Bilik Ilmu Tribe #769SAFT
Deria mengesan gelombang persekitaran
Wahai Ahli Syurga semua yang mulia dan Sifu selalu terbayangkan wajah dan gaya kalian semua dalam keadaan tersenyum.
Manusia adalah sangat special Allah ciptakan sebab dikurniakan deria mengesan Gelombang persekitran.
Contoh:
1. Orang gila mengamuk depan awak semua, berderau darah kan? Maknanya masih berfungsi deria tersebut.
2. Kaki tak pakai kasut bila pijak tanah dan berbatu rasa sakit, tetapi setiap hari lalui keadaan sama ianya menjadi kebal dan tidak rasa apa apa.
Ini bermakna manusia yang kuat semangat tidak ambil hal sesuatu yang remeh dan beremosi tak kena tempat.
Manusia juga boleh mengesan signal samada kehidupan akan naik dan turun. Tetapi ramai buat rileks tanpa ambil keputusan keluar belajar untuk pecahkan persekiran dan pemikiran aras yang lebih tinggi.
Islam cakap keluarlah berhijrah dan Iqra'. Bila diperam trauma akan memakan kebolehupayaan diri mengesan signal yang Allah kurniakan. Akhirnya, ramai kena penyakit mental walaupun nampak gah dan pura-pura, seumpama mayat hidup. Di sini dipanggil EGO DAN KEAKUAN yang menzalimi diri sendiri. Menjawablah kalian dengan Allah esok esok.
Astaghfirullah.
Manusia tidak pernah berjaya dan bila sesuatu yang diimpikan atau tidak sebenarnya manusia hanya dimudahkan jalan dan urusan hidupnya. Ingat ni, "cukup-cukuplah cakap saya berjaya sekian sekian kerana usaha sekian sekian".
Ni yang belum matang dan baligh lagi pemikirannya. Doalah segalanya sebab manusia banyak keperluan hidup dan akhiratnya. Hanya Allah yang Maha Mengakbulkan Doa. Bab lain tu hal sedikit ikhtiar dipanggil sunnatullah kehidupan. Terlintas nak sekian sekian, terus Istiqhfar, berwuduk dan segerakan solat hajat. Kan senang dan kira bicara orang Beriman.
Visuallah apa sahaja yang kita impikan, ikutlah gambar, video, tulisan dan perlukan teknikal bagaimana proses masa tersebut. Ikut sukalah sebab Allah itu mengikut sangkaan hambaNya..orderlah Impian kalian dengan Yakin secara total kepada Allah seumpama kalian order menu makanan di restoran, dan yakin menu itu akan sampai ke meja kita.
Tandatangan setiap hari. Ini sahaja kaedah untuk berada kekal dalam istiqamah. Malulah pada Tuhan minta macam-macam dengan Tuhan, kita LAYAN ALLAH DENGAN BERI SISA SISA SAHAJA.
Rujuk BUKU 555. Mudah-mudahan kita di kalangan insan istiqamah dan perlukan konsisten (tekun). Sudahkan dan buat sampai jadi.
Ada 2 tips untuk mudah bangun tahajjud :-
PERTAMA
Nak mudah sedar untuk bangun tahajjud, sebelum lelapkan mata baca ayat qursi 1x, surah Al ikhlas 3x, niat lah nak bangun jam 3am
KEDUA
Buat Qailullah iaitu tidur sekejap iaitu bermula dari jam 12pm hingga Zuhur. Ini zon recharge energy diri kita seumpama kita charge battery handphone kita. Insyaallah mudah nak bangun tahajjud nanti.
Istiqamah semua orang pandai sebut kan? Hanya yang buat BUKU 555 jer tahu bagaimana RASANYA..Tapi kita berperang dengan diri sendiri. Orang lain sikit pun tidak terbabit dalam proses kematangan kita.
Jangan salahkan sesiapa, guru, keluarga dan sahabat di sekeliling. Termenung tengok diri sendiri, adakah aku buat yang terbaik dan apa yang aku pelajari setiap hari? Sebenarnya kita berpeluk tubuh dan tidak beramal baik dalam kehidupan. InsyaAllah.
DI TRIBE #769SAFT SIFU TAK JANJIKAN BULAN DAN BINTANG, SIFU BUKA PINTU, KALIAN KENA USAHA MASUK SENDIRI.
APA YANG SIFU BOLEH JAMIN DI TRIBE INI ADALAH
DI SINI PENAMAT SEGALA ILMU DAN PENCARIAN
PENCARIAN DI PENGHUJUNG RASA
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA MASINNYA RASA AIR LAUT
SEJAUH MANA NIKMATNYA BILA KITA HIDUP BERTUHAN
0 comments:
Post a Comment