Metafizik
Perkongsian perjalanan rasa
Surah At Taubah ayat 53
Maksudnya
Katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".
(At-Taubah 9:53)
Salam, berapa ramai nak tahu apakah satu satunya NIKMAT yang tidak ada tandingannya dari 7 petala langit hingga 7 petala bumi..??? Cer komen Alhamdulillah dengan izin Allah
Siapa yang paling sporting dan give full support for this tribe, esok the whole day insyaallah sifu free,
Sifu nak SELECT 3 ORANG, SIFU KUPAS SAMPAI LICIN Diri depa, siapakah yang bertuah itu ya...
Baik, utk tunjuk sejauh mana sporting kalian terhadap tribe ini #769SAFT ini, boleh share ikhlas dari hati sejauh mana MANFAAT ilmu di sini telah memberi kesan terhadap diri, kehidupan dan perniagaan, bahagian mana yg beri kesan di hati.
RASA sifu akan pilih 3 terbaik untuk sifu kupas esok satu hari, sifu akan sediakan 5 level income, kitaran tawaf bagaimana nak keluar dari belenggu kehidupan dan ikut suka hati sifulah nanti...boleh boleh...can we do it NOW.
Rogayah Jaffar :
Alhamdulillah.. Sejak dipertemukan dgn group ni.. Hati semakin tenang.. Walaupun selalu hanya jdi CCTV.. Membaca setiap bait kata hati semakin lama semakin tersentuh.. Airmata mudah mngalir.. Kalau dulu solat dan amalan hanya untuk menarik rezeki.. Tapi sekarang tidak lagi.. Hanya kerana Allah.. Walau terkadang terlalai dan terleka.. Kalau dulu pernah terniat untuk belajar pondok.. Mendalami ilmu agama mendekatkn diri pada maha pencipta.. Saya dipertemukan dengan group ni.. Terima kasih Allah.. Terima kasih dinda kz yang ajak masuk di sini.. Terima kasih sifu atas perkongsian ilmu..
💝 🌼Zuhani🌼 💝:
Saya semakin tenang dan tenang dan YAKIN akan janji Allah walaupun di saat diuji oleh orang terapat dan faktor kewangan tiada siapa dapat menolong melainkan Allah. Solusinya cari Allah dulu, Allah sekarang Allah terussss. Dan kena cari mentor yang dpt guide kita dengan lebih details walaupun setiap hari baca al quran dan solat sunat. Huraian demi huraian yang tak terjangkau dek akal membuatkan saya suka tribe ni. Banyaknya lopong hidup ini. Andai tiada esok bagi mu.😭😭😭.
Jazakillahukhairan pada adik Kuzie kerana menjebakan akak masuk grup ni. Ukhwah fillah.
KZ @ Kuzie Yahaya :
Bismillahhirrahmannirrahim
Sahaja KZ berkongsi di sini kerana Allah Taala.
Perjalanan RASA KZ bermula pada hari pertama KZ masuk dan jadi silent reader sebab start hadamkan ilmu dari awal.
Tindakan pertama yang KZ buat adalah 7 GETARAN KESYUKURAN. Masa tu tak faham pun maksud tersirat di sebalik tafsir ayat dan macam mana nak relate kan dengan numbering.
Perlahan lahan KZ fahamkan. Alhamdulillah. Akhirnya faham bukan setakat buka al Quran pilih ayat je. Kita boleh juga relate kan dengan masa atau numbering lain yang terlintas.
Dari hanya buat untuk 7 Getaran Kesyukuran, jadi excited nak tahu terjemahan ayat setiap kali terlintas numbering apa pun.
Dari situ buat pula Buku 555. Sebelum nie memang buat tapi tak konsisten. Bila sifu suruh catit, baru nampak banyaknya HUTANG dengan Allah.
Masa tu terfikir, kalau dengan kekasih nak bagi yang terbaik je. Kenapa dengan Allah aku bagi sisa? Sedangkan DIA yang ada dalam jatuh bangun aku. Berapa kali aku tersasar tapi DIA tak pernah jemu pun sayangkan aku. 😭😭😭
Selama ini asyik minta je tapi tak sedar diri sendiri tak pernah beri pun. Nak beri pun berkira.
Nampak hutang dengan MANUSIA je tapi hutang dengan ALLAH buat tak tahu.
ALLAH asyik bagi dan bagi. Itu pun tak bersyukur lagi. Buat amalan semua sebab nak minta dunia je.
Tapi di sini sifu sedarkan bagaimana perjalanan RASA yang sebenar. Betapa selama ini sebenarnya BERTUHANKAN DUIT. BERTUHANKAN DUNIA SEMATA. 😓😓😓
Bagaimana perjalanan dari Tribe ke Akademi, ke Bilik Kuliah Ilmu Buku 555, Bilik Kuliah Bisnes Online semuanya dari asas yang sama.
Belajar memberi di saat tiada. Belajar memberi dengan ikhlas hati.
Ya Allah, banyaknya nikmatMu yang selama ini aku tak nampak pun. Aku hanya pandang duniawi semata.
" Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan "
IntanNurAnis :
Saya baru start scroll banyak malam nie walaupun hampir 2 minggu masuk..
Saya belum mengikut sop just cuma saya baca setiap pagi 1 ayat quran dan tafsirnya..
Tapi saya tak pernah tulis lagi 7 getaran kesyukuran sekadar 7 dan lebih bersyukur itu disimpn sendiri. Hanya diucap di bibir sendiri.
Tapi saya yakin dan percaya dengan ayat Allah yang lebih kurang maksudnya
"Jika kamu bersyukur aku tambahkan lagi nikmatKu".
Sejujurnya saya kagum pada ahli yang sudah merasai nikmat mengenal diri tatkala saya sendiri bertatih mencari diri.
Dan saya percaya saya akan jumpa hikmah yang besar berada di sini.
Saya baru start membaca ebook..
Dan saya on the way untuk start sop seperti digariskan.
Zarith Zarina :
Syukur Alhamdulillah saya berada di dlm kelompok tribe. Belum sebulan pon lagi kat sini tapi kesan SANGAT AMAT mendalam pada diri saya, suami & anak2. Memanjat 'tangga' membaca perkongsian sebelum saye join tribe walau hanya half way, jiwa dah rasa nak tahu lagi & lagi. 2017 adalah tahun yang betul2 tekad dengan azam. Bukan azam hanya di mulut. Saya NAK CARI JALAN PULANG. Allah jodohkan dengan tribe. Saya mula dengan 7GK then saye rase tak cukup kalau tak follow SOP. Walau berat pada permulaan, namun alhamdulillah semakin istiqamah buat SOP buku 555.
Sekarang dah pandai rasa bersalah kalau dah azan tapi masih belum berada atas sejadah. Selesai solat tak lengkap tanpa zikir. Kalau dulu 'SOLAT, DOA & SIAP!'. Al-Quran dah jadi 'novel' harian saye padahal dulu buka time bulan Ramadhan je. Astaghfirullah. Dulu solat tanpa RASA. Sekarang titisan air mata tu menjadi peneman. Betapa saye rase, saye sia2kan usia saye selama 32 tahun 😭
Suami pon mula berubah bile tengok saye berubah & anak2 pon dah minta nak solat sama-sama. Isyak tadi, anak-anak semua minta nak solat same-sama. Ya Allah...damai & sejuk sangat rasa!
Terima kasih Sifu, NK, saudara Zariman, Faiz & semua sahabat yang sentiasa berkongsi RASA yang buat saya rasa ingin KEMBALI KE ARAH-NYA tanpa menoleh ke belakang semula.
M Rihan :
Bismillah
Sahaja RY berkongsi RASA kerana Allah taala.
Allah SWT berfirman:
اُولٰٓئِكَ مَأْوٰٮهُمُ النَّارُ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ
"Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan."
(QS. Yunus: Ayat 8)
Paling terkesan sejak join #769SAFT Buku 555. Bab solat, bab doa dan bab sedekah.
Sebelum ni buat tapi tak pernah konsisten. Hanya buat syarat je janji buat.
Tapi sekarang ni kalau tak buat semua tu rasa hidup macam tak lengkap rasa kosong. Terasa manisnya ada di situ. Selagi tak selesai SOP rasa gelisah bila selesai Alhamdulillah. Rasa tenang dan lapang dada.
Memang nak konsisten tu sangat mencabar sangat2 bukan main2. Kena kuat kena lawan. Kadang tertewas jugak tapi alhamdulillah lama2 buat pasti akan sebati dengan diri kita.
First time bayar zakat pun dah terasa semua ni bukan hak aku. Aku kena pulang pada yang berhak. Terasa bebanan di bahu hilang.
Dulu tak de duit punya la susah hati gelisah kadang sampai bergaduh sebab duit tapi sekarang ni tak de duit relax je..tau lah Allah nak aturkan.
Bila tengok2 balik dalam buku 555 rupanya banyak hutang aku dengan Allah banyak yang tertangguh dan lalai kadang tak pernah ambil tahu pun. Rasa perlu baru nak buat. Macam bab sedekah pun boleh je pun tiap2 hari sedekah. Sedekah bukan dari segi duit je. Sedekah macam2 boleh bagi. Apa yang nampak kalau fikir sedekah je mesti duit.
Alhamdulillah ygan paling ketara bukan dari segi wang ringgit namun nampak dalam perhubungan rumahtangga saya semakin baik. Kerana suami adalah dalam kitarannya Alhamdulillah.
Apa2 pun bermula dengan HATI. Baik seketul daging tu baik lah keseluruhannya.
Pada sahabat yang masih mencari yang masih ragu2 pulang la cari jalan pulang sebelum terlambat.
Allah akan menguji kita dengan apa yang paling kita sayang. Sayang pada bunga. Bunga akan layu. Sayang pada makhluk. Makhluk akan mati. Sayang pada Allah kekal selama-lamanya😭😭😭
Sekian perkongsian
RY
Nor Azila :
Alhamdulillah Akak bersyukur kerana diberi ruang dan kesempatan.
Akak memang giler dan teruja sangat bila ada pengajian tentang ilmu metafizik. Dari mula tribe ni dibuka akak rasa ada kelainan. Tidak seperti yang akak tahu sebelum ni. Tak pernah terfikir macamana kaitan metafizik dengan Al Quran.
Bermulalah satu episod ke satu episod. Kena ketuk berapa kali pun tak kisah.
7 getaran kesyukuran susah betul akak nak istiqomah walaupun mencuba beberapa kali. Cuba dan cuba lagi. Bila dah menulis tu baru RASA tingginya EGO aku ni.
Inilah yang dicari selama ni. Bila buat traffic light baru tahu selama ni tak pernah kira berapa dapat berapa belanja. Paling terkesan sekali ada 5% tu bukan milik kita. Masa tu terfikir macamana nak bagi sedangkan sendiri tak cukup? Akak ikut jer cakap Sifu masuk bilik 555. Ya Allah Setiap kali bagi lebih terima lebih. Nak apa lagi? Hujung bulan kira dengan beri RM250 boleh dapat RM5000. Tak der pun tak cukup semuanya cukup.
Di sini juga diajar nak memberi tak perlu poket penuh. Bila2 dimana2 dan berapa2 pun tak kisah. Asalkan IKHLAS.
Sejak bersama Tribe ni Akak cepat MERASA.
Alhamdulillah syukur sangat diberi kesempatan untuk Mengenal Diri.
0 comments:
Post a Comment