Bilik Ilmu Tribe #769SAFT

Terapi sedekah

8:06 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TERAPI SEDEKAH

Sebut sahaja sedekah, tidak perlu lagi rasanya sifu perlu kupas panjang lebar tentang ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada kita. Kita sedia tahu ganjarannya yang berlipat kali ganda. Namun kali ini sifu ingin menjelaskan bagaimana sedekah yang dikatakan mampu memberikan ganjaran yang berlipat kali ganda itu.

Kita kan selalu bersedekah. Sejak dulu hingga kini dan akan datang kita tetap terus bersedekah. Kita yakin kita akan memiliki ganjaran di atas sedekah yang kita lakukan.
Tetapi sedekah kita hanya tinggal keyakinan tentang ganjaran yang dijanjikan Allah SWT kepada kita sahaja. Namun sedekah tidak banyak memberikan kesan kepada jiwa kita. Bagi kita sedekah itu jika kita ada harta yang berlebihan dan mampu untuk bersedekah, kita akan sedekahkan.

Sedekah itu sebenarnya membantu mereka yang memerlukan. Ia bukan sekadar itu sahaja. Sedekah itu mendidik jiwa kita agar yakin kepada Allah SWT dengan sebenar-benar yakin. Sedekah juga mendidik kita agar tidak terikat dengan harta benda dan keduniaaan. 

Sedekah itu menguji sejauh mana keyakinan kita kepada Allah SWT tentang hal rezeki. Sejauh mana keyakinan kita bahawa Allah SWT akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda jika kita bersedekah. Kekadang kita tidak yakin bahawa Allah SWT akan memberi kita rezeki. Ketidakyakinan ini disebabkan oleh perkataan ‘akan’ mendapat ganjaran di mana ia bermakna masih belum berlaku.

Sesuatu yang belum berlaku menjadi sesuatu yang tertanya-tanya. Tidak pasti. Menjadi tertanya-tanya adalah kerana jiwa tidak yakin dengan Allah SWT. Ketika kita ingin memberi, kita masih ragu-ragu dengan ganjaran yang dijanjikan kepada kita. Kita seolah-olah tidak percaya pada janji Allah SWT sekaligus tidak percaya pada Allah SWT.

Akhirnya, kita tetap bersedekah namun harta atau nilai yang kita berikan hanyalah nilai yang kita rasa tidak kisah jika kita berikan harta atau nilai itu. Bukan nilai yang kita sayang. Ini kerana kita berfikir, jika ada ganjaran Alhamdulillah. Jika tiada, tidak mengapa sebab nilai sedekah itu adalah nilai yang kita tidak kisah. Kecil bagi kita.

Kita sering bersedekah. Tetapi sedekah tidak memberi kesan kepada diri kita. Kita yakin dengan ganjaran yang Allah SWT janjikan. Namun kita sering tidak dapat ganjaran yang dijanjikan itu. Mengapa?
Syarat untuk bersedekah adalah sama dalam peristiwa korban Habil dan Qabil. Sedekah perlu memberikan harta yang kita sayang. Di sinilah latihan untuk kita menguatkan diri kita agar tidak terikat dengan harta benda dunia. Kita selalu bersedekah tetapi sejauh mana sedekah kita itu termasuk ke dalam nilai yang kita sayang?

Sebagai contoh, kita memberi RM10 kepada yang meminta dengan niat bersedekah. Namun RM10 sebenarnya adalah nilai yang kita rasa tidak menjadi masalah untuk kita berikan. Kita bukan sekadar mampu memberikan RM10 tetapi lebih daripada itu sehingga rasa tidak kisah.

Nah! Adakah nilai RM10 itu merupakan nilai yang kita sayang? Pastinya tidak. Lalu apa yang perlu kita lakukan?
Naikkan lagi nilai sedekah kita sehingga ke satu tahap yang kita rasa sayang untuk kita berikan nilai itu. Sebagai contoh, kita naikkan nilai RM10 kepada nilai RM30. Kita berasa cukup sayang sebenarnya untuk kita berikan RM30 itu. Maka sedekahkanlah RM30 ini iaitu satu nilai yang kita sayang.

Dengan menaikkan nilai sedekah kepada satu tahap yang kita rasa sayang untuk kita berikan, kita sebenarnya telah memberikan sesuatu yang kita sayang. Namun kita kuat untuk melepaskan harta yang kita sayang dengan bersedekah. Kita tidak lagi terikat dengan harta dunia.

Peringatan
Namun pasti apabila kita bersedekah dengan harta atau nilai yang kita sayang, kita akan teringatkan dengan harta tersebut. bagaimana untuk menghilangkannya?
Perbanyakkanlah komunikasi dengan Allah SWT memohon agar rasa itu dihilangkan. Banyakkanlah ucapan ‘Aku rela ya Allah, aku rela. Tidak ada satu sen pun duit aku ya Allah. Semua harta ini duit Engkau ya Allah. Kalau Engkau nak ambil semua sekali pun aku tidak mampu menahannya ya Allah”.
InshaAllah jiwa lebih redha dan berserah pada Allah SWT.

Jika kita lakukan sedekah seperti kaedah apa yang sifu katakan ini, lihat sahaja nanti ganjaran yang Allah SWT janjikan satu persatu akan hadir. Ketika itu keyakinan saudara pada Allah SWT pasti akan meningkat dan terus meningkat.

Ia berlaku sendiri kepada sifu, keluarga dan rakan-rakan yang telah saya ceritakan tentang sedekah ini. Rezeki bagi orang yang selalu bersedekah sentiasa ada. Tidak pernah dalam sejarah dunia sejak zaman Nabi Adam hingga kini kita mendengar bahawa mereka yang bersedekah menjadi miskin. Tidak pernah ada diabadikan dalam Al quran bahawa mereka yang bersedekeh membawa kepada kefakiran. TIDAK ADA.

Yang MISKIN JIWA DAN FAKIR MINDA adalah diri kita sendiri kerana tidak ada ILMU YAKIN terhadap Allah SWT.
Sedangkan baginda Rasulullah SAW sendiri menegaskan beli kesulitan hidup dengan berzakat dan bersedekah.
Lakukanlah dengan penuh Yakin agar selalu mendapat rezeki dan pertolongan pada masa, tempat dan sesiapa yang tidak disangka-sangka.

Semoga kita semua tidak terikat dengan keduniaan. Amin.

Ringkasan cara bersedekah:
1.Mulakan dengan satu nilai yang kita rasa mampu 
2.Naikkan nilai itu sehingga ke satu tahap yang kita rasa sayang untuk kita sedekahkan. 
3.Nilai inilah yang kita sedekahkan. (nilai yang kita sayang –> melepaskan kita dengan keterikatan keduniaan)

Tidak ada kenikmatan yang paling kita inginkan di dunia ini melebihi NIKMATNYA HIDUP YAKIN DENGAN ALLAH SWT. Kebahagiaan dan kenikmatan tertinggi bila Allah berikan ILMU YAKIN KEPADA ALLAH SWT dalam hati kita yang membuatkan kita TEGAK, TANPA GONCANG bila menghadapi apa sahaja ujian dalam kehidupan.

Apa yang membuat seorang orang tua yang risau dengan anaknya, kecualilah Allah hujankan YAKIN bahawa Allah Maha Mengatur Maha Menjaga.

Apa yang membuatkan seorang yang bekerja risau dengan jalan keluar, dengan gaji yang tidak naik naik, kecuali dia YAKIN yang memberi rezeki itu Allah SWT. Yang memberi gaji syarikat pekerjaan kita, yang memberi itu boss. Tapi yang memberi rezeki YAKIN bukan boss mahupun kerjaya kita, tapi Allah SWT.

YAKIN itu IMAN..RUKUN IMAN PERTAMA adalah PERCAYA KEPADA ALLAH..YAKIN KEPADA ALLAH..kalau ini gagal untuk kita pegang, maka sudah cacat sebenarnya agama dan tauhid kita kepada Allah.

Jadi, selain kita meminta syurga, dalam hidup ini kita tidak selalunya berada di atas, kadangkala berada di bawah bilamana Allah hantar ucapan salam dalam bentuk ujian dan musibah. Mintalah pada Allah agar diberi dan dititipkan ILMU YAKIN kerana itu satu satunya jawapan utk membuatkan hati kita ini LAPANG, BAHAGIA, MAMPU TERSENYUM, MAMPU BAHAGIA.

Orang itu bahagia kerana APA YANG DIA MILIKKI SAAT ini atau kerana DIA MEMILIKI HARAPAN PADA MASA AKAN DATANG..?? cuba jawab

Contoh :- 
Sifu share ada 2 situasi di sini

Seorang penerima rasuah hidup kaya raya hasil rasuah yang diterima, makannya mewah dan hidup di rumah besar ternyata MEMILIKI PADA SAAT ITU. Tiba-tiba terdengar dari PA dia, mendapat khabar berita beliau antara termasuk dalam list dalam pemerhatian atau radar untuk siasatan atas kegiatan rasuahnya. 

Seorang lagi banduan di penjara, makannya sekadar ada, tetiba didatangi oleh Pegawai Penjara membawa khabar berita, PM Najib nak letak jawatan maka beliau memberi kebebasan kepada semua banduan penjara.

Baik, sifu nak tanya pada  saat itu mana yang lebih bahagia YANG BERADA DALAM PENJARA atau YANG BERADA DI DALAM RUMAH MEWAH..?? cer jawab...kenapa..??

KERANA PUNYA HARAPAN. ITU HARAPAN KEPADA URUSAN DUNIAWI. HARAPAN KEPADA MAKHLUK, HARAPAN KEPADA PM YANG MAHU MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA BANDUAN ITU. 

BAGAIMANA PULA DENGAN HARAPAN ITU BERGANTUNG SECARA TOTAL KEPADA PEMILIK ALAM SEMESTA INI. BAGAIMANA PULA DENGAN HARAPAN ITU BUKAN LAGI BERGANTUNG PADA MAHKLUK YANG LEMAH TETAPI RAJA KEPADA SEGALA RAJA, KEPADA PEMILIK ALAM SEMESTA INI, KEPADA PEMILIK AKHIRAT, KEPADA YANG MENJANJIKAN SYURGA, KEPADA YANG MEMBERI MAKAN SEJAK LAHIR, KEPADA YANG MERAWAT SEGALA PENYAKIT DAN KEPADA YANG MEMBERI NAFAS SEJAK LAHIR..

Bagaimana KEBAHAGIAAN itu tidak hadir pada dirinya, kesian kan..??

Apa yang sifu nak share di sini adalah harapan seorang beriman dan mukmin, harapan seorang yang diberi Nurul Yakin atau Cahaya Yakin adalah melebihi usianya, melebihi segala urusan duniawi. Sesungguhnya urusan orang orang yang YAKIN semuanya baik, masalahnya kita sendiri yang terpenjara dalam sangkar kaca, dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam tapi TIDAK ADA YAKIN DENGAN ALLAH..itu sahaja. 

Kalau diberi kenikmatan, dia bersyukur itulah kebaikan pada dirinya..itulah sebab kenapa sifu minta teman-teman di tribe ini melatih di peringkat permulaan menulis 7 GETARAN KESYUKURAN DISERTAKAN SHARING AYAT AL QURAN 1 HARI 1 POTONG AYAT BERSERTA TAFSIRNYA. Memang ternyata Allah sudah tahu dan tulis dalam Al quran terlalu sedikit hambanya yang bersyukur. Lama-lama dah tak perlu tulis pun takpa, malah kalau tak tulis sampai satu tahap tak lengkap hidupnya. KALAU KITA BERSYUKUR PUN SUSAH, NAK BUKA AL QURAN PUN SUSAH SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA..CUKUPLAH SAHAJA BERSYUKUR DENGAN MENGHAYATI DENGAN JIWA SHARING TEMAN TEMAN DI TRIBE INI. TAPI KALAU TERDETIK DI HATI GELOMBANG NEGATIF SEPERTI SERABUT, KACAU SAMPAIKAN LEFT..KESIANLAH ITU TANDA HATI KITA ADA MASALAH SEBENARNYA..KOTOR DAN PENUH SOMBONG DAN KEAKUAN.

Dan bila diberi nikmat ujian, PANDANG NIKMAT BUKANNYA BALA, bersabar, redha itu juga kebaikan pada dirinya. Dan itu tidak akan dimiliki oleh sesiapa pun, tidak akan dimiliki oleh orang yang belajar ilmu motivasi hebat dan positive thinking, bukan itu adalah orang yang YAKIN terhadap harapan harapan yang Allah janjikan, YAKIN terhadap janji-janji yang Allah sampaikan melalui Al quran.

Faham faham

ILMU YAKIN sesekali tidak dapat mengatasi AINUL YAKIN. kesanggupan Tauhid, Kesanggupan Yakin, apakah dapat mengalahkan AINUL YAKIN..?? jawapannya tidak sama sekali. Kalau Allah memberikan Nur atau Cahayanya, kita belum melihat tapi hati YAKIN dengan Allah, dengan izinnya kita akan TENANG. 

Contoh bila kita naik pesawat, kita kepada Pilot ILMU YAKIN atau AINUL YAKIN..?? cuba jawab

Benar, HANYA berbekalkan ILMU YAKIN kepada pilotnya yang berpengalaman kita TENANG di atas pesawat. Tapi kenapa bila mai bab SEDEKAH, soal REZEKI kita tidak tenang mengalahkan burung yang berterbangan di awan biru soal YAKIN ini..begini, kalaupun belum melihat neraka dan syurga, kalau terhadap urusan duniawi sekalipun, hati ni memiliki sifat YAKIN, PERCAYA KEPADA ALLAH walaupun belum dapat melihat dengan mata, persoalan yang sifu nak lontarkan di sini adalah,
KITA YANG LAHIR DALAM MAK BAPA ISLAM, BANGGA DENGAN MUNGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
BAGAIMANA KITA MASIH RAGU RAGU TERHADAP ALLAH..?? 

KALAU PILOT ITUPUN KITA TAK MAMPU MELIHAT WAJAHNYA, HANYA KERANA BERMODALKAN PENGALAMAN, KEBIASAAN MENERBANGKAN PESAWAT, KITA SUDAH TENANG DALAM HIDUP, TAPI MENGAPA KITA TIDAK YAKIN DENGAN YANG MAHA MEMILIKI YANG HIDUP ITU SENDIRI...?? MENGAPA KITA TIDAK YAKIN DENGAN ALLAH MESKIPUN KITA TIDAK MELIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI..??

ILMU YAKIN ini adalah anugerah Allah sebahagian daripada syurga dunia, sebelum kita memiliki syurga akhirat sesungguhnya kelak. Ibnu Taimiyah pernah berkata,"Barangsiapa yang belum pernah merasakan syurga dunia, maka dia dikhuatirkan tidak mendapat syurga sesungguhnya di akhirat kelak". Syurga dunia itu bukannya letak pada wang yang berbillion, bukan letak pada harta yang banyak, takhta, pangkat, wanita dsb. YANG DIKATAKAN DENGAN SYURGA DUNIA ITU ADALAH KEYAKINAN KEPADA ALLAH. KELAPANGAN HATI PADA ALLAH SWT. KETENANGAN HATI WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN. Kalau kalian perasan, di tribe ini kerapkali sifu ulang ulang kata kata ini, 

KETENANGAN JIWA ITU ADALAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITU ADALAH NERAKA

Rasulullah SAW pernah berkata,
"Kalau Allah memberikan Cahaya atau Nur ke dalam hatinya, maka hati itu akan menjadi lapang dan tenang."

kemudian, para sahabat bertanya, "Apa tanda tandanya Ya Rasulullah..??"
Rasulullah menjawab,"Tanda tandanya adalah ketika dia mulai tidak inginkan dunia dan dia mendambakan akhirat dan setiap saat dia merindukan kematian. Tanda tanda hati yang bercahaya adalah ketika dia tidak terlalu terkejar kejar terhadap dunia, dia sungguh sungguh mengejar akhirat, dan dia setiap saat menghitung kematiannya."

Sambungan ILMU TERAPI SEDEKAH & ILMU YAKIN

Dalam pengajian ilmu tasawwuf, makam YAKIN ini adalah makam tertinggi, makam terendah adalah TAUBAT. 
YAKIN itu mana boleh dibuat buat kerana YAKIN ini adalah merupakan anugerah dari Allah SWT. Mintalah pada Allah di waktu sujud terakhir Tahajjud itu semoga Allah kurniakan Hati yang YAKIN kepada Allah SWT. hati yang senantiasa melihat akhirat.

Pada suatu hari, baginda Rasulullah SAW berjalan bersama sahabat maka bertemu dengan bangkai kambing. 
Kemudian Rasulullah bertanya kepada para sahabat, apakah itu..??
Para sahabat berkata,"itu adalah bangkai kambing Ya Rasulullah.
Rasulullah SAW bertanya lagi,"adakah kamu mahu makan bangkai kambing..??"
Para sahabat berkata,"Tidak mahu Ya Rasulullah, saya masih sihat"
Rasullah SAW berkata lagu,"Tahukah kamu bahawa dunia itu lebih hina daripada bangkai kambing itu..??

Kalau kita nak menggunakan logik akal, mana mungkin wang yang banyak, pajero sport lebih hina daripada bangkai kambing. Persoalan di sini adalah yang tak sampai ilmunya adalah kita atau Rasulullah SAW yang belum sampai kepada ILMU YAKIN..??

Yang membuatkan kita ini hidup tak ketahuan zaman sekarang adalah dunia sebenarnya. Ingin dipuji orang, dihina sikit sakit hati kita. Ini berlaku kerana perangai kita ingin dimuliakan orang, ingin dipuji orang. 
Sejujurnya Roh kita ini sebenarnya memberontak, Roh atau Jiwa kita nie sebenarnya hanya ingin KEMBALI KEPADA TUAN PEMILIKNYA. 

Rasulullah SAW selalu berkata,
"Demi Allah seandainya dunia itu masih lebih baik daripada satu sayap nyamuk, sungguh Allah tidak akan memberikan air minuman kepada orang yang kafir kepada Allah".

Kalau kita ini ditakdirkan kaya, lari kemana pun dikejar oleh kekayaan itu. Tapi kalau ditakdirkan cukup, maksudnya Allah mentakdirkan dalam urusan rezeki dan kehidupan manusia itu dua iaitu :-
1. Lebih dari cukup
2. Cukup
Tidak ada takdir miskin. kalau ada pun itu pilihan sendiri mengikut hawa nafsu. 

Macam mana nak datangkan ILMU YAKIN..?? 
YAKIN ini bukannya dipelajari, satu satunya cara untuk menghadirkan YAKIN itu adalah dengan melakukan riadah riadah atau amalan rohani seperti bangun 1/3 malam, sunat qabliyah dan baadiyah dihidupkan dan seperti SOP yang disediakan dalam BUKU 555. Nanti Allah sendiri akan titipkan YAKIN ke dalam hati kita. Sunnah-sunnah Nabi dihidupkan dan sebagainya. 

TAUHID & AMAL SOLEH ibarat TANAH DENGAN POHON. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan pohon-pohonnya seperti melakukan amal soleh, tapi kita lupa pada tanahnya. Pohon yang bagus ditanam pada tanah yang subur, akan tumbuh baik. Iaitu TAUHID kita pada Allah, RASA kebergantungan secara total kepada Allah, tujuannya utama adalah akhirat. 

Pohon yang bagus ketika diterpa oleh angin kerna di tanam di atas pasir, akarnya tidak kuat maka akan tumbang juga. Kalau TAUHID dia ditegakkan dalam diri, tak perlu bergantung pada makhluk terus direct mengadu pada Allah,"Ya Allah, Engkau Maha Melihat, Engkau Tahu apa yang Aku alami, saya yakin engkau Maha Menyaksikan Ya Allah." maka Allah akan beri ketenangan. Bagaimana kita melihat musibah..?? Bagaimana kita melihat kemiskinan..?? Bagaimana kita melihat kekurangan..??? semuanya bergantung kepada TAUHID kita kepada Allah.

Surah Al hadid ayat 20,
"Ketahuilah olehmu sesungguhnya kehidupan dunia itu hanya permainan dan senda gurau sahaja".

0 comments: