Metafizik

Jiwa yang tenang

7:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah..Assalamualaikum dan Selamat Pagi wahai Jiwa Jiwa Yang Tenang..??? 
Apa khabar semua hari ini..?? 
Bagaimana dengan SOP awal pagi semua..?? Berjalan lancar ka

Yang mana dah follow SOP, jiwa mcam mana sekarang..??? TENANG atau BERSERABUT..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ                                
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
ُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ ْ ِ

Ya Allah...dipagi Jumaat yang mulia ini...ampuni dosa2 kami,pasangan kami,kedua ibu bapa kami,anak2 kami, jiran tetangga kami,sahabat2 kami,guru2 kami,jadikan lah zuriat keturunan kami tergolong didalam zuriat yang menjaga solat,cukupkan lah rezeki dan permudahkan lah segala urusan kami,dunia dan akhirat.........

آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن










۞ وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). Hud:6

Berapa ramai dapat sesuatu dari tribe ini, cer share sikit boleh sebelum sifu bagi tips bagaimana nak mudah bangun Tahajjud..boleh boleh

Alhamdulillah syukur sangat.
Hati semakin tenang.
Dan selalu selftalk Allah kan ada. Semua atas izin Allah.

Allah dulu
Allah sekarang
Allah terus
Dan percaakpan saya pun byk sebut Allah (berbalik pada Allah).

Allah, dalam huruf hijaiyah
ALIF - 1
LAM - 30
LAM - 30
HA - 5

1+30+30+5 = 66

Cuba Share Surah 6 ayat 6 sifu nak kupas, supaya lepas ini KENA BERANI SIKIT sebut Allah
boleh boleh

Surah Al-Anaam, Verse 6:
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
(Melayu)

Baik, sebelum kita lelapkan mata utk join #gengtahajjud esok pagi, mari kita sama-sama ambil Ibrah dari Surah 6 ayat 6 beberapa point penting ini ya.

1. Tidak kita memerhati dari kisah umat umat terdahulu yang dikisahkan dalam Al quran sebagai pengajaran di mana Allah teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dengan kemewahan dan kekuasaan.

2. Mereka diturunkan air hujan yang lebat, membawa maksud Allah turunkan rezeki yang melimpah ruah

3. Mereka diberikan sungai sungai yang mengalir, membawa maksud sumber sumber mencari rezeki

4. Dibinasakan sebab dosa mereka sehingga diciptakan umat yang baru, membawa maksud binasalah mereka atas kesilapan dan kealpaan mereka sendiri.


0 comments: