Metafizik
Mengapa beri sisa kepada Allah..??
MENGAPA BERI SISA KEPADA ALLAH..??
Kadang-kadang dalam kesibukan kita hanya memberikan sisa-sisa masa, tenaga dan keinginan sahaja kepada Allah SWT. Bukan yang berkualiti kita persembahkan kepadaNya.
Kita siapkan tugasan kita dahulu, kita habiskan cerita SURI HATI MR PILOT dulu atau tengok TV dulu, kita habiskan perbincangan kita dahulu. Kita anggap itu amat penting seolah-olah dunia ini tidak cukup dengan Allah segala galanya. Selepas itu barulah kita nak solat.
Dalam masa yang tersisa itupun kita masih nak berkira-kira dengan Allah. Nak duduk berzikirpun rasa cukup berat, nafsu rasa berat, kita rasa nak cepat sahaja.
Itulah nilai yang kita sembahkan kepadaNya sedangkan DIA lah yang mencipta dan menentukan ke mana arah kita nanti.
0 comments:
Post a Comment