bagi orang yang selalu bersedekah sentiasa ada. Tidak pernah dalam sejarah dunia sejak zaman Nabi Adam hingga kini kita mendengar bahawa mereka yang bersedekah menjadi miskin. Tidak pernah ada diabadikan dalam Al quran bahawa mereka yang bersedekeh membawa kepada kefakiran. TIDAK ADA.

Yang MISKIN JIWA DAN FAKIR MINDA adalah diri kita sendiri kerana tidak ada ILMU YAKIN terhadap Allah SWT.
Sedangkan baginda Rasulullah SAW sendiri menegaskan beli kesulitan hidup dengan berzakat dan bersedekah.
Lakukanlah dengan penuh Yakin agar selalu mendapat rezeki dan pertolongan pada masa, tempat dan sesiapa yang tidak disangka-sangka.

Semoga kita semua tidak terikat dengan keduniaan. Amin.

Ringkasan cara bersedekah:
1.Mulakan dengan satu nilai yang kita rasa mampu 
2.Naikkan nilai itu sehingga ke satu tahap yang kita rasa sayang untuk kita sedekahkan. 
3.Nilai inilah yang kita sedekahkan. (nilai yang kita sayang –> melepaskan kita dengan keterikatan keduniaan)

0 comments:

Metafizik

Ilmu Hakikat vs Relatif Energy Kekayaan

9:43 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Berapa ramai ONLINE pagi nie ya, sifu nak kupas bab ini pagi nie

Baik, siapa boleh ulas bab Teori Fizik ini dengan baik dari sudut ILMU HAKIKAT vs HUKUM RELATIF ENERGY KEKAYAAN ?

ILMU HAKIKAT vs RELATIF ENERGY KEKAYAAN

Ramai bertanya..?? "Sifu macam mana nak kaya..?? Duit RM 1,000,000 atau berbillion billion lagi."

Jawapan Sifu mudah sahaja :-
"Semuanya ada dalam diri kamu sendiri dan hanya Allah Taala sahaja mengizinkannya segala galanya baik satu zarah pun.."TAPI SEMUANYA BERMULA DENGAN IQRA (ILMU)

Berdasarkan perjalanan ILMU RASA sifu adalah begini caranya...ILMU HAKIKAT
—-> INGAT INI SAMPAI BILA BILA..."JIKA KITA INGIN RM 1 JUTA ADAKAH KITA SANGGUP MENYUMBANG (SEDEKAH MASA KITA, IDEA KITA, ILMU KITA, PENAT LELAH KITA, WANG KITA YANG SAMA NILAI DENGAN RM 100,000) KEPADA INSAN LAIN ATAU DALAM MASYARAKAT"...sebab janji Allah Taala "Apa jua kebaikan akan dibalas 10x ganda"...

1---->10--->100--->1000--->10,000--->100,000--->1,000,000

Ok..jelas tak..Jika tidak boleh buat perkara baik ini, simpan sahaja impian anda untuk nak jadi kaya itu..terutamanya pada yang kalau nak bersedekah dan berzakat pun main hitung-hitung dan tidak Yakin dengan Allah Taala.

Ini dibenarkan oleh 2 firman Allah dalam Al quran spt di bawah :-
Surah 6 ayat 160 - KEUNTUNGAN 10 KALI GANDA (1000%)
"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya atau dirugikan".

Surah 2 ayat 261 - KEUNTUNGAN 700 KALI GANDA (70,000%)
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai : seratus biji. Allah melipatgandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Besar kurniaNya lagi Maha Mengetahui".

Tiada lembaga kewangan di dunia ini yang mampu memberi profit margin hingga 70,000% kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya. Jadi laburkanlah dengan kadar yang segera Wang, Waktu, Idea, Penat Lelah dan Ilmu serta kesihatan Anda kepada Yang Maha Memberi dan Maha Membalas.

Farihan Yahya, [20.06.17 10:32]
baik, kita belajar FIZIK pula iaitu Teori Relatif Energi Kekayaan....SEBAB DAN KENAPA..??

E = MC2...
HUKUM ENERGI...
(M=MASS/zarah/benda/sesuatu)(C=kelajuaan cahaya/action/keinginan/terdesak)

hubungkaitnya begini

E=MC2=RM=BRANDS x (tindakan x keinginan)=hf (hasil berfrekuensi/gelombang)=anda seadanya

Contoh mudah:-
Mark Zukerberg pengasas Facebook nak kaya raya. Dia kena tahu potensi diri sendiri dan bakat. Impian nak pegang game dan menguasai platform komuniti dunia..Teknikal survivornya adalah balik kepada fitrah seperti sifu sebut dia atas iaitu ILMU HAKIKAT..Dia kena menyumbang idea dan hasil yang terbaik kepada masyarakat. Pada peringkat awal penubuhan Facebook, beliau menawarkan service percuma sehinggakan ramai jadi kaya raya atas service yang ditawarkan itu. 

Facebook menyenangkan dan memudahkan manusia..?? Ya sangat sangat membantu..Berapa nilai bantuan dia..?? Sudah tentu tidak ternilai bukan..Jadi BERHAK DAN LAYAK tak beliau jadi Billionaire di usia bawah 30 tahun..?? Lebih daripada berhak kan..?? 

Kita di mana..???? bab sedekah dan zakat pun masih berkira kira dan bersoal jawab here and there, masih bersoal jawab traffic light saya kena RM5 jer, kenapa saya kena cukupkan RM10 dsb..?? Bab ilmu hakikat kita dah sewel maka memang takder peluang dah pun..kena baiki balik cari ilmu.

Dari segi teknikal pula...E=MC2...Energi Kekayaan = M (Brands FACEBOOK) C2 (Tindakan dan kelajuan inovasi) = Hasilnya Kaya Raya lah kan..

Hidup ini semua orang boleh sembang lebat melangit..SEBAB DAN KENAPA kita perlu berjaya kena jelas dan wajib belajar teknikal ilmu survivor spt MSP ini hadam dan praktis baik baik...ini pun tak cukup nak makan dah kalau fokus betul betul..di sini empangan ilmu..Kalau setakat belajar basic kira tarikh lahir, itu jerlah yang dapat..cuba tengok dengan izin Allah bagaimana sifu gunakan apa sahaja numbering di sekeliling kita untuk selesaikan masalah orang ramai.  Semua ini sifu melaluinya sendiri dan pengalaman yang sangat sangat berguna.

Kita ini semua umat Islam kan, kena bangkitlah cara Islam, manfaatkan SOP BUKU 555 itu tanpa gagal seumpama kehidupan kamu itu ada di situ..itu KITAB AMALAN kamu garis ukuran kita letak di mana Tuhan ini..Adakah kita beri SISA SISA atau sebaliknya kan...kena bangkitlah dengan hidup bertuhan dengan cara yang paling smart dalam dunia. DIRI ANDA SANGAT BERHARGA sebenarnya.

Sekian, BUATLAH TERBAIK DAN JANGAN HARAP YANG TERBAIK DARI ALLAH


0 comments:

Metafizik

Ilmu Business NBI

4:02 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


BILIK ILMU TRIBE #769SAFT:
ILMU BUSINESS NBI
================

N - Networking
B - Business
I - Investment

Baginda Rasulullah SAW the most complete person yang Allah jadikan sebagai Role Model untuk umat akhir zaman sama ada dari segi akhlak, adab, dsb. 
Beliau juga seorang businessman, jeneral tentera, leader, ketua keluarga dan segala galanya.

Dari segi business begini, baginda memulakan business dengan berdakwah, berdakwah itu bahasa melayu, mat salleh panggil berNETWORKING...baginda Rasulullah SAW menyebarkan ilmu Tauhid dan Esakan Allah dalam perjalanan dakwahnya. 

Dalam proses dakwahnya itu, baginda dapat mengenalpasti 4 orang leader yang boleh diharapkan tapi berlainan karakter iaitu Abu Bakar, Omar, Uthman, Ali..

Kemudiannya Rasulullah meletakkan BRANDING, iaitu Khulafah Ar Rasyidun...melalui 4 khalifah tersebarnya agama Islam seantero dunia melalui platform business. Kalau baginda Rasulullah SAW tidak berNETWORKING, mana mungkin agama Islam sampai kepada kita.

Last sekali, barulah Rasulullah SAW membuat INVESTMENT, dimana beliau inject dana daripada perkahwinan dengan siti Khadijah ke atas perjuangan beliau dalam menyebarkan agama Islam.

Dalam dunia Business sekarang, ramai daripada usahawan melayu kita tidak mementingkan database atau bernetworking dalam berbusiness..sepatutnya kena membina NETWORKING terlebih dahulu, barulah push BRANDING dan BUSINESS ke dalam Networking yang dibina..bila TRUST sudah dibina di kalangan networking kita, barulah boleh buat apa apa INVESTMENT..

Tapi ramai daripada kita ikut formula business SYOK sendiri, iaitu BIN...buat business dan branding dulu, invest kedai setengah juta, tunggu orang datang kat kedai sebab takder networking dan orang tak sedar kewujudan kita. setahun dua tutup kedai.

0 comments:

Metafizik

Perkongsian pengalaman

1:25 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Alimi Othman :
Assalamualaikum,
Harini terharu, ada orang bayar hutang rm3000.00 masuk akaun. Hutang ni dah lama lebih 4 tahun. 

Tidak tahulah asbab apa. Banyak rezeki saya dibuka sejak amalakan S.0.p buku 555. Walaupun kadang tertinggal juga sehari dua terutama ketika sakit/demam.

Semoga anda semua pun amalkan S.O.P buku 555 ini

Farihan Yahya :
Syukur alhamdulillah, sepertimana sifu katakan selalu JANGAN DUK SIBUK BUAT KERJA TUHAN, BUATLAH KERJA KITA SEBAGAI HAMBA kan senang.

Sebab itu sifu suruh buat dan amal istiqamah sahaja SOP BUKU 555 itu, jangan banyak tanya, HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU.

Yang mendatangkan semua ujian itu pun ALLAH
Yang nak HOLD semua ujian itu pun ALLAH
Yang nak selesaikan ujian itu pun ALLAH
Kembalikan kepada ALLAH
Usah sombong kita ya

Alimi Othman :
😭 selama ini saya duk sibuk buat kerja tuhan. Ada je kesalahan orang sekeliling yang saya nampak, dan stress bila tidak dapat perbaikinya. Padahal itu kerja tuhan. Allah yang menentukan. Kita serah je padaNya dan sepatutnya fokus perbaiki diri dan buat kerja sebagai hambaNya.

Farihan Yahya :
Apa jua dugaan dalam hidup hadir pada kita, duduk sekejap 
Istighfar, dan ingat Surah 51 ayat 21

"Dan pada diri kamu sendiri, kenapa kamu tidak melihat dan memerhatikannya"..

Allah tidak pernah kata suruh lihat yang di luar, tapi lihat yang di dalam diri kita..

Z@RìtH Z@RìN@ :
Saye pegang ayat ni kuat2 sifu. Suatu ketika masa saye tengah rasa hiba lihat perubahan positif orang sekeliling saye & Allah beri saye ayat ni 👇

"Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata(bermunajat) dengan Kami"

(Maryam 19:52)

Waktu dapat ayat ni, terus menangis. Ya Allah....sungguh die mendengar rintihan hamba-Nya di sepertiga malam 😭

Farihan Yahya :

Fauziah Kassim :
Sifu macam mana kita nak khusyuk dlm solat? Masa solat asyik teringat macam2 pula

Farihan Yahya :
Baik, ikut Formula Ilmu KHUSYUK ini ya :-

Khusyuk —--> Ingat —--> Kenal —--> Belajar —--> Bodoh Sombong..

maksudnya mana mungkin akan datang KHUSYUK kalau tak INGAT

mana mungkin INGAT kalau tak KENAL

mana mungkin KENAL kalau tak BELAJAR

mana mungkin BELAJAR kalau kita BODOH SOMBONG..

sekarang, paras mana kita duduki..

KPI KEIKHLASAN DALAM PEKERJAAN @ PERNIAGAAN

Kalis pujian dan kalis kritikan itu adalah KPI keikhlasan. Buat satu-satu pekerjaan kerana niat untuk ibadah kepada Allah. Jiwa yang ikhlas tidak megah dek pujian manusia, tidak juga marah atau rebah dek kutukan manusia.

Biar penilaian ILAHI jadi #1 Top Prioriti.
Jiwa manusia mudah bolak-balik. 
Sekejap ok. 
Sekejap tak ok. 
Nak bagi jiwa jadi kuat? 

Amalkan Zikir ini ya :-

Hasbunallah Wa Ni’mal Wakil, Ni’mal Maula Wa Ni’man Nashir. 
(Jika nak zikir seorang diri, tukar dengan hasbiya-Allah)

“Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”

Semoga bermanfaat

📮Join Telegram Channel Bilik Ilmu 769SAFT
https://t.me/BilikIlmu_769SAFT

0 comments: