Metafizik
Metafizik bukan sains palsu / khurafat
Buku ini Khas Metafizik Kesihatan dan Bioplasma Aura manusia Karya Ibnu Sina, rahsia ilmu numbering.
Perihal ilmu metafizik adalah dikuasai oleh asalnya oleh cendikiawan Islam.
Fasa third sekunder ilmu barulah dikuasai blok Eropah.
Artikel ini ditulis sebahagian kecil dalam bidang ini. Itupun hanya orang celik sahaja memahami. Mungkin 0.03% manusia. Untuk fasih seperti Sifu pastikan anda habis blok fundamental + teknikal ilmu. Pastikan lebih 40 bidang berlainan fasanya. Takut takut anda tidak hadam maka anda menghukum hal lain lagi.
METAFIZIK BUKAN SAINS PALSU / KHURAFAT
Kami kesal melihat orang Melayu ditipu orang Melayu atas nama metafizik - satu ilmu yang agung dan amat luhur - bak kata Shaykh al-Ra'is Ibn Sina, metafizik atau dalam istilah falsafah Islami-nya "Ilahiyat" adalah bidang ilmu yang mengesahkan/'menetapkan asas-asas keilmuan yang lain (tashih mabadi' sa'iri'l-'ulum) seperti fizik, matematik etc.
Metafizik dalam tradisi keilmuan Islam membicarakan hakikat wujud-nya Tuhan dan sifat-Nya. Bicara tentang asbab yang empat (al-'ilal al-arba'ah) yang merupakan teras kepada apa yang kita guna dalam pelajari ilmu-ilmu lain khususnya sains tabi'i.
Ini belum kita sentuh bagaimana ilmu metafizik menjadi teras kepada ilmu aqidah Islam dan tasawwuf yang mulia. Tapi sayang dalam kepala orang awam istilah metafizik telah dinistakan menjadi tilik nasib, kuasa-kuasa psychic.
Kembalilah kepada tradisi keilmuan Islam. Penat ulama' kita seperti Ibn Sina, Imam Al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, Jami tulis berjilid kitab metafizik untuk mensistematikkan ilmu-ilmu yang mengenal diri kita agar kita mengenal Allah SWT seperti yang layak kita kenali.
Kita kena fahami maksud "Metafizik" Itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat justifikasi dan mendengar tamsilan orang ramai.
"Metafizik" - sesuatu cabang ilmu Allah yang tidak dapat diukur oleh batas fikiran manusia serta melangkaui fizik atau di lusr jangkauan pancaindera.
Ia merupakan satu istilah yang merujuk kepada kegagalan kita untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku secara empirikal, mantik dan bersistem, yang mana kaedah ini telah menjadi asas kepada pembentukan sains moden seperti Francis Bacon.
Ilmu Falak juga dikategorikan oleh ilmu metafizik, adakah wajar kalau kita jatuh hukum mengatakan "ilmu falak" itu juga khurafat
Ilmu Allah ini luas cabang ilmunya ibarat ranting ranting pokok, asal berpahut pada dahan (Akidah Tauhid) yang betul tidak ada salah dan silapnya. Penamat segala ilmu adalah berbalik kepada Tuan Empunya ilmu itu sendiri iaitu Allah. Kalau belajar ilmu hebat sekalipun, tak berakhir seperti yang sifu katakan di atas tu, tiada kesudahannya.
NLP, MINDPOWER, juga di antara kategori ilmu metafizik juga.
Kita tidak berada dalam bidang ilmu itu walau sesaat pun, tidak pernah menghadiri kelas depa pun tidak wajar kita menilai ilmu orang lain dari sudut kaca mata luaran sahaja.
Faham faham
0 comments:
Post a Comment