Metafizik
Bertahajjud dan Solat Fajar
Intisari Qutbah Jumaat, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 03 Mac 2017
04 Jamadil Akhir 1438
Tajuk: Bertahajjud dan Solat Fajar
Bismillahirrahmanirrahim
1. Garis ukuran orang yang beriman di sisi Allah adalah kekuatan seseorang hambaNya untuk bangkit 1/3 malam untuk menunaikan Tahajjud, Solat Fajar dan Subuh berjemaah di Masjid.
2. Allah sudah janjikan kekayaan dunia dan seiisi alam bagi mereka yang menunaikan Solat Fajar 2 rakaat.
3. Ahli Tahajjud doanya makbul dan senantiasa berada di bawah payung rahmat Allah.
4. Pesan Rasulullah SAW berkenaan Tahajjud:-
a) "Raihlah kemuliaan dengan bangun solat malam saat manusia lelap tidur."
b) "Sesungguhnya pada malam itu benar-benar ada seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat pasti Allah akan memberikannya."
c) "Kalian hendaklah bangun malam menunaikan solat tahajjud, kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dapat mendekatkan kamu dengan Allah, mencegah kamu dari membuat maksiat, menutupi dosa dan mencegah penyakit dari tubuh."
Kalam Allah di mana-mana sahaja, beruntunglah pada mereka yang BERIMAN denganNya.
Soalan :
Sifu, maaf mencelah. Waktu 1/3 malam tu dalam range pukul berapa?
Jawapan :
Jam 3 pagi.
Itulah garis ukuran yang Allah letak pada setiap hambaNya yang beriman atau layak atau tidak untuk menikmati nikmat kekayaan dunia dan seisi alam.
Siapa nak tips mudah nak bangun Tahajjud..??
Salah satu RAHSIA KEJAYAAN Abdul Rahman Bin Auf yang hartanya kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang, Donald Trump pun kalah adalah TAHAJJUD. Kenapa kita tak boleh ikut beliau..?? Bagaimana al-Fateh berjaya menawan Constatinople pun rahsia ada pada Tahajjud..??
Ada 2 tips untuk mudah bangun tahajjud :-
PERTAMA
Nak mudah sedar untuk bangun tahajjud, sebelum lelapkan mata baca ayat qursi 1x, surah Al ikhlas 3x, niat lah nak bangun jam 3am.
KEDUA
Buat Qailullah iaitu tidur sekejap iaitu bermula dari jam 12pm hingga Zuhur. Ini zon recharge energy diri kita seumpama kita charge battery handphone kita. Insyaallah mudah nak bangun tahajjud nanti.
0 comments:
Post a Comment