Metafizik

Bertambah dengan sebab sedekah

3:56 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  03 Mac 2017
            04 Jamadil Akhir 1438
Tajuk:  Bertambah Dengan Sebab Sedekah.
             
1) Rezeki pendapatan-semoga yang halal; diridhoi Allah; nikmat dari Allah; ada yang dikurnia kaya raya; ada yang fakir miskin; yang senang bantu yang susah; yang susah mendoakan yang senang (apabila diberi bantuan).

2) Lain2 nikmat Allah-anugerah kesihatan; kemudahan pancaindera; kelengkapan udara dan lain2 yang tak terhitung banyaknya; semuanya amanah Allah.

3) Islam amat menggalakn amalan sedekah seperti firman Allah surah Al-baqarah ayat 261 bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 tangkai itu pula mengandungi seratus biji......."

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Tidak berkurang harta dengan sebab bersedekah maka bersedekahlah" -HR: Ahmad

5) Bersedekah-sesuatu yang dibuat pada jalan Allah untuk mendapat keridhoanNya; selain harta dan wang ringgit, sedekah termasuk ucapan tasbih, takbir, tahmid, tahlil, amar makruf, nahi munkar dan lain-lain.

6) Firman Allah surah Al-baqarah ayat 264 bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit2 dan (melalui kelakuan) yang menyakiti seperti orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk2 kepada manusia (riak).........".

7) Firman Allah surah Ad-dhuha ayat 10 bermaksud: "Adapun orang yang meminta (bantuan) maka janganlah engkau tengking herdik".

8) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sesiapa yang menafkahkan sepasang hartanya di jalan Allah, ia kelak akan diseru dari pintu2Nya (syurga)...dari pintu solat...pintu jihad...pintu sedekah...pintu puasa...tiada sebarang halangan ke atas orang2 yang diseru dari pintu2 tersebut (untuk masuk melalui kesemuanya)"- HR: Al-Bukhari.

9) Firman Allah surah Al-baqarah ayat 268 bermaksud: "Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau berderma) dan ia menyuruh kamu melakukn perbuatan keji dan (bersikap bakhil kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya ............"


باراك الله لي ولكم ...

0 comments: