Metafizik

Rahsia 'Marketing Langit'

11:28 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Rahsia 'Marketing' Langit

Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk dhuafa/orang miskin. Rutin dia lakukan.

Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium  tangan ibunya lalu minta didoakan.

Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia datangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi berangkat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang2 yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah sholat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung pada Tuhannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 1/3 dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah dhuafa. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mau dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual sholat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia sholat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun sholat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho, hidupnya pun berkah.

Ada yang mengundang rezeki dengan cara MENANAM POHON agar semua MAKHLUK BUMI boleh menikmati OKSIGEN dan hasil daripada tananamannya dikira sedekah walaupun dicuri dan dimakan haiwan.

Rezekimu bukan dari Bossmu atau pelangganmu (makhluk) Tapi dari Allah cara Rasulullah s.a.w iaitu DAKWAH,TAKLIM,IBADAH,KHIDMAT.

Tijarah@berniaga dengan perintah Allah s.w.t cara Rasulullah s.a.w adalah sumber rezeki namun tidak lalai daripada taat perintahNya adalah punca rezeki

Undang rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhoi di dunia dapat dan di akhirat diganjari dengan rahmatNya. Mana lebih mudah, MENJEMPUT REZEKI DATANG BERLUTUT KE KAKI atau MENCARI REZEKI, BARANG YANG BUKAN KITA PUNYA..

InsyaAllah
Wallahualam

RAHSIA MARKETING LANGIT ada dalam BUKU 555 kalian tu..
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA RASA MASINNYA AIR LAUT ITU.


0 comments: