Metafizik
Perkongsian rasa
Perkongsian Rasa ahli tribe
Hawa Tahir :
Bismillah
Sahaja saya berkongsi RASA ini kerana Allah taala
Permulaan saya berada di tribe ini melalui link yang kak Rofizan share kan di group geng kami. Bulan Januari. Mula-mula join just baca je sebab ingat lebih pada metafizik.
Kemudian perlahan-lahan ikut geng tahajud dan dhuha dan tulis getaran kesyukuran. Disusuli dengan Sop buku 555. Tak tahu nak cakap macamana tapi Februari sudah perasan yang jiwa rasa tenang. Semakin hari makin tenang.
Kesan paling utama dapat saya lihat pada rumahtangga. Sungguh rasa ketenangan dalam jiwa itu mempengaruhi apa yang ada di sekeliling kita.
Bila sifu buka seat ke Janda Baik Allah saja yang tahu betapa saya mahukan ini. Tapi bila kawan kata kena ada orang jaga kalau nak bawa baby, hati mula risau. Dan risau suami pun takda cuti untuk teman. Doa minta petunjuk. Jawapannya lebih pada tak pergi. Jadi saya lupakan hasrat ke JB kerana yakin ada hikmahnya.
Rupanya Allah mahu beri peluang berjumpa Sifu di negeri saya sendiri. Bila sifu sampai di Melaka saya sudah tekad tak mahu lepaskan kesempatan ni. Takdir Allah diberi rezeki bersama 4 rakan lain bertemu lutut di depan Sifu di Bukit Katil 15 Feb 2017. Sungguh saya tak sangka dapat peluang ini.
Dalam satu sesi waktu malam,Sifu minta kami beritahu semula apa yg kami dapat tapi sifu tak bagi tengok nota.Lalu terus saya kongsikan begini:
"Selama ini saya mencari dan mencari. Tapi saya pun tak tahu apa yang saya cari. Sampai satu tahap kakak saya pernah tanya saya apa yang saya cari sebenarnya. Saya jawab entahla. Saya tahu saya mencari tapi saya tak tahu nak jelaskan apa yg saya cari. Sehingga orang yang tengok pun rasa saya ni macam takda purpose of life. 😌"
Pernah juga saya ada blog yang tulis pun pasal cari mencari ni tapi agaknya kalau orang baca pun orang pun tanya balik apa point penulis blog ni sebenarnya. Hmm
Bertahun-tahun memohon diberi ketenangan hati tanpa sedar rupanya itulah yang saya cari. Pencarian itu semuanya terjawab di sini. Di sini lah jawapan untuk jiwa yang mencari ketenangan,menyelusuri jalan pulang.
Malam itu sifu tanya,jadi sekarang sudah jumpa apa yang dicari tu?
Saya jawab alhamdulillah sudah jumpa. Jawapan ini disusuli dengan penukul dari sifu : cincin yang dah ada pakai di jari dok pi cari lagi buat apa. 🔨🔨🔨🔨Huhuhu ðŸ˜ðŸ˜
Syukur alhamdulillah berada di tribe ini. Inilah perkongsian rasa saya. Pencari yang bertemu apa yang dicari di sini,iaitu ketenangan jiwa,yang dulunya penuh keegoan,keakuan diri 😔😔😔
-----------------------------------------------------------------------------------------
NORADYANI769 :
Assalamualaikum
1st, akak tak banyak sangat nak menyampuk atau nak respon dalam ni sebab masih merangkak dalam memahami dan mendalami apa yg di bicarakan. Plus, akak jenis tidur awal 9.30 or 10.00 dah tdo, cuma akan bangun awal & scroll balik untuk baca perkongsian kawan2. Tu yang tak boleh respond, sebab dah outdated hehe
So, apa yang akak lakukan, kadang2 akak pm kawan2 lain untuk bertanya dan dapatkan kepastian.
Tapi, yang sedang akak cuba untuk istiqamah adalah buku 555 tu. Akak anggap itu hutang akk dengan Allah. Kalau tak tunaikan, akan rasa bersalah. Bukan tak tahu benda tu semua. Bukan tak pernah buat, tapi bila ade buku 555 dan join group, rasa lebih teratur dan usaha untuk lengkapkan tu akan jadi lebih semangat.
Bab sedekah, zakat. Buat je sebelum ni, tapi macam sedekah, tu, kadang2 rasa, eh, aku pun nak guna duit ni.. Bagi sikit jelah sedekah. Tapi bila ada buku 555 tu, rasa semangat bak bagi lebih. Cuba bagi minimum bila tak dapat keluarkan lebih. Tak rasa sayang dah pada duit. Konon nak jadi pengeluar zakat terbesar, tapi dapat dugaan sikit dah sentap! Mana Allah nak bagi kan.
Tahajud dan solat sunat. Buat, Sebelum ni tak rasa bersalah kalau terbabas ke ape kan. Tapi sejak ade buku 555 ni, memang akan usahakan untuk bangun juga. Boleh je sebenarnya. Haish!
7 getaran kesyukuran. Akak buat, cuma tak share sini, sebab akak buat dalam jurnal kesyukuran sendiri.
Sikap. Yang akak paling perasan, dah kurang emosi dan barannya. Rasa lebih tenang & rileks. Bila nak marah tu, cepat2 sedar. Memang syukur sangat2 sebab saya ni baran sangat2 😬😬😬. Cuba berubah sebelum ni, tapi baran tu datang spontan..
Dulu selali scroll fb, whatsapp group yg entah pape.. Sekarang Alhamdulillah dah minimizekan untuk yang penting dan perlu sahaja. Alhamdulillah.
Bukan membuka pekung di dada, tapi nak bagi semangat pada kawan2 yang lain.. Kita boleh berubah, kita boleh ubah bila kita mahu dan guna jalan yang betul. InsyaAllah
Alhamdulillah ditemukan dengan insan2 hebat dalam group yang best. Rezeki dan rahmat buat saya.
Terima kasih sifu, kawan2 positif sekalian.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Nur Hafizah :
Bismillahirrahmanirrahim
Luahan hati bila berada di dalam group tribe #769SAFT
Assalamualaikum buat sifu dan sahabat positif semua..
Mula join group ni ingat macam group metafizik yang lain2 sahaja namun rezeki Allah dari hari ke hari makin banyak ilmu yang diperolehi.
Saya mula tertarik bila sifu buat task pasal buku 555. Bersungguh2 nak siapkan traffic lights supaya dapat masuk bilik kuliah ilmu buku 555 sebab benda baru yang memang menarik sangat nak tahu. Buat sampai dada berdebar dan tangan menggigil siapkan task tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jugak masuk group yang hebat ini.
Bila berada di dalam bilik kuliah ilmu 555 rasa macam rendah diri pun ada sebab member2 lain masya Allah sedekah dan income setiap hari memang menakjubkan. Namun cuba pujuk hati aku pun mampu bersedekah dan istiqamah dengan buku 555.
Sekarang sangat mudah untuk bangun solat tahajud namun bab menjemput income harian masih samar2 lagi. So nak bersedekah mengikut nilai harian jujur cakap memang kadang2 tak mampu nak penuhi.. ðŸ˜ðŸ˜
Bila baca perkongsian sahabat tentang zakat dan sedekah menangis hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Betul kata sifu jangan sampai kita down bila kita tak mampu nak tarik income namun itulah yang saya alami. Kadang2 rasa diri ini tak mampu nak jadi seperti sahabat yang lain.. 😔😔
Semoga Allah beri petunjuk untukku lebih berjaya dalam bersedekah dan mampu keluarkan zakat setiap bulan dengan sangat mudah mudah dan sehabis mudah..
Aamiin. Aamiin. Aamiin Ya Rabb
Terima Kasih Ya Allah
Terima kasih sifu
Terima kasih buat sahabat positif
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NHMA @ Habibi M.Aris (Bunga April) :
Sejak joint trible #769SAFT persepsi saya tentang sedekah berubah 360°
Sebelum2 ni memang bersedekah tapi ikut kemampuan ala ala kadar gitu sebab itu yang saya set di fikiran.
Bersedekah bila perlu atau ada lebih..
TAPI bila dah TAHU & SEDAR hakikat sedekah "paksa" diri paksa untuk keBaikan paksa dalam erti kata lain.
USAHA untuk adakan juga.. Kadang duit dah zero ALLAH datangkan jua bahagian untuk disedekah ada ajerr..
Jika dulu risau-risau takut untuk sedekah KINI lebih berlapang Dada utk memberi...
Alhamdulillah SERONOK sebenarnye waktu kita memberi tak kira laa apa, Wang ringgit, Barangan, makanan kita rasa gembira apabila orang yang menerima itu gembira.
1 perkara lagi saya PEROLEHI di sini tentang USAH TANGGUH TANGGUH jika ingin SEDEKAH ...
Dulu-dulu ngumpul dalam Tabung Subuh seringgit sehari hujung bulan baru serah sedekah 😅😅
Kini Tabung Subuh kesayangan saya masih saya teruskan .. Dan sedekah Harian juga Perlu di lakukan..
Syukur sangat Nikmat dan Hikmah yang diRasai ... Segala Dengan Izin Allah PILIH saya untuk masuk ke dalam ni terima ILMU Allah melalui SIFU & Rakan Sahabat hebat semua ..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
0 comments:
Post a Comment