Metafizik
Penamat segala pencarian, pencarian di penghujung rasa
Sifu nak share petang ni.
Pada Suatu hari bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW,
"Apa Amal yang paling afdhal Ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah SAW,
"Maakrifatullah (Mengenal Allah)".
Bertanya lagi sahabat kepada Rasulullah SAW,
"Amal apa yang terlebih pahalanya Ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah SAW,
"Maakrifatullah (Mengenal Allah)".
Bertanya lagi untuk kali ketiga oleh para sahabat kepada Rasulullah SAW, dan kali inii sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membantah.
"Kami bertanya dari segi amal Ya Rasulullah, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu Ya Rasulullah?"
Sabda Rasulullah SAW,
"Sedikit sahaja kamu beramal dengan mengenal Allah, terlebih manfaat, banyak beramal dengan tidak mengenal Allah, sebesar zarah pun tiada manfaat di sisi Allah."
Jadi menyesal ka tak berada di sini ni, ada orang kata takder manfaat, merapu bagai tak boleh beri keyakinan dan sebagainya. Yang beri YAKIN itu Allah, Yang nak kena dicari itu Allah, bukannya tribe ini.
YANG DALAM TIDAK MENEKAN, YANG DI LUAR TIDAK MEMBERI KESAN walau sedikit pun.. Bahagian sifu sudah selesai, selebihnya itu bahagian kamu dengan Allah lah sendiri-sendiri untuk teruskan kehidupan di dunia umpama RnR ini sebelum dipanggil untuk ke destinasi kekal abadi. Sebab Allah akan ambil ajal kita dalam keadaan apa yang kita suka lakukan sebagai asbabnya.
Kita kaki merokok, meninggal dengan kanser paru-paru.
Kita kaki lumba motor, meninggal di lebuhraya.
Kita angkat pistol, meninggal di hujung pistol juga.
Sifu dah pilih jalan ini, berpatah balik itu tidak mungkin sama sekali.
Jalan ini jalan mati
Kalau boleh tengah sampaikan ilmu ini di sini, kalau sampai masa nak balik, balik pun takpa dah.
Memanglah jalan ini hina di mata masyarakat, tapi mulia di sisi Allah.
Sepertimana Rasullullah SAW sendiri pun dipandang hina oleh masyarakat.
Ilmu yang sampaikan di sini, PENAMAT SEGALA PENCARIAN, PENCARIAN DI PENGHUJUNG RASA. Nak cari apa lagi kan?
Bila sifu lihat testimoni dan sharing di Akademi, bahagia dan lapang lah dada sifu sikit. Tiada yang lebih nikmat, lebih bahagia bila melihat sahabat-sahabat kita kembali hidup bertuhan.
Depa tak perlukan numbers pun untuk berubah. Itu asbab ikhtiar dan usaha sahaja.
ALLAH SESEKALI TIDAK AKAN BERI APA YANG KITA NAK
TAPI ALLAH BERI APA YANG KITA PERLUKAN
YANG KITA PERLUKAN HANYA SATU JER
DIA, YANG MENTADBIR SEISI ALAM
KALAU ALAM PUN ALLAH BOLEH TADBIR
MASAKAN KITA INI ALLAH TAK BOLEH NAK TADBIR
Siapa yang duduk dalam Bilik Kuliah 1 : ILMU BUKU 555 itu memang best, ramai-ramai jadikan sedekah dan berzakat aktiviti mereka, dan berkongsi pengalaman RASA..
KZ @ Kuzie Yahaya :
Bismillahhirrahmannirrahim
"Ketahuilah! Sesungguhnya mereka yang ingkar itu membongkokkan badan mereka untuk menyembunyikan (perasaan buruk yang ada dalam dada mereka) daripada Allah. Ketahuilah! Semasa mereka berselubung dengan pakaian mereka sekalipun, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada." Surah al Hud 11:5
"Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu." Surah Al An'am 6:17
"Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah (petunjuk) kepada orang orang yang zalim." Surah As Saff 61:7
Terjemahan dari nombor resit zakat 😭😭😭
Farihan Yahya :
Mana nombor resitnya KZ, cer snap mai letak sini.
Farihan Yahya :
Allah berkomunikasi dengan kita melalui wave numbering dan Al quran.. kan bahagia hidup tu bila berkomunikasi dengan Allah melalui Al quran..
0115617 = 6115617
Libatkan diri dalam bidang pengurusan kewangan dan konsultant dan training untuk membina pengaruh yang hebat.
KZ @ Kuzie Yahaya :
Allahu .. Sama macam pola yang sifu keluarkan baru ni.
Farihan Yahya :
KZ, Allah kata KUN sekali jer terus FAYAKUN..
kita jer yang nak menidakkan Qada' dan Qadar, end up KUN KUN tak FAYAKUN sampai ke tua.
Qada' itu ketentuan Allah sejak azali.
Qadar itu Nisbah Tahap Keimanan mengikut sunnatullah.
Surah Al-An'aam Ayat 54:
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. {6:54}
0 comments:
Post a Comment