Metafizik
Perbezaan antara ilmu, faham dan penghayatan
Perbezaan Antara Ilmu, Faham Dan Penghayatan
Ilmu tidak sama dengan faham, faham tidak sama dengan penghayatan.
Ilmu hanya baru bersifat panduan-panduan secara kasar atau secara umum.
Faham ialah ilmu itu dia boleh menghurai, dan boleh menyusunnya secara logik akal.
Penghayatan, ilmu yang sudah terhurai dan tersusun itu dijiwainya hingga mendarah mendaging.
Ia telah sebati dengan fikiran dan perasaannya,
hingga mudah diapplykan di dalam kehidupan jika dia mahu.
Mengapplykan ilmu di dalam perbuatan dan sikap,
ia memerlukan taufik dari Allah.
Ilmu dan faham itu ianya adalah hidayah jika bersatu dengan taufik,
perlaksanaannya berjalan dengan tepat dan indah.
Mengapplykan ilmu itulah yang amat susah dan payah.
Sama ada susah hendak bermujahadah melaksanakannya hingga tidak mampu mengamalkan hingga suka.
Ini adalah satu masalah.
Atau mampu melaksanakannya tapi taufik dari Allah pula tiada,
maka kerja itu atau amalan itu tidak tepat
Ilmu dan kefahaman sudah betul
apabila diselaraskan dengan perlaksanaan tak mahu hendak kena
Di sini kerja-kerja itu atau amalan itu masih gagal lagi
Di sini mesti ada faktor-faktor lain lagi mengapa perlaksanaan itu tidak tepat
Mungkin gagalnya itu adalah faktor dosa-dosa yang belum bertaubat
Atau dosa-dosa kita yang kita lupakan begitu sahaja
Atau dosa-dosa kita yang kita tidak sedar yang sangat tersirat
Di sini baru kita faham hidayah dengan taufik mesti berjalan serentak
Sekadarkan hidayah sahaja tidak cukup, taufik sangat diperlukan
Kerana itu mintalah kepada Allah hidayah dan taufik sekali
Apabila hidayah dan taufik dianugerahkan oleh Allah Taala
segala kerja berjalan tepat dan indah
Untuk kejayaan hendaklah hidayah dan taufiknya tidak terpisah Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan
0 comments:
Post a Comment