Metafizik

Nikmatnya hidup yakin dengan Allah swt

8:24 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Tidak ada kenikmatan yang paling kita inginkan di dunia ini melebihi NIKMATNYA HIDUP YAKIN DENGAN ALLAH SWT. Kebahagiaan dan kenikmatan tertinggi bila Allah berikan ILMU YAKIN KEPADA ALLAH SWT dalam hati kita yang membuatkan kita TEGAK, TANPA GONCANG bila menghadapi apa sahaja ujian dalam kehidupan.

Apa yang membuat seorang orang tua yang risau dengan anaknya, kecualilah Allah hujankan YAKIN bahawa Allah Maha Mengatur Maha Menjaga.

Apa yang membuatkan seorang yang bekerja risau dengan jalan keluar, dengan gaji yang tidak naik-naik, kecuali dia YAKIN yang memberi rezeki itu Allah SWT. Yang memberi gaji syarikat pekerjaan kita, yang memberi itu boss. Tapi yang memberi rezeki YAKIN bukan boss mahupun kerjaya kita, tapi Allah SWT.

YAKIN itu IMAN..RUKUN IMAN PERTAMA adalah PERCAYA KEPADA ALLAH..YAKIN KEPADA ALLAH..kalau ini gagal untuk kita pegang, maka sudah cacat sebenarnya agama dan tauhid kita kepada Allah.

Jadi, selain kita meminta syurga, dalam hidup ini kita tidak selalunya berada di atas, kadangkala berada di bawah bilamana Allah hantar ucapan salam dalam bentuk ujian dan musibah. Mintalah pada Allah agar diberi dan dititipkan ILMU YAKIN kerana itu satu satunya jawapan utk membuatkan hati kita ini LAPANG, BAHAGIA, MAMPU TERSENYUM, MAMPU BAHAGIA.

Orang itu bahagia kerana APA YANG DIA MILIKKI SAAT ini atau kerana DIA MEMILIKI HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG..?? Cuba jawab..

Kedua-duanya. ☺️
Benar, cuba lagi.

Saya pilih harapan masa akan datang
DIA MEMILIKI HARAPAN PADA MASA HADAPAN
Benar, KERANA MEMILIKI HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG.

Contoh :-
Sifu share ada 2 situasi di sini

Seorang penerima rasuah hidup kaya raya hasil rasuah yang diterima, makannya mewah dan hidup di rumah besar ternyata MEMILIKI PADA SAAT ITU. Tiba-tiba terdengar dari PA dia, mendapat khabar berita beliau antara termasuk dalam list dalam pemerhatian atau radar utk siasatan atas kegiatan rasuahnya.

Seorang lagi banduan di penjara, makannya sekadar ada, tetiba didatangi oleh Pegawai Penjara membawa khabar berita, PM Najib nak letak jawatan maka beliau memberi kebebasan kepada semua banduan penjara.

Baik, sifu nak tanya pada  saat itu mana yang lebih bahagia YANG BERADA DALAM PENJARA atau YANG BERADA DI DALAM RUMAH MEWAH..?? cer jawab...kenapa..??

Banduan itu la yg bahagia.
Benar, kenapa..??
Yang mewah tu..saat itu sahaja. Tapi dia hidup dalam ketakutan sebab sudah jadi pemerhatian SPRM.
Tiada nikmatnye hidup dalam ketakutan.
Si banduan pula.. Berkesempatan mengubah kehidupan akan datang.

Benar..KERANA PUNYA HARAPAN. ITU HARAPAN KEPADA URUSAN DUNIAWI. HARAPAN KEPADA MAKHLUK, HARAPAN KEPADA PM YANG MAHU MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA BANDUAN ITU.

BAGAIMANA PULA DENGAN HARAPAN ITU BERGANTUNG SECARA TOTAL KEPADA PEMILIK ALAM SEMESTA INI. BAGAIMANA PULA DENGAN HARAPAN ITU BUKAN LAGI BERGANTUNG PADA MAHKLUK YANG LEMAH TETAPI RAJA KEPADA SEGALA RAJA, KEPADA PEMILIK ALAM SEMESTA INI, KEPADA PEMILIK AKHIRAT, KEPADA YANG MENJANJIKAN SYURGA, KEPADA YANG MEMBERI MAKAN SEJAK LAHIR, KEPADA YANG MERAWAT SEGALA PENYAKIT DAN KEPADA YANG MEMBERI NAFAS SEJAK LAHIR..

Bagaimana KEBAHAGIAAN itu tidak hadir pada dirinya, kesian kan..??

Apa yang sifu nak share di sini adalah harapan seorang beriman dan mukmin, harapan seorang yang diberi Nurul Yakin atau Cahaya Yakin adalah melebihi usianya, melebihi segala urusan duniawi. Sesungguhnya urusan orang-orang yang YAKIN semuanya baik, masalahnya kita sendiri yang terpenjara dalam sangkar kaca, dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam tapi TIDAK ADA YAKIN DENGAN ALLAH..itu sahaja.

Kalau diberi kenikmatan, dia bersyukur itulah kebaikan pada dirinya..itulah sebab kenapa sifu minta teman-teman di tribe ini melatih di peringkat permulaan menulis 7 GETARAN KESYUKURAN DISERTAKAN SHARING AYAT AL QURAN 1 HARI 1 POTONG AYAT BERSERTA TAFSIRNYA. Memang ternyata Allah sudah tahu dan tulis dalam Al quran terlalu sedikit hambanya yang bersyukur. Lama-lama dah tak perlu tulis pun takpa, malah kalau tak tulis sampai satu tahap tak lengkap hidupnya. KALAU KITA BERSYUKUR PUN SUSAH, NAK BUKA AL QURAN PUN SUSAH, SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA..CUKUPLAH SAHAJA BERSYUKUR DENGAN MENGHAYATI DENGAN JIWA SHARING TEMAN-TEMAN DI TRIBE INI. TAPI KALAU TERDETIK DI HATI GELOMBANG NEGATIF SEPERTI SERABUT, KACAU SAMPAIKAN LEFT..KESIANLAH ITU TANDA HATI KITA ADA MASALAH SEBENARNYA..KOTOR DAN PENUH SOMBONG DAN KEAKUAN.

Dan bila diberi nikmat ujian, PANDANG NIKMAT BUKANNYA BALA, bersabar, redha itu juga kebaikan pada dirinya. Dan itu tidak akan dimiliki oleh sesiapa pun, tidak akan dimiliki oleh orang yang belajar ilmu motivasi hebat dan positive thinking, bukan itu adalah orang yang YAKIN terhadap harapan harapan yang Allah janjikan, YAKIN terhadap janji janji yang Allah sampaikan melalui Al quran.

Faham faham

0 comments: