Metafizik
Pelaburan : Kejar Massive Income
Bismillah
Assalamualaikum dan selamat Tengahari semua.
Sebelum kita pi solat Jumaat sifu nak share satu ilmu, nak dengar tak?
Pastikan sediakan pen dan kertas semua ya.
Sifu nak share salah satu ILMU PELABURAN LANGIT, yang bertajuk
PELABURAN : KEJAR MASSIVE INCOME boleh boleh, kebetulannya hari ini hari Jumaat.
Apabila pada harga terendah, kita biasanya melakukan pembelian tentunya pada harga yang terbaik atau tertinggi kita melakukan penjualan sehingga mendapat keuntungan (profit) yang tertinggi atau MASSIVE INCOME. Ini ilmu dapatan dari TEORI EBSI, Model Kewangan Robert T. Kiyosaki yang begitu popular di seluruh dunia, pengasas Rich Dad Poor Dad. Lihat bagaimana sifu kupas Teori EBSI (ilmu Kulit) vs Teori FAST Imq (Ilmu Isi). Kadang-kadang kita agungkan ilmu kulit dengan membelakangkan ilmu isi especially kita ini umat Islam, kena ikut cara islamik lah.
INI TEORI KEWANGAN EBSI ROBERT.T KIYOSAKI
Biasanya harga terbaik akan terjadi pada waktu dan tempat tertentu di mana permintaannya (demand) lebih tinggi berbanding dengan penawaran (supply).
Contohnya:-
Orang yang tengah kehasuan di padang pasir yang gersang, apabila ditawarkan air dengan harga berapa pun pasti akan dibelinya. Tiket pengangkutan menjelang hari raya atau cuti umum, pada saat itu perniagaan pengangkutan akan mendapat banyak permintaan, maka sudah pasti mereka akan menaikkan harga tiketnya. Kenaikan harga ini diapprove pula oleh pemerintah negara melalui peraturan yang dikenali sebagai TUSLAG (KENAIKAN HARGA)
Baik, sekarang kita gunakan itu untuk PELABURAN LANGIT
Melalui TEORI KEWANGAN FAST IMQ
Bila (Waktu) dan di mana (tempat) Allah akan membalas pelaburan kita dengan pahala yang berlipat kali ganda atau MASSIVE INCOME..??
1. SATU PERTIGA MALAM YANG TERAKHIR
dikabulkan Doanya - "Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepati masanya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya).
2. HARI JUMAAT
Hari terbaik - "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat"
Dikabulkan Doanya -"Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab apabila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan memohon sesuatu daripada Allah pada waktu itu, In Sya Allah Allah akan makbulkannya.".
Para ulama ada menyatakan bahawa waktu tersebut adalah saat duduknya khatib sehingga selesainya solat Jumaat dan sesudah Asar.
Sedekah yang paling utama -"Sedekah pada hari Jumaat itu berbanding dengan sedekah pada enam hari yang lainnya seperti bersedekah pada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan bulan lainnya".
JADI HARI INI HARI JUMAAT, BERAPA NILAI RM YANG KAMU SAYANG SEMUA YANG ADA DALAM BEG DUIT TU, SILA KELUARKAN UNTUK BERSEDEKAH. MARTABAT PALING TINGGI SEDEKAH DI SISI ALLAH IALAH
a) MEMBERI KETIKA KITA TIDAK ADA
b) MEMBERI APA YANG KITA SAYANG, MEMBERI NILAI YANG KITA SAYANG
Faham faham...ada satu lagi Bulan ramadhan, sifu sambung selepas solat Jumaat ya..Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan, kena ada pasangan barulah sempurna sesuatu ilmu itu..cer lelaki suka lelaki, perempuan suka perempuan..ini kategori SENGET atau TAK SEMPURNA hidupnya...belajar sesuatu
0 comments:
Post a Comment